CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Macam Mana Nak Kahwin Kalau... - Syafinaz Selamat

28-1-2015 04:43 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 38691| Komen: 174

Description: Selama 11 Tahun Beliau Tiada Album Terbaharu. Malah, Sejak Beberapa Tahun Bertemunya, Cerita Album Tak Pernah Lekang Di Mulut Dan Setiap Kali Ditanya Syafinaz Menyasarkan Albumnya Akan Keluar Dalam J ...
Macam Mana Nak Kahwin Kalau... - Syafinaz Selamat


Syafinaz Selamat belum ada kekasih hati - Gambar Ihsan Badang Bob Shukor

KUALA LUMPUR: Jika bertemu Syafinaz Selamat, dua soalan klise yang sering diajukan ialah mengenai album terbaru serta perihal kahwin. Guru vokal dan pensyarah muzik ini mengakui dua persoalan itu terus bermain di fikiran namun kesibukan membataskannya.

Selama 11 tahun beliau tiada album terbaharu.  Malah, sejak beberapa tahun bertemunya, cerita album tak pernah lekang di mulut dan setiap kali ditanya Syafinaz menyasarkan albumnya akan keluar dalam jangka masa terdekat. Kali terakhir beliau muncul dengan album ialah pada 2002.

Demikian juga dengan kisah kahwin. Di saat usianya kini, Syafinaz memang layak untuk dicintai dan mencintai tetapi jelas sekali beliau masih berstatus solo. Ikuti penjelasan penyanyi lagu Ingin Bersamamu ini.



"Macam mana nak kahwin kalau hari-hari saya sibuk dengan komitmen kerja. Malah dek kesibukan ini juga, album saya terus tertunda. Album saya kini sudah selesai proses adunan.  Tapi sesibuk manapun, saya kena pastikan tidur sekurang-kurangnya enam jam sehari.

"Itupun kadang-kadang terbabas tidur lewat. Bukan kadang-kadang lagi balik rumah lewat, tapi sudah selalu pula jadinya. Kalau balik rumah dalam jam 2 ke 3 pagi itu normallah. Tapi tidur kena cukup walaupun sesibuk manapun saya kena jaga waktu tidur untuk kepentingan vokal," katanya dalam pertemuan yang diaturkan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) baru-baru ini bertempat di Muzium Negara.


Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spiderman80 23-1-2015 05:39 PM
Jom datang ke Spidey.
Spidey akan menyayangi awak.
Quote ifanonline 23-1-2015 05:41 PM
spiderman80 replied at 23-1-2015 05:39 PM
Jom datang ke Spidey.
Spidey akan menyayangi awak.

dier tak layan spidey...spidey tak sunat...kapir lak tuh...
Quote hanezzafirah 23-1-2015 05:41 PM
mcm salah bod je..ni bkn bod gosip ke?
Quote spiderman80 23-1-2015 05:45 PM
ifanonline replied at 23-1-2015 05:41 PM
dier tak layan spidey...spidey tak sunat...kapir lak tuh...

Spidey tak ada masalah masuk Isle.
Quote sarahmirza 23-1-2015 05:48 PM
Masalah negara ke bila seorang perempuan tak kahwin sebab terlalu sibuk?

Quote lavamerah 23-1-2015 05:48 PM
takyah buat album la...

artis kertu tarak laku la kat malaysia ni...

m nasir tau lama dah mender ni...

Quote ultra78 23-1-2015 05:50 PM
Berita tahun 2010

Syafinaz Sibuk Takde Masa Cari Jodoh.

Dalam usia yang menginjak ke 37 tahun, Syafinaz Selamat dilihat masih sendiri. Tiada jejaka yang mendampingi personaliti ini. Malah susah hendak mendengar gosip atau kisah percintaan Syafinaz diceritakan oleh pihak media. Sebaliknya, hanya kisah tentang kerjaya seninya atau tugasnya sebagai tenaga pengajar sahaja kedengaran. Agak-agaknya, mengapa Syafinaz masih lagi tidak mempunyai teman istimewa? Bukannya dia tidak cantik, malah memiliki tubuh yang didamkan oleh ramai wanita lagi. Mungkinkah penyanyi yang berasal dari Johor ini terlalu memilih sehingga menyebabkan tidak ada lelaki yang mampu menambat hatinya?

