CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Amelina Tidak Ambil Hati

26-2-2015 10:25 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2421| Komen: 0

Description: Menurut Amelina lagi, beliau membuat come back setelah 15 tahun bersara dalam industri ini kerana ingin menyara anak-anak yang masih bersekolah.

LadyLista - Walaupun ada penyanyi seangkatannya seakan tidak puas hati dengan kemunculan semula Amelina dalam memeriahkan dunia dangdut, Amelina tidak mengambil hati dan tidak mahu panjangkan isu ini.

Menurut Amelina lagi, beliau membuat come back setelah 15 tahun bersara dalam industri ini kerana ingin menyara anak-anak yang masih bersekolah.

“Saya kembali ke lapangan ini hanya untuk membesarkan anak-anak. Tak pernah terlintas untuk merebut gelaran ratu dangdut atau apa-apa ratu sekali pun.

“Rebut-rebut pun bukan dapat apa…kalau ada elaun untuk gelaran Ratu Dangdut, saya rela tarik rambut,” ujarnya.

Terdahulu, penyanyi Ifa Raziah mengeluarkan kenyataan berani apabila mengatakan kemunculan semula ratu dangdut itu tidak dirasai kerana hanya menyanyikan lagu lama tanpa mengeluarkan single baru.


Amelina atau nama sebenar Norazlina Amir Sharipuddin merupakan ibu tunggal dan mempunyai 6 orang anak hasil perkahwinan dengan bekas suami  Reduan Mahamood pada tahun 1999.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.050174 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top