CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tun Dr Mahathir Dalang Telanjangkan Najib?

6-3-2015 05:17 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 12482| Komen: 100

Description: Dalam beberapa minggu mutakhir, tekanan semakin memuncak terhadap Datuk Seri Najib Abdul Razak apabila satu demi satu kontroversi - seperti hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ugutan pended ...

Dalam beberapa minggu mutakhir, tekanan semakin memuncak terhadap Datuk Seri Najib Abdul Razak apabila satu demi satu kontroversi - seperti hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ugutan pendedahan Sirul Azhar Umar - menjadi tajuk utama berita. Dalam senario ini, pemimpin Umno memanggil pula perhimpunan untuk menyatakan sokongan mereka kepada perdana menteri Ahad ini, sementara minggu lepas Najib berada di tengah perhimpunan perpaduan Melayu.

Malaysiakini bercakap dengan beberapa individu untuk melihat sama ada semua yang berlaku itu semata-mata kebetulan atau ada dalang di sebalik perkembangan terbaru itu. Penganalisis politik Wong Chin Huat berkata apa yang berlaku lebih daripada apa yang dilihat.

"Saya tidak fikir ia berlaku secara spontan, ia (serangan itu) kelihatan dirancang dan diselaras dengan baik. Sebab itu beliau (Najib) berasa terancam.

"Banyak perkara kelihatan menghentam perdana menteri dalam satu masa," katannya.

Di Australia, bekas koperal dalam Unit Tindakan Khas (UTK) mengancam untuk menelanjangkan semua yang berlaku di sebalik pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, bekas anggota komando polis itu berkata beliau dijatuhkan hukuman mati, dalang pembunuhan itu masih lagi bebas.

Diminta mengulas perkara ini, naib presiden PKR Rafizi Ramli mengesyaki kepergian Sirul ke Sydney, Australia didalangi pihak tertentu.

"Semua orang tahu Sirul ini cuma lepasan SPM dan mustahil ada pengetahuan tentang tempat untuk lari.

"Australia satu pilihan yang tepat kerana beliau tidak akan diekstradisi. Pastinya, ada pihak di belakangnya," katanya.

Beliau merujuk kepada undang-undang Australia yang melarang pesalah yang berdepan hukuman mati dihantar pulang ke negara asal mereka.

Tambahnya, Sirul juga nampaknya mempunyai sumber untuk mengupah peguam ternama dan ke luar negara walau beliau tidak lagi bekerja selepas dituduh membunuh pada tahun 2006.

1MDB dakwa urus niaga untung

Sementara itu, kontroversi sekitar 1MDB juga semakin memanaskan situasi semasa buat Najib.

Terkini, dokumen dalaman syarikat itu dibocorkan apabila emel 1MDB kepada PetroSaudi diterbitkan oleh Sarawak Report.

Laporan itu mendakwa kandungan emel itu menunjukkan PetroSaudi digunakan untuk mengelabui pemindahan dana 1MDB sebanyak RM3.6 bilion kepada syarikat yang dikawal seorang hartawan yang dilihat rapat dengan keluarga Najib.

PetroSaudi dan 1MDB menafikan sebarang salah laku.

PetroSaudi sebaliknya mendakwa komunikasi emel yang ditunjukkan di Sarawak Report itu dipalsukan.

1MDB dalam penjelasan mereka pula berkata kerjasama dengan PetroSaudi memberikan keuntungan sebanyak RM1.7 bilion.

Rafizi juga diberikan maklumat tentang sesuatu yang tidak kena dalam pemberian pinjaman kepada 1MDB oleh AmBank tetapi bank ini menafikannya.

Jika kebocoran maklumat ini bukan hanya kebetulan, maka tokoh utama yang disyaki mendalangi hal ini mengarah kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga pernah mengkritik 1MDB sejak beberapa bulan lalu dan malah menyindir perdana menteri atas kelemahan-kelemahannya.

Sebulan sebelum pendedahan Sarawak Report, pengasas dan editornya Clare Rewcastle Brown mewawancara Dr Mahathir. Namun portal itu mendakwa ia sudah menjalankan kajian isu 1MDB sejak dua tahun lalu.

