CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Makanan Lihat artikel

[Resipi] Gegelang Bawang Rangup

24-3-2015 05:18 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4183| Komen: 6

Description: Gegelang bawang ini sangat 'layan' dinikmati bersama secawan nescafe panas kegemaran anda diwaktu petang.


Bahan adunan

1/3 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan tepung gandum
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 sudu teh paprika
1 sudu teh garam
1 sudu teh pepper
125 ml susu segar
1 biji telur



Cara Penyediaan


Bawang besar dikupas kulit dan hiris seperti didalam gambar

Gunakan Bawang besar seperti dlm gmbr biase dipanggil bawang jepun..

Satukan kesemua bahan-bahan kering di dalam mangkuk dan kacau rata.

Satukan susu dan telur di dalam mangkuk berasingan dan kacau sedikit.

Tuangkan campuran susu ke dalam adunan tepung dan kacau hingga sebati.

Panaskan minyak di dalam kuali. Celupkan bawang kedalam adunan tepung dan goreng hingga kuning keemasan.

Angkat dan toskan di atas kertas serap minyak. Hidangkan ketika panas-panas lagi.


Untuk nikmati bersama sos pencicah / dipping sauce

Satukan 1/2 cawan mayonis, 

2 sudu sos tomato/cili, 

1 sudu teh paprika, 

1 sudu garam, 

serta secubit herba oregano. 

Akhirkan dengan taburan lada hitam 

 dikacau sehingga sebati. 

Simpan didalam peti sejuk sebelum dihidang.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Ddion 8-4-2015 02:39 PM
sedap ni. suka sgt onion rings. tapi selalunya terlebih berminyak
Quote Hatida 26-3-2015 01:29 PM
macam sedap jee..
Quote toblerone49 25-3-2015 05:46 PM
Athrun.Zalaa: Bawang besar ke bawang kecik yg digoreng?!! Nape bahan xde bawang besar?!!
mana ada orang buat onion ring guna bawang kecik...dalam description dah bagitau bawang besar dan gambar pun dah tunjuk bawang besar kan..
Quote Athrun.Zalaa 25-3-2015 01:54 PM
Bawang besar ke bawang kecik yg digoreng?!!
Nape bahan xde bawang besar?!!
Quote BebeQ 25-3-2015 11:19 AM
macam kena buat juga ni. nampak sedap.
Quote bellaa 25-3-2015 11:02 AM
sedap nya.

siap ukir tu mcm lotus.

Lihat semua komen(6)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.043432 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top