“Bukan saya tidak mahu bercinta, tetapi saya ini terlalu sibuk. Tiada masa hendak bersosial. Sebab itu sampai sekarang saya tidak berkesempatan bertemu dengan lelaki yang boleh dijadikan teman istimewa. Setiap hari jadual kerja saya cukup padat. Bermula dari awal pagi hinggalah lewat malam. Jadi macamanalah saya hendak luangkan masa untuk bercinta?

“Kalau pasal memilih itu, memanglah kita kena memilih. Takkanlah hendak tangkap muat sahaja orang yang hendak dijadikan pasangan hidup. Bagaimanapun, saya tidaklah terlalu cerewet. Saya sukakan lelaki yang sentiasa kelihatan kemas, tidak terlalu ego dan pandai menghormati wanita. Selain itu, dia juga mesti mampu menyara hidup sekeluarga nanti” ujar Syafinaz. -Gua

Syafinaz terlalu sibuk.

@Syd

Quote saladin780 23-1-2015 05:51 PM
hanezzafirah replied at 23-1-2015 05:41 PM
mcm salah bod je..ni bkn bod gosip ke?

Klu ikut tt..isu andartu ni isu negara..heheh
Quote pinksarah 23-1-2015 05:58 PM
ultra78 replied at 23-1-2015 09:50 AM
Berita tahun 2010

Syafinaz Sibuk Takde Masa Cari Jodoh.

belum sampai jodoh,nak buat mcm mana..


Quote ifanonline 23-1-2015 05:59 PM
spiderman80 replied at 23-1-2015 05:45 PM
Spidey tak ada masalah masuk Isle.

bagus spidey...jgn masuk isle sebab nak main dgn syafinaz aje...
Quote ifanonline 23-1-2015 06:00 PM
saladin780 replied at 23-1-2015 05:51 PM
Klu ikut tt..isu andartu ni isu negara..heheh

ya...masalah besar negara...saudi arabia pun sudah bimbang...
Quote animcute 23-1-2015 06:03 PM
ya lah...wanita2 lain yg sempat berkahwin walau ada kerja tu camna plak...depa tak sibuk ke..siap ada anak2 lagi...
sorang je wanita bekerjaya yg terlalu sibuk...
Quote obelisk 23-1-2015 06:04 PM
sarahmirza replied at 23-1-2015 05:48 PM
Masalah negara ke bila seorang perempuan tak kahwin sebab terlalu sibuk?

Masalah utk sesetengah org..
Quote sarahmirza 23-1-2015 06:07 PM
obelisk replied at 23-1-2015 06:04 PM
Masalah utk sesetengah org..

sesetengah orang yang kurang kasih sayang dan perlukan lebih perhatian dari andartu?



Quote naina 23-1-2015 06:08 PM
spiderman80 replied at 23-1-2015 05:45 PM
Spidey tak ada masalah masuk Isle.

Spider jgn ambik hati kata kata ifan tu okey.
Quote spiderman80 23-1-2015 06:12 PM
naina replied at 23-1-2015 06:08 PM
Spider jgn ambik hati kata kata ifan tu okey.

Spidey ok saja. Hehehe...
Quote vandergooh 23-1-2015 06:27 PM
Dia mmg diketahui semua org dari dulu mmg sgt2 memilih lelaki... dan taste yg dia cari tu rasanya mmg tak nak dekat dia pun, baik ambik yg muda2 bergetah lagi.. puas hati dari ambik dia dah masuk 4 series ni..
Quote Modngengade 23-1-2015 06:32 PM
Dekk tt motip membenci andartu...
Pernah kuciwa dgn andartu kah
Quote mommymonster82 23-1-2015 06:42 PM
Baguslah dari asal berlaki..pastu nyusahkn polis n pejbt agama bila kena belasah...

Laki skrg pon nk cri yg berkualiti susah... Pastu lelaki pon memilih... Nk yg muda..cun melecun gebu gaya model walu diri sendiri kertu lg membusung perut tu....

Lihat semua komen(174)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.302130 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top