CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Dato' AC Mizal Bakal Miliki Pesawat Komersial Sendiri

11-6-2013 09:08 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 33398| Komen: 218

Description: KL, 10 JUN 2013: Terkejut beruk juga apabila Murai Batu dikhabarkan bahawa pengacara, pelakon dan penyanyi popular, Dato' AC Mizal khabarnya bakal memiliki pesawat komersialnya sendiri tidak lama lagi ...


KL, 10 JUN 2013: Terkejut beruk juga apabila Murai Batu dikhabarkan bahawa pengacara, pelakon dan penyanyi popular, Dato' AC Mizal khabarnya bakal memiliki pesawat komersialnya sendiri tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun tiada yang mustahil dalam hidup ini. Kerana daripada pemerhatian Murai Batu terhadap Dato' AC Mizal, dia sememangnya seorang individu yang berwawasan tinggi dan berpandangan ke depan.

Bayangkan daripada hanya dikenali sebagai salah seorang anggota kumpulan rap terkenal sekitar 90-an, kini pelbagai pencapaian demi pencapaian telah dikecapi oleh Dato' AC Mizal seperti tauke gelang dan juga pengerusi sebuah syarikat laman sosial.

Murai Batu sememangnya bangga dengan semangat yang ada pada personaliti TV bumiputra itu, jadi tak hairanlah impian untuk Dato' AC Mizal untuk memiliki sebuah pesawat komersial.

Tetapi persoalan yang Murai Batu ingin ketengahkan sekarang, mengapa pesawat komersial? Mungkin kalau Dato AC Mizal untuk memiliki pesawat peribadinya sendiri itu tidak mustahil. Tapi pesawat komersial? Ermm....

Mungkin juga Dato' AC Mizal ada alasannya sendiri mengapa pesawat komersial menjadi pilihan. Jadi selepas ini semakin ramai peminat yang akan menaiki penerbangan komersial milik Dato' AC Mizal ke destinasi pilihan.

Tak sabar juga Murai Batu ingin mengetahui destinasi yang akan dijelajahi serta perkhidmatan yang ditawarkan pesawat komersial Dato' AC Mizal.

Bagaimanapun, sejauh mana sahihnya khabar angin ini, itu Murai Batu dan pasukan portal murai.com.my akan siasat. Pastinya pembaca setia murai.com.my akan menjadi orang pertama untuk mengetahui hal ini.








Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mea 10-6-2013 06:56 PM
Nak buatpe pesawat tu jang....
Quote oni313 10-6-2013 06:57 PM
all the best ac...
Quote merpati01 10-6-2013 07:01 PM
kayo bonar tuh, smpi ada pesawat sndri ...
Quote AbukRokok 10-6-2013 07:01 PM
nak buat servis kurier kot
Quote md_nana 10-6-2013 07:02 PM
rezeki dia....
Quote maxim 10-6-2013 07:03 PM
Bayangkan daripada hanya dikenali sebagai salah seorang anggota kumpulan rap terkenal sekitar 90-an, kini pelbagai pencapaian demi pencapaian telah dikecapi oleh Dato' AC Mizal seperti tauke gelang dan juga pengerusi sebuah syarikat laman sosial.



pencapaian pebender..penghancuran ade la..xde satu habuk pn yg berjaya..dok menipu org ada la
Quote batman_2007 10-6-2013 07:03 PM
Persetankan apa org kata kat ko kan jang
Quote liyamariska 10-6-2013 07:16 PM
" Murai Batu: Tak sabar Murai Batu nak bermain dengan kapal terbang kertas buatan sendiri."

Mendalam maksudnya nih...
Quote saniboy79 10-6-2013 07:17 PM
Persetankan apa kata orang...janji kaya dengan menipu...teruskan dosa2mu ackiok!!!
Quote angsaemas 10-6-2013 07:21 PM
Mface tu mcm mana..x der berita..mungkin dorg dah kaya raya..cuma pnah tgok Lot mini market AC so far..
apapun kalau btul all the best lah AC
Quote edoraixora 10-6-2013 07:38 PM
ooo....nk menambah dayasaing pesawat2 yg ade la ni ye!
byk modal ko AC? ?
Quote mixed 10-6-2013 07:49 PM
Byk betul duit

Sila bayor nafkah anak dgn lbh byk
Quote lotionmilo 10-6-2013 07:51 PM
wow! lepas nih buat the apprentice pulak?
Quote ladyxez 10-6-2013 08:18 PM

asal tiket murah je , i belasah tak kira sape punye pun , pak tomy ke indo ke belasah je
Quote azilamie2 10-6-2013 09:48 PM
banyak ye duit die
Quote reenz013 10-6-2013 09:51 PM
Mcm2 nk dibuek..man man la
Quote Santeira 10-6-2013 10:06 PM
mface tu cina punya, bukan dia punya. bila marketing kata dia punya, padahal cuma guna nama dia. artis katanya, ramai le melayu nak masuk mface (kononnn).

so maybe perniagaan pesawat ni pun sama kot.

semoga kau melingkup penipu.
Quote lasagnaklcc 10-6-2013 10:10 PM
bentley dia ada lagi ke?

kaya sgt ke AC ni...tgk2 mcm takde apa sgt
Quote tomet05 10-6-2013 10:28 PM
hmm .. jangan tipu orang kagi udah ler

Lihat semua komen(218)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.173846 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top