CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Kenderaan Lihat artikel

Perodua Sumbang Seunit Axia Kepada Nfk

3-3-2015 10:04 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4069| Komen: 2

Description: Presiden Dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh Berkata, Kerjasama Perodua Bersama Nkf Bertujuan Mewujudkan Kesedaran Mengenai Punca Masalah Buah Pinggang Dan Menyokong Rakyat Hidu ...
Perodua Sumbang Seunit Axia Kepada Nfk


PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), menyumbang satu unit model terbaharu Axia kepada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) sempena sambutan ulang tahun ke-10 Hari Buah Pinggang Dunia.
       
Dalam satu kenyataan, Perodua memaklumkan, orang ramai juga berpeluang memenangi model Axia dengan menyertai pertandingan Spot & Ride. Pertandingan tersebut dilakukan bagi mempromosikan aktiviti mengenai penjagaan buah pinggang serta punca kegagalan buah pinggang berfungsi.
       
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kerjasama Perodua bersama NKF bertujuan mewujudkan kesedaran mengenai punca masalah buah pinggang dan menyokong rakyat hidup dalam kesihatan yang baik.
       
“Kesemua dana daripada pertandingan dan siri jelajah akan disalurkan kepada NKF untuk kegunaan pesakit buah pinggang yang berdaftar di yayasan itu.
       
"Sebagai pengeluar kereta yang bertanggungjawab dan prihatin, ia adalah satu penghormatan kepada kami menjadi sebahagian daripada program amal ini- Because You Matter Most,” katanya.
       
Beliau berkata, sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia diadakan di Sunway Pyramid, bermula 28 Februari sehingga 1 Mac lalu dengan yuran penyertaan RM10 dan berpeluang memenangi Axia.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 3-3-2015 09:33 AM
diharap tidak disalahgunakan.
Quote BotakChinPeng 3-3-2015 01:54 PM
Bagus lah.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.128923 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top