CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rawatan Islam pertama di dunia guna telefon bimbit.

6-3-2015 02:50 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 6202| Komen: 9

Description: Dr Haron Din (kanan) melakukan gimik perasmian pada pelancaran aplikasi mudah alih 'Sistem Perubatan Islam Secara Ruqyah dan Syarahan Umum Ruqyah Islam Suatu Perubatan Komplimentari'...

Universiti Teknologi Petronas (UTP) hari ini melancarkan aplikasi mudah alih Sistem Perubatan Islam Secara Ruqyah atau 'Mobile Islamic Ruqyah Medication System' (M-IRMS), yang pertama di dunia, bagi merawat pelbagai masalah kesihatan melalui bacaan al-Quran dan hadis.


Dr Haron Din (kanan) melakukan gimik perasmian pada pelancaran aplikasi mudah alih 'Sistem Perubatan Islam Secara Ruqyah dan Syarahan Umum Ruqyah Islam Suatu Perubatan Komplimentari' di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Seri Iskandar, hari ini. - Foto Bernama

SERI ISKANDAR - Universiti Teknologi Petronas (UTP) hari ini melancarkan aplikasi mudah alih Sistem Perubatan Islam Secara Ruqyah atau 'Mobile Islamic Ruqyah Medication System' (M-IRMS), yang pertama di dunia, bagi merawat pelbagai masalah kesihatan melalui bacaan al-Quran dan hadis.

Naib Canselor UTP, Datuk Ir Dr Abdul Rahim Hashim berkata aplikasi itu menyediakan rakaman doa dan ayat suci al-Quran yang dibaca sendiri oleh pengasas pusat rawatan Islam terkenal, Darussyifa', Datuk Dr Haron Din bagi menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk masalah kesihatan umum, fizikal dan rohani serta gangguan mistik.   
   
Beliau berkata, aplikasi M-IRMS memenangi beberapa anugerah di peringkat nasional dan antarabangsa, antaranya, pingat emas di Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) baru-baru ini.

"Aplikasi ini berpotensi besar menjadi rujukan masyarakat Islam di Malaysia mahupun di Asia Tenggara yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
   
"Kita juga sedang mengusahakan aplikasi ini dalam Bahasa Inggeris dan dijangka siap dalam masa terdekat," katanya ketika berucap pada pelancaran aplikasi M-IRMS yang disempurnakan oleh Haron di Dewan Canselor UTP di sini.

Pada majlis itu, Haron turut menyampaikan syarahan bertajuk 'Ruqyah Islam Suatu Perubatan Komplimentari'.
   
Sementara itu, Ketua Penyelidik aplikasi itu, Dr Hanita Daud, yang juga pensyarah kanan Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat UTP, berkata M-IRMS yang diusahakan sejak Jun 2014 dengan kos RM50,000 mendapat sambutan memberangsangkan apabila mencatat lebih 1,000 muat turun selepas diperkenal pada 4 Februari lepas.
   
Hanita berkata, dengan kewujudan aplikasi M-IRMS, ia membolehkan masyarakat mendapatkan rawatan melalui bacaan al-Quran dan hadis dengan lebih pantas dan tepat, terutama apabila ia mendapat sokongan luar biasa Haron yang juga tokoh rawatan Islam terkenal.  
   
"Aplikasi ini diilhamkan selepas saya membaca buku yang ditulis Datuk Haron Din dan saya dapati ia kurang mendapat sambutan, terutama daripada kalangan generasi Y, jadi saya olahkan ia ke dalam bentuk aplikasi mudah alih supaya mereka boleh menggunakannya ketika mereka sakit tanpa mengira tempat dan waktu," katanya.
   
Beliau juga berkata pengguna Android dan IOS boleh memuat turun aplikasi itu dengan bayaran RM5. - Bernama






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nist02 7-3-2015 04:52 PM
Ambik yg positif... Aq biasa on ruqyah waktu nak tido.. mudah2an dpt pahala mendgrnya... aq ni x hebat bacaan alquran... sekurang2nya dpt hafalan krna biasa mendengar.. Moga Dato' & team Darussyifa dpt berkat dari usaha yg baik..
Quote mak_wa95 7-3-2015 04:57 PM
nist02 replied at 7-3-2015 04:52 PM
Ambik yg positif... Aq biasa on ruqyah waktu nak tido.. mudah2an dpt pahala mendgrnya... aq ni x heb ...

setuju..

kita yang ilmu2 agama tak mendalam ni ambik sebgai positif..

orang ilmu tinggi boleh mendabik dada,Harun Din ni pun prof penuh tu..
Quote nist02 7-3-2015 05:05 PM
mak_wa95 replied at 7-3-2015 03:57 PM
setuju..

kita yang ilmu2 agama tak mendalam ni ambik sebgai positif..

Sy dah download aplikasinya... bnyk info dan bley dimenafaatkan bg kita2 yg x berapa berilmu ni..Lagipun setahu sy Dato' ni mmg belajar ttg perubatan islam...   
Quote batmana 7-3-2015 05:06 PM
tt tau tak beza perkataan 'merawat' dgn 'mengubati' ?




Quote mak_wa95 7-3-2015 05:10 PM
nist02 replied at 7-3-2015 05:05 PM
Sy dah download aplikasinya... bnyk info dan bley dimenafaatkan bg kita2 yg x berapa berilmu ni..L ...



pada saya sekurang2 bacaan yang dibaca tu dah betul tajwid,sebutan bagai..

kalau kita ni lidah melayu sebut pun betul ke tak..
Harun Din banyak jasa dlm bidang ni..
orang yang setuju tu kita xpasti dia islam ke tak..dlm forum ni xleh kenal..

Quote nist02 7-3-2015 05:14 PM
mak_wa95 replied at 7-3-2015 04:10 PM
pada saya sekurang2 bacaan yang dibaca tu dah betul tajwid,sebutan bagai..

kalau kita ni li ...

Oo kat aplikasi tu.. nak tau lebih bayar Rm5.. klo tau cara nak beli.. nak gak sy beli... Klo beli buku ni.. beli pun nak kena baca..
Quote mak_wa95 7-3-2015 05:17 PM
nist02 replied at 7-3-2015 05:14 PM
Oo kat aplikasi tu.. nak tau lebih bayar Rm5.. klo tau cara nak beli.. nak gak sy beli... Klo beli ...

hmmm kalau beli buku...dok cantik simpan kat situ..

konon2 letak dlm kete time p memana nak baca,,jangan harap la..
Quote mattzzx 7-3-2015 05:28 PM
Semoga ianya berguna kepada umat Islam...tahniah..
Quote obelisk 9-3-2015 11:34 AM
SS DATO' DR ASRI-Dr Yusuf Qaradawi_Buka Klinik Jampi Bidaah Baru Dlm Agama

[youtube]g8OI7GWVp54[/youtube]

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.047689 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top