CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

[INSTAGRAM] Lindsay Lohan Muat Naik Potongan Ayat Al-Quran

3-3-2015 02:49 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2692| Komen: 0

Description: Rata-rata peminat dilihat cuba mempersoalkan status agama yang dianuti aktres wanita popular ini.

LadyLista - KECOH jadinya bumi hiburan apabila selebriti antarabangsa, Lindsay Lohan didakwa memuat naik gambar ayat Al-Quran dalam laman akaun Instagram miliknya.

Seakan pelik dan aneh, gambar tersebut sekaligus heboh diperkatakan masyarakat netizen seluruh dunia.

Perkongsian ayat Al-Quran yang bermaksud ‘Ya Tuhanku, tingkatkan aku dengan ilmu pengetahuan’ dan ‘Ya Allah, aku memohon kepadamu ilmu pengetahuan yang bermanfaat’ dilapor telah dimuat naik Lindsay Lohan beberapa jam yang lalu.

Lindsay yang cukup sinonim sebagai bintang penuh kontroversi seakan tidak boleh lari dari menimbulkan pelbagai persoalan dan pertanyaan para peminat.

Rata-rata peminat dilihat cuba mempersoalkan status agama yang dianuti aktres wanita popular ini.


Bagaimanapun, ada peminat yang mendakwa perkongsian ayat Al-Quran tersebut tidak boleh menggambarkan agama seseorang.

Tidak kurang juga peminat yang beragama Islam menyatakan kesyukuran terhadap perkongsian oleh selebriti tersebut.

Pun begitu, kita tidak boleh menidakkan hidayah yang diturunkan Allah SWT kepada insan yang terpilih.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.048136 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top