CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Ezad Lazim Mengaku Salah Miliki Dadah

6-2-2015 10:05 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9975| Komen: 23

Description: Ezad Yang Berasal Dari Alor Setar, Kedah Ditangkap Berhampiran Kompleks Selayang Mall Kira-Kira Pukul 1.30 Petang Pada 19 November Tahun Lalu Dengan Dia Menggenggam Satu Paket Syabu Pada Tangan Kiriny ...
Ezad Lazim Mengaku Salah Miliki Dadah

Ezad Lazim - Foto dari Instagram milik Ezad.

GOMBAK: Bekas vokalis kumpulan Exist iaitu Ezad Lazim mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram pada 19 November tahun lalu.

Pengakuan Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim dibuat dihadapan Majistret Nurul Izzah Hassan Basri di Mahkamah Majistret Selayang di sini pada Khamis.

Pertuduhan pula dibacakan oleh pendakwa raya, Arunjothy dan Ezad tidak diwakili peguam.

Bagaimanapun Nurul Izzah menetapkan 10 Februari ini bagi menjatuhkan hukuman bagi kesalahan tersebut.

Siasatan kes tersebut dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1) (a) akta yang sama.

Ezad yang berasal dari Alor Setar, Kedah ditangkap berhampiran Kompleks Selayang Mall kira-kira pukul 1.30 petang pada 19 November tahun lalu dengan dia menggenggam satu paket syabu pada tangan kirinya.

Hasil pemeriksaan air kencing penyanyi itu juga mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Penyanyi itu sebelum ini pernah menyertai Exist pada 1995, dan telah merakam sebanyak enam buah album bersama kumpulan tersebut sebelum meneruskan kerjaya solo.

Ezad juga pernah membintangi beberapa buah filem terbitan Metrowelth International Group (MIG) termasuk Mami Jarum bersama aktres Zahida Rafik.

8

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
6

Sedih
13

Lawak

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kenarihitam 6-2-2015 12:15 AM
Semoga ezad insaf dgn kesilapannya
Quote doubleA 6-2-2015 12:17 AM
Semoga kembali ke pangkal jalan

#prayforezad jugak

Quote mdhelmi 6-2-2015 08:14 AM
jamal zamani ezad...sume penyanyi fav aku tu
Quote Syd 6-2-2015 08:40 AM
esok buat lahh satu grup

jamal
saleem
radhi
mamat
zamani slam
ezad
aming spring
Quote cik_kembong 6-2-2015 08:53 AM
Syd replied at 6-2-2015 08:40 AM
esok buat lahh satu grup

jamal

Mamat dah hilang hilang chuols....so tak dapek nak join grup...
Quote awan_kelabu 6-2-2015 08:55 AM
harap dikenakan hukuman yg setimpal
Quote nikaido 6-2-2015 09:11 AM
badi vokalis exist. boleh buat kajian kenapa vokalis exist terpengaruh dgn dadah
Quote myakayina 6-2-2015 09:22 AM
yg ni lagi kesian.. ada anak bini..insaflah ezad, suara hang bagus..
Quote iena_jr 6-2-2015 09:27 AM
baru dengar kat hotfm tadi.. semoga ezad kembali ke pangkal jalan
Quote azie.dz 6-2-2015 09:30 AM
lepas satu satu kuar cita retis amik dadah kann
Quote salju_mutiara 6-2-2015 09:42 AM
Semua suara mantap2...
Quote tomet05 6-2-2015 09:44 AM
semoga insaf lah kan
Quote doubleA 6-2-2015 02:04 PM
Syd replied at 6-2-2015 08:40 AM
esok buat lahh satu grup

jamal

motip suruh buat group sedangkan masing2 dah punya group masing2

saleem pun reunion dgn iklim dah


Quote maxim 10-2-2015 01:07 PM
Ezad Exist didenda RM3,500, pengawasan dua tahun


EZAD hadir bersama isterinya, Nur Azeana Ramli, 37, di Mahkamah Majistret Selayang, hari ini. - Foto Salhani Ibrahim


SELAYANG: Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman denda RM3,500 terhadap bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim atas kesalahan memiliki dan mengambil dadah jenis syabu, November tahun lalu.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri memutuskan sedemikian terhadap Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, 36, selepas penyanyi itu mengaku salah atas tuduhan terbabit.
Mahkamah turut memerintahkan penyanyi itu yang pernah popular dengan lagu Jesnita dan Mengintai Dari Tirai Kamar menjalani tempoh pengawasan selama dua tahun.






Quote rayna_raynes 10-2-2015 01:32 PM
syukurlah x kena jail
Quote azlinahmad 10-2-2015 01:39 PM
gunakan peluang yang ada untuk berubah....
Quote doubleA 10-2-2015 01:48 PM
apsal benang ni sendu sangat

oh kira tak kena penjara la ek, semoga kembali ke pangkal jalan.

ada anak bini tu mesti fikir masa depan family jugak kan.
Quote starcity 10-2-2015 04:22 PM
Mamat Exist pun dah melenyapkan diri lepas Gegarvaganza. Pengurus dia sekarang tengah cari dia. Katanya dah menang duit puluh ribu terus tak contact
Quote LiveYourLife 10-2-2015 06:08 PM
semoga kembali kepangkal jalan...

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.101027 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top