CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Sukan Lihat artikel

Peluang terakhir Zulfahmi bukti prestasi

11-3-2015 06:27 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 4175| Komen: 0

Description: MUSIM perlumbaan 2015 adalah peluang terakhir pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin untuk membuktikan prestasi terbaik beliau pada saingan motosikal Grand Prix (GP) Dunia.


MUSIM perlumbaan 2015 adalah peluang terakhir pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin untuk membuktikan prestasi terbaik beliau pada saingan motosikal Grand Prix (GP) Dunia.
       
Peringatan itu diberikan Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC), Datuk Razlan Razali yang mempunyai aspirasi tinggi terhadap pelumba negara itu serta pasukan baharu Drive M7 SIC Racing Team.
       
“Kita dah duduk (bincang) dengan dia (Zulfahmi), kita buat pasukan ini untuk Fahmi (Zulfahmi) dan sukan permotoran Malaysia. Ini peluang terakhir Fahmi,” katanya.
       
Sekiranya prestasi Zulfahmi cemerlang kali ini beliau berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak meneruskan pelaburan bagi meletakkan pelumba itu dalam kelas yang lebih tinggi.
       
Katanya, banyak bakat baharu pelumba muda mempamerkan prestasi memberangsangkan khususnya dalam Asian Talent Cup yang dilihat mempunyai prospek tinggi mengisi tempat disifatkan ‘kerusi panas’ itu.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.051896 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top