CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

Lelaki Lebih Bahagia Manakala Wanita Lebih Menikmati Seks

4-3-2015 12:07 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3910| Komen: 1

Description: Yang paling mengejutkan adalah, mencium pasangan dan bergurau dengan kerap sangat penting bagi lelaki dalam menentukan kebahagiaan TAPI TIDAK WANITA.

LadyLista - Seakan pelik, namun itu antara kajian terbaru dari Kinsey Institut,Universiti Indiana dalam jurnal pelakuan seksual (Julai,2011). Mencabar stereotaip yang biasa kita ketahui.

Biasanya kita pasti melihat wanita dalam perhubungan lebih merasa bahagia daripada lelaki, manakala lelaki sering menikmati kepuasan seks tahap tertinggi.

Kajian yang dilakukan kepada lebih 1000 pasangan dari Amerika Syarikat, Brazil, Jerman, Jepun dan Sepanyol yang masing-masing telah bersama dalam lingkungan 25 tahun.

Sangat menarik! Berbeza dengan stereotaip yang kebanyakkannya didengar, pada lelaki kelembutan dalam perhubungan itu merupakan suatu faktor yang penting berbanding wanita. Juga terbalik daripada kebiasaanya yang kita ketahui, lelaki dilaporkan lebih bahagia dalam menjalani hubungan, manakala wanita dilaporkan lebih puas dalam menikmati seks bersama pasangan.


Bagi lelaki, kebahagiaan dalam berpasangan dilaporkan jika lelaki tersebut dalam kesihatan yang baik dan sangat penting bagi lelaki mengetahui pasangannya mencapai kepuasan dalam seks ketika bersama.

Yang paling mengejutkan adalah, mencium pasangan dan bergurau dengan kerap sangat penting bagi lelaki dalam menentukan kebahagiaan TAPI TIDAK WANITA.

Seiring peredaran waktu, wanita yang bersama pasangan kurang dari 15 tahun dilaporkan kurang puas dengan seks mereka namun, selepas 15 tahun bersama, peratusan itu meningkat dengan mendadak. Ini kerana semakin meningkat dewasa, wanita semakin puas bersama pasangan apabila mengharungi perubahan dalam kehidupan, serta ditambah dengan kehadiran anak-anak.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote intriQue 5-3-2015 04:25 PM
comelnya cara tido mcm ni…..

Lihat semua komen(1)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.083616 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top