CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penafian Port Dickson Sudah 'Mati' Dan Sendu

9-3-2015 11:35 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10081| Komen: 74

Description: "Kalau Hari Biasa Mungkin Tiada Orang Tetapi Cuba Datang Sini Hari Jumaat, Sabtu Dan Ahad Dan Lihat Sendiri Bagamana Keadaan Di Port Dickson.
Penafian Port Dickson Sudah 'Mati' Dan Sendu


"Persepsi yang mengatakan Port Dickson sudah 'mati' dari kunjungan pelancong adalah tidak benar,".

Itu jawapan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Datuk Ab Khalid Mat ketika diminta mengulas mengenai pusat peranginan di Negeri Sembilan itu yang didakwa semakin kurang menerima pengunjung.

"Kalau hari biasa mungkin tiada orang tetapi cuba datang sini hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dan lihat sendiri bagamana keadaan di Port Dickson.

"Jangan main dengar persepsi yang tidak berasas kerana hakikatnya, kehadiran pengunjung ke Port Dickson sentiasa meningkat dari tahun ke tahun," katanya.

Ujar beliau, persepsi atau andaian tidak boleh dibuat berdasarkan penginapan di hotel.

"Yang datang tidur di hotel memang berdaftar tetapi ramai yang tidur di rumah saudara mara atau homestay di sekitar Port Dicson.

"Malah tidak kurang juga yang memasang khemah dan bermalam di tepi pantai bersama keluarga dan jumlah ini bukanlah sedikit," katanya.

Tambah Ab Khalid, pembangunan di Port Dickson sentiasa mengikut jadual dan dalam tempoh lima tahun akan datang, akan ada kejutan di sini.

"Saya tak boleh umumkan lagi tetapi kejutan itu akan menjadikan Port Dickson sebagai salah satu pusat peranginan yang hebat dan mampu menarik lebih ramai pelancong baik dalam mahupun luar negara.

"Tunggulah bila sampai masanya, kerajaan negeri sendiri yang akan umumkan. Perubahan ini melibatkan pelaburan besar yang akan disediakan oleh kerajaan," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miabebe 7-3-2015 01:49 PM
Bkn sudah mati...bnyk pati mati terdampar
Quote poison_paradise 7-3-2015 01:52 PM
Boooosannn....
Quote saladin780 7-3-2015 02:22 PM
baru gi pd ..tp weekday la..mmg bes dan org pun x ramai..pantai pun okay la..jauh bersih berbanding dulu walopun byk bleh upgrade lagi dari segi kebersihan dan fasiliti

tp hotel sri malaysia yg aku duduk tu..cam hampeh jer..
Quote timahterung 7-3-2015 02:31 PM
raya cina ari  tu  Bagan Lalang  penuh sesak dah macam pasar borong. Orang dah beralih ke tempat lain..
Quote yusryimran 7-3-2015 02:35 PM
PD mmg sendu pun sekarang, Hotel banyak dah tutup anyway  PD masih  boleh memberi ketenangan kepada pengemar pantai..
Quote Komrade 7-3-2015 02:47 PM
bagan lalang best...
Quote saladin780 7-3-2015 02:49 PM

best eh..air biru x?
Quote dino 7-3-2015 03:06 PM
saladin780 replied at 7-3-2015 02:22 PM
baru gi pd ..tp weekday la..mmg bes dan org pun x ramai..pantai pun okay la..jauh bersih berbanding  ...

last 2 years aku p.... kotor yg amat.... ngan toilet kotor... najis bersepah...
sewa homestay ngan takde airnya.... air slow..... mohon ucapan pakcik an...
Quote saladin780 7-3-2015 03:14 PM
dino replied at 7-3-2015 03:06 PM
last 2 years aku p.... kotor yg amat.... ngan toilet kotor... najis bersepah...
sewa homest ...

skrg agak bersih la dino..pantai pun not bad
dulu2 mmg kotor la pd..skrg ni dah banyak beza
tp org malaysia ni pun..susah nak ckp..mentaliti pengotor..pas makan2 picnic kat pantai..tinggal je sampah sarap kat situ..padahal bukannya takde tong sampah..low class betul pnya perangai
Quote Changa 7-3-2015 03:16 PM
saladin780 replied at 7-3-2015 03:14 PM
skrg agak bersih la dino..pantai pun not bad
dulu2 mmg kotor la pd..skrg ni dah banyak beza
tp o ...

