CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadis dilarikan lelaki Dayak dirayu pulang

12-6-2013 10:43 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13301| Komen: 48

Description: KOTA BHARU - Seorang gadis berusia 19 tahun yang dipercayai mengikut teman lelaki baru dikenali sejak tiga bulan lalu dirayu pulang memandangkan keluarga amat merinduinya di Kampung Durian Daun, Kok L ...

Nur Aida dipercayai dilarikan teman lelakinya.


Lelaki yang dikenali sebagai ‘Eri’ yang dikatakan melarikan Nur Aida.

KOTA BHARU - Seorang gadis berusia 19 tahun yang dipercayai mengikut teman lelaki baru dikenali sejak tiga bulan lalu dirayu pulang memandangkan keluarga amat merinduinya di Kampung Durian Daun, Kok Lanas di sini.

Gadis berkenaan, Nur Aida Hassan mula menghilangkan diri sejak tiga minggu lalu, berubah perangainya selepas mengenali lelaki yang dipanggil ‘Eri’ dipercayai berasal dari Sabah dan berbangsa Dayak yang cuba membantunya mendapatkan pekerjaan di sebuah Kilang di Johor Bharu.

Menurut bapanya, Hassan Dollah, 61, sebelum ini Nur Aida pernah memperkenalkan teman lelakinya itu kepada dirinya, selepas dia berkenalan dengan lelaki itu ketika mengikut ibu saudaranya ke Kuala Lumpur.

“Teman lelakinya (‘Eri’) pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Noraida, lalu saya suruh dia bawa keluarganya untuk bertemu dengan saya. Tetapi sehingga ke saat ini tiada tanda-tanda yang dia akan membawa keluarganya, malah melarikan anak saya pula.

“Saya cukup sedih dengan keadaan ini kerana anak saya yang merupakan anak keenam dari 12 beradik itu, tidak pernah melawan cakap saya sebelum ini namun selepas mengenali lelaki itu dia mula berubah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam.

Hassan berkata, apa yang dibimbangkan, Noraida juga pernah memberitahu kakaknya yang tinggal di Kedah melalui telefon, supaya tidak lagi menghubunginya kerana dia akan mengikut lelaki itu ke Sabah dan kawasan itu tidak mempunyai liputan talian yang jelas.

“Saya merasakan anak saya telah kena buatan orang memandangkan dia langsung tidak mengingati keluarga dan tidak lagi bekerja malah talian telefon bimbitnya juga tidak dapat dihubungi sehingga kini,” dakwanya.

Harapan Hasaan ialah jika sesiapa pernah terlihat atau mengenalinya boleh terus berhubung dengan keluarga di talian 019-9142008 atau 014-8066947.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ogata 12-6-2013 08:37 AM
sabahan ada dayak juga erk???dayak apa sea or land?
Quote ocho 12-6-2013 08:41 AM
katanya ... " “Saya merasakan anak saya telah kena buatan orang memandangkan dia langsung tidak mengingati keluarga dan tidak lagi bekerja malah talian telefon bimbitnya juga tidak dapat dihubungi sehingga kini,”



toksah nak propa2 sgt ... sikit2 buatan org ..
Quote the_killer 12-6-2013 08:43 AM
ogata posted on 12-6-2013 08:37 AM
sabahan ada dayak juga erk???dayak apa sea or land?

Dayak murut
Quote NaylaArisha 12-6-2013 02:13 PM
erk.... mana ada dayak kat sabah... dayak tu sarawak lah... murut lg lah jauh nak kata dayak... memang sah x pernah g sabah dan x tau bangsa2 yang ada kat sabah
Quote Muntz 12-6-2013 02:14 PM
Sabah mmg takder Dayak, tapi yg boleh consider Dayak sikit ialah Lundayeh, Lun Bawang, Murut sbb share budaya yg sama dgn org Ulu di Sarawak.
Quote yarid 12-6-2013 02:14 PM
sy rasa ni dayak sarawak atau kalimantan yg kerja di sabah....... Last edited by yarid on 12-6-2013 02:15 PM

Quote the_killer 12-6-2013 02:20 PM
NaylaArisha posted on 12-6-2013 02:13 PM
erk.... mana ada dayak kat sabah... dayak tu sarawak lah... murut lg lah jauh nak kata dayak... mema ...

