CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Lufya Sudah Berhijabkini Berusia 30 Tahun

2-3-2015 06:24 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16957| Komen: 76

Description: Mengenai Kerjaya Seninya, Lufya Kini Memutuskan Untuk Tidak Lagi Menyanyi. Malahan Rakaman Lagu Di Laman Youtube Yang Dimuat Naik Sebelum Ini Juga Sudah Dipadamkan Terus.
Lufya Sudah Berhijabkini  Berusia 30 Tahun


KUALA LUMPUR: Tahun lalu satu berita menggembirakan apabila berita artis berhijrah dengan menutup aurat kerap dipaparkan untuk tatapan umum.

Tahun ini juga menyaksikan permulaan yang baik buat Lufya Omar sendiri.

Penyanyi yang juga pelakon kelahiran Johor Baharu itu juga memilih untuk menutup aurat pada 2 Februari lalu yakni pada hari kelahiran dia yang ke 30. Ikuti cerita Lufya mengenai perubahan sisi kehidupannya itu kepada BH Online.



"Ikutkan dari tahun ke tahun saya ada niat ke arah itu (menutup aurat). Tetapi ketika itu saya masih memikirkan soal kerja dan komitmen. Saya pernah menangis memikirkan hal ini kerana hati belum kuat untuk membulatkan keputusan bertudung.

"Perasaan itu didorong dengan rasa takut dengan kebarangkalian serta kemungkinan tawaran seni akan putus. Tapi ibu saya selalu berpesan, rezeki Tuhan itu luas. Malah bertahun-tahun pesanan itu dititipkannya.

"Saya cuba memperbaiki diri kerana mahu menjadi hamba-Nya yang baik. Saya cuba jaga solat dan tak putus berdoa. Alhamdulillah doa saya didengar Tuhan dan segala-galanya dipermudahkan dengan izin-Nya," kata Lufya.

Namun sebelum dipermudahkan hingga membawa kepada transformasi besar dalam hidupnya demi memenuhi tuntutan agama Islam, Lufya diuji. Sejak Disember tahun lalu, Lufya sebenarnya diuji dengan 'kesakitan' tiba-tiba.

Ditanya mengenai 'kesakitan' yang dimaksudkan itu, dia tidak mahu mengulas lanjut kerana bimbang akan mengundang fitnah.

"Pada satu tahap ketika 'kesakitan' itu menguasai diri, saya jadi lemah. Usaha itu dan ini juga bagaikan tak mampu untuk melawan 'kesakitan' berkenaan. Saya pernah jatuh pengsan ketika di lokasi penggambaran.

"Dalam tiga hari, saya turun berat badan hingga 10 kilogram. Tapi saya percaya apa yang terjadi ini umpama ujian Tuhan untuk saya jadi lebih kuat. Saya bermuhasabah diri dengan dugaan ini dan Alhamdulillah saya kian pulih," katanya yang sejak dulu lagi gemar mendengar ceramah agama di TV dan laman YouTube.

Mengenai kerjaya seninya, Lufya kini memutuskan untuk tidak lagi menyanyi. Malahan rakaman lagu di laman YouTube yang dimuat naik sebelum ini juga sudah dipadamkan terus.

"Saya juga sudah mula kurangkan menerima tawaran berlakon. Cukup sekadar menerima watak yang tidak bersentuhan dan bersesuaian dengan perubahan kini.

"Saya juga dalam perancangan untuk menceburi skop kerja lain selain menerima tawaran mengacara program bersesuaian," katanya yang masih akan turun padang mempromosikan apa saja kerja yang sudah dilunaskan sebelum bertudung.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CikE 24-2-2015 03:49 PM
alhamdulillah...teruskan niat & kekal dalam istiqomah
Quote jerukkedondong 24-2-2015 03:50 PM
Comey bohh..
Quote abbyhoney 24-2-2015 03:54 PM
barulah cantik manis...
Quote hanuma 24-2-2015 03:56 PM
alhamdulillah
Quote alyafea 24-2-2015 03:58 PM
Ms bln ramdhan thn lps kan ada cite dia pki tdng ingt mmg dh bertdng ms tu .. lagu dia dlm cite tu pn ok gak ...
Quote Toppaz 24-2-2015 04:03 PM
Cantik nya diaaa
Quote luvpierre 24-2-2015 04:09 PM
bestnya 3 hr turun 10 kilo tp sakit yg x best tu
alhamdulillah dh tutup aurat
Quote sponges 24-2-2015 04:10 PM
Alhamdulillah comel mcm minah arab
Quote miszb 24-2-2015 04:25 PM
cantik..
Quote yayangmama 24-2-2015 04:28 PM
cute aje dia bertudung...alhamdulillah
Quote harkktuih 24-2-2015 04:30 PM
moga makcik2 tak kompius lg antara dia ngn anjulie lalucah.
Quote Leeen82 24-2-2015 04:34 PM
alhamdulillah ....
Quote estrelle 24-2-2015 04:35 PM
'kesakitan' pasal gosip dgn kerabat dr selatan kah?
Quote noell 24-2-2015 04:37 PM
abis kembar dia tak pakai tudung lagi ka??? sapa nama kembar dia lavocah ka hapa
Quote BebeQ 24-2-2015 04:45 PM
rambut dia pun tak cantik. eloklah berhijab pun.
Quote Vellfire 24-2-2015 04:51 PM
Alhamdulilah...   
Quote chinta89 24-2-2015 05:00 PM
Alhamdulillah.

so, ape cte kes dia ngn kerabat terengganu tu?
Quote DayangKirana 24-2-2015 05:04 PM
baguslah..kekalkan begitu..
Quote myakayina 24-2-2015 05:16 PM
bagus Lufya..

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.235483 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top