sebab tu akak tak suka sangat pergi tempat akak2 melayu sunni felda pprt berkuntum, terus jadi hauk tempat itu.
Quote Suchi 7-3-2015 03:17 PM
pd tak cantik mcm ganu
knp pantai belah barat tak secantik mcm kt pantai timur ye?
Quote saladin780 7-3-2015 03:18 PM
Changa replied at 7-3-2015 03:16 PM
sebab tu akak tak suka sangat pergi tempat akak2 melayu sunni felda pprt berkuntum, terus jadi hau ...

hakak berkuntum di perhentian adjalah kalu gitu
Quote dino 7-3-2015 03:20 PM
saladin780 replied at 7-3-2015 03:14 PM
skrg agak bersih la dino..pantai pun not bad
dulu2 mmg kotor la pd..skrg ni dah banyak beza
tp o ...

nak buat mcm mana.... serius terutama org pantai timur.... sbb aku tahu la org negeri aku mcm mana..... klau lepas makan kite buang dlm tong... skema katanya.... pdhl mudah je sampah sendiri buang la sendiri.... jgn nanti ade pekerja ke apa.....  

Quote Changa 7-3-2015 03:25 PM
saladin780 replied at 7-3-2015 03:18 PM
hakak berkuntum di perhentian adjalah kalu gitu

last year akak pergi langkawi kat pantai cenang ada event pprt apa tah, siap ada gerai2 hauk felda pprt dan konset felda pprt segala, mmg hauk sangat jagi pantai cenang dah mcm kawasan felda pprt akak tengok, so akak jenguk sekali terus tak dtg dah sebba hauk sangat.

akak pergi cenang 2 minggu lepas helok jah tenang relaks bila takde akak2 felda pprt berkuntum kat situ.

patut nya kena ban akak2 felda pprt ini daripada berkunjung ke setengah tempat mcm pantai, suruh jah akak2 itu pergi cikcur kat air terjun yg pprt itu jah.
sesuai la air tejun dgn akak2 felda pprt ini kan?
Quote guesswho09 7-3-2015 03:30 PM
Changa replied at 7-3-2015 03:25 PM
last year akak pergi langkawi kat pantai cenang ada event pprt apa tah, siap ada gerai2 hauk felda ...

hahaa...mmg kejam statement u ñi
tapi i mcm nk setuju je
Quote CrowneGlory 7-3-2015 03:30 PM
Air laut kotor nk mampos, panas melampau, udara melekit semcm...sudahnya kalau g sana takat tengok laut dr dlm keta n tingkat hotel jah.. Hotel pun aku sewa the legend... Bergelumang ada private pool... Xkowser jah tgk anak2 mandi air laut kotor tu..

Quote the_killer 7-3-2015 03:36 PM
ummah Minangkabau leh citer apa masalah di Port Dickson?

@tapibukanaku @Syd @slavehunter
Quote Changa 7-3-2015 03:41 PM
Edited by Changa at 7-3-2015 03:42 PM
CrowneGlory replied at 7-3-2015 03:30 PM
Air laut kotor nk mampos, panas melampau, udara melekit semcm...sudahnya kalau g sana takat tengok l ...

udara melekit itu standard pantai la sis.
pantai air masin mana yg tak melekit udara sis?

bab panas pula, what do you expect cuaca di khatulistiwa?
bajet2 dingin bersalju pelbagai kah sis/?
Quote CrowneGlory 7-3-2015 03:47 PM
Changa replied at 7-3-2015 03:41 PM
udara melekit itu standard pantai la sis.
pantai air masin mana yg tak melekit udara sis?


Kasihan ummah pprt mcm kamu mampoo g PD jah...hbs jauh pun pantai morib khenn... Tu psl melekit melampau dgn melekit biasa2 pun x pernah merasa khennn.. Kasihan.. Itu saja yg mampoo

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.078318 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top