CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5 NGO Bantah Akta baru ganti Akta Kanak-Kanak 2001

28-1-2015 10:53 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3595| Komen: 9

Description: Gabungan Ngo Yang Terdiri Daripada Irimm, Ikhlas, Arc,Permas Dan Majlis Bendahara Malaysia Membuat Laporan Polis Di Jalan Dang Wangi Pagi Ini Bagi Meminta Menteri, Datuk Seri Rohani Abdul Karim Untu ...

Wakil daripada lima NGO yang membuat laporan polis membantah akta baru bagi  menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001.

KUALA LUMPUR 27 Januari :Lima gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)  membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi hari ini sebagai membantah  cadangan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  untuk mewujudkan akta baru bagi mengantikan Akta Kanak-Kanak 2001.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah  Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah, berkata, laporan polis dibuat bagi  cadangan itu dan tidak sepatutnya menjadi isu untuk diperdebatkan di parlimen  oleh kementerian berkenaan.

Gabungan NGO yang terdiri daripada IRIMM,  IKHLAS, ARC,PERMAS dan Majlis Bendahara Malaysia membuat laporan polis di Jalan  Dang Wangi pagi ini bagi meminta menteri, Datuk Seri Rohani Abdul Karim untuk  menarik balik kenyataannya.


“Rakyat di seluruh negara marah  dengan kenyataan itu. Ibu akan rasa sedih sebab merotan anak  untuk pengajaran tapi mereka pula boleh ambil tindakan kepada ibu bapa untuk  dipenjarakan.

“Inilah anak derhaka dan jangan dibincangkan  lagi, kita teruskan tradisi rakyat Malaysia,” ujarnya kepada pihak media di  hadapan Balai Polis Dang Wangi.
Tambahnya, rotan yang digunakan untuk mengajar  anak tidaklah besar seperti yang digunakan di penjara.

“Apa yang dikatakan oleh Rohani amat  mengejutkan dan menimbulkan kemarahan majoriti ibu bapa di atas  kenyataannya. Budaya di negara ini tidak sama seperti budaya negara luar.

“Malah, Islam mengajar ketika usia anak tujuh  tahun perintah bersembahyang dan ketika 10 tahun rotan di tapak kakinya dengan  kaedah tertentu,” ujarnya sambal demontrasi cara untuk merotan yang dibenarkan  dalam Islam.

Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia  (IRIMM) Amir Amsaa Alla Pitchay pula berpandangan menteri berkenaan di minta  tidak terlalu tunduk dengan perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak  (CRC).

“Merotan adalah satu bentuk pengajaran dan  peringatan kepada anak-anak bukan merotan untuk menganiaya, mendera atau  mendatangkan tekanan emosi kepada anak.

“Janganlah terlalu mengikut CRC yang  bertentangan dengan amalan masyarakat Islam di negara ini lebih-lebih lagi  majoriti masyarakat negara ini yang menjadikan merotan salah satu cara mendidik  anak.

“Budaya mendidik anak-anak di negara Asia dan  Eropah jauh berbeza. Kita tidak mahu melahirkan generasi remaja yang hilang rasa  hormat kepada ibu bapa apabila tindakan ibubapa boleh dicabar di mahkamah.

“Di negara ini sudah ada Akta Kanak-Kanak 2001  sudah memadai bagi memastikan kanak-kanak tidak didera oleh ibu bapa dan penjaga  mereka,” ujarnya.

Rohani sebelum ini mengumumkan akta baru bagi  menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang akan dibentangkan di Parlimen  selewat-lewatnya Jun depan, antara lain memasukkan hukuman terhadap ibu bapa  yang merotan anak mereka.

Menurut Rohani, kerajaan tiada pilihan selain  menjadikan merotan sebagai satu kesalahan kerana Malaysia adalah antara negara  yang menandatangani perjanjian CRC.
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dubuk 27-1-2015 04:14 PM
takbur!!!!!
Quote ResellerMaxis 27-1-2015 04:19 PM
“Inilah anak derhaka dan jangan dibincangkan  lagi, kita teruskan tradisi rakyat Malaysia,” ujarnya kepada pihak media di  hadapan Balai Polis Dang Wangi.
Tambahnya, rotan yang digunakan untuk mengajar  anak tidaklah besar seperti yang digunakan di penjara.


stylo betul komen pak cik ni..harap undang-undang ni benar-benar digubal..ramai betul pesakit mental yang suka mendera kanak-kanak di malaysia dengan alasan mendidik..
Quote Decaffeinated 27-1-2015 05:12 PM
ha ha ha ha ha...





HA HA HA HA HA......

Quote Decaffeinated 27-1-2015 05:14 PM
Rotan 2B....

dah pukul ka blom.... ha ha ha ha ha...



Quote kekure 27-1-2015 05:19 PM
Rani Kulup, calon UMNO next PRU!
Quote ctcham 27-1-2015 05:20 PM
aku bukan lah nak back up statement munturi rohani tu, tapi pokcik kulup kena baca sampai habis elok tok kulup ni buat rumah sebelah balai polis dang wangi, senang satu hari 10 report pun boleh buat....
Quote mattzzx 27-1-2015 05:26 PM
asyik asyik semua repot polis.....
Quote clarizsa 27-1-2015 05:26 PM
nape nak bantah....

pulunnya laaa nak rotan kanak2... patut wat skali akta jgn kasik cubit or tampar pun...
Quote luvpierre 27-1-2015 05:49 PM
klu btul rotan nk mendidik xpe
ni kekadang rotan anak smpi xsedo diri berbirat2
pastu ada ati nk kata mendidik ptuiii
blum lg yg guna tali pinggang or getah paip

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.056152 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top