Rewcastle menafikan hal itu kepada Malaysiakini tetapi, tambahnya, tanggapan seumpama itu boleh difahami.


4

Bagus
8

Marah
12

Terkejut
8

Sedih
5

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JandaSedap 6-3-2015 03:16 PM
akak cuma mampu tersenyum sinis......
Quote dodolgemok 6-3-2015 03:21 PM
Selera ke tgok bijan telanjang uols
Quote Felycya 6-3-2015 03:21 PM
Quote ResellerMaxis 6-3-2015 03:21 PM
JandaSedap replied at 6-3-2015 03:16 PM
akak cuma mampu tersenyum sinis......

happy tengok bijan telanjang ke x??
Quote ResellerMaxis 6-3-2015 03:22 PM
dodolgemok replied at 6-3-2015 03:21 PM
Selera ke tgok bijan telanjang uols

ok sikit lah kan..dari tengok suami bijan yang telanjang
Quote ResellerMaxis 6-3-2015 03:23 PM

                                          
Quote perang_candu 6-3-2015 03:28 PM
Aik... bukan Rafizi kah yg dicanang canangkan sebagai org yg telanjangkan najib..?? suda tukar ka ?
Quote dodolgemok 6-3-2015 03:28 PM
ResellerMaxis replied at 6-3-2015 03:22 PM
ok sikit lah kan..dari tengok suami bijan yang telanjang

Nyummm,tasty sgat.hehehe...
Quote budakshinchan 6-3-2015 03:29 PM
bangsawan telanjangankan bangsawan.. rakyat biasa tepok tangan..

Quote ib-instaforex 6-3-2015 03:32 PM
saman jgn tak saman
Quote ResellerMaxis 6-3-2015 03:34 PM
dodolgemok replied at 6-3-2015 03:28 PM
Nyummm,tasty sgat.hehehe...

gembira bijan bila tahu ada orang tasty tengok dia ditelanjangkan.. pasni dia siap wat pole dance lagi untuk uol..
Quote ResellerMaxis 6-3-2015 03:35 PM
perang_candu replied at 6-3-2015 03:28 PM
Aik... bukan Rafizi kah yg dicanang canangkan sebagai org yg telanjangkan najib..?? suda tukar ka ?

rafizi pun terkejut tetiba dijamukan dengan macam-macam info berkenaan bijan..
Quote ResellerMaxis 6-3-2015 03:36 PM
budakshinchan replied at 6-3-2015 03:29 PM
bangsawan telanjangankan bangsawan.. rakyat biasa tepok tangan..

rakyat tepuk tangan macam mana pun..harta bijan xkan berkurang..harta dari genting tu xkan abis..
Quote JandaSedap 6-3-2015 03:36 PM
ResellerMaxis replied at 6-3-2015 03:21 PM
happy tengok bijan telanjang ke x??

akak cuma mampu tersenyum sinis......tgk post kau

Quote belilies 6-3-2015 03:36 PM
agaknya chedet tggu derang telanjang dolu baru dia nak ambek tindakan.
Quote AbukRokok 6-3-2015 03:38 PM
ResellerMaxis replied at 6-3-2015 03:34 PM
gembira bijan bila tahu ada orang tasty tengok dia ditelanjangkan.. pasni dia siap wat pole d ...

euuuuuuuuuuu ala ala sexy santa clos
Quote Loxlaxman 6-3-2015 03:45 PM
Ibarat pepatah lama Negrito ... "telanjang siang pandang pandang, telanjang malam tak siapa peduli".
Quote ResellerMaxis 6-3-2015 03:45 PM
JandaSedap replied at 6-3-2015 03:36 PM
akak cuma mampu tersenyum sinis......tgk post kau

ingat senyum tengok bijan ditelanjangkan..
Quote ResellerMaxis 6-3-2015 03:46 PM
belilies replied at 6-3-2015 03:36 PM
agaknya chedet tggu derang telanjang dolu baru dia nak ambek tindakan.

macam lah orang tua tu berkuasa sangat..zaman pak lah dulu..dia siap kuar umno pun xder orang ikut..

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.232495 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top