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kaum-kaum_di_Malaysia

murut pon dayak...tidung bagai..depa digelar dayak juga...mcm rungus
Quote NaylaArisha 12-6-2013 02:24 PM
rungus ngn tidung tu memang lah boleh di kategorikan sebagai dayak

tp murut ni lebih pada bangsa bisaya/dusun/kadazan
Quote jonlabu 12-6-2013 02:26 PM
buatan orang la sangat. dilarikan ke melarikan diri?
Quote the_killer 12-6-2013 02:32 PM
NaylaArisha posted on 12-6-2013 02:24 PM
rungus ngn tidung tu memang lah boleh di kategorikan sebagai dayak

tp murut ni lebih pada bangsa  ...

dah dikategorikan dayak

kaum Murut adalah suku kaum ketiga terbesar di Sabah.
Tempat tinggal mereka termasuk Tenom, Kemabong, Pensiangan dan Keningau. Dahulu mereka tinggal di dalam rumah panjang dan hidup harmoni dalam keluarga besar. Kebanyakan mereka adalah petani berpindah, pemburu dan penangkap ikan sungai. Mereka juga mejalankan pemungutan hasil hutan(damar, rotan dan madu lebah).Pada masa kini kaum murut sudah ada yang berkhidmat dalam sektor awam dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertahanan.
Perkataan ‘Murut’ merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di Pedalaman Sabah. Murut terdapat di beberapa kawasan seperti Keningau, Tenom, Pensiangan, Sipitang, Kalabakan dan Kinabatangan. Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan,dan Murut Serundung. Dimana kaum Murut mewakili sebanyak 2.9% daripada penduduk di Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang. Suku kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan sempadan Kalimantan. Kaum Murut mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum Murut yang lain seperti Lun Bawang/Lun Dayeh. Ini disebabkan faktor geografi sebagai penghalang dalam komunikasi bahasa mereka.


depa tetap dayak

  
Last edited by the_killer on 12-6-2013 02:33 PM

Quote prettyuglybabe 12-6-2013 02:33 PM
alahai.. buatan orang sangat la
Quote NaylaArisha 12-6-2013 02:36 PM
the_killer posted on 12-6-2013 02:32 PM
dah dikategorikan dayak

kaum Murut adalah suku kaum ketiga terbesar di Sabah.Tempat tinggal me ...

x nampak pun di labelkan sebagai dayak????

Quote siputsedut 12-6-2013 02:39 PM
cinta itu buta makcik..tak payah nk tunggu kene buatan orang..kalu dah kemaruk cinta, ramai je yang buang family..sanggup bersusah payah naik bot pancung bagai..
Quote the_killer 12-6-2013 02:40 PM
NaylaArisha posted on 12-6-2013 02:36 PM
x nampak pun di labelkan sebagai dayak????

kan murut terbahagi kepada beberapa bahagian...salah satunya tidung...tidung itu dayak..

Dayak terkenal di kawasan Sarawak dan kalimantan. manakala di Sabah dayak kurang di perkenalkan.

Di Sabah Dayak Dusun adalah merupakan penghuni yang mendiami pesisir pantai utara borneo. Dayak Dusun ini juga di kenali sebagai Momogun bagi negeri sabah.

Dayak Dusun lebih suka hidup dalam petempatan "Rumah di dalam Rumah" iaitu Rumah Panjang. Konsep Rumah panjang ini adalah sebuah rumah berkonsepkan pangsapuri atau rumah teres.

Dayak Dusun yang sering di kenali di sabah ialah Momogun Rungus dan Murut.

http://www.sabahforum.com/forum/kadazandusun-murut/topic3197.html
Quote Firaaz 12-6-2013 02:43 PM
Lunyai sudah..
Quote misshero 12-6-2013 02:52 PM
uish....tak pernah melawan tapi sekali melawan, naya...cinta mati tu.....
Quote batmana 12-6-2013 02:53 PM
ogata posted on 12-6-2013 08:37 AM
sabahan ada dayak juga erk???dayak apa sea or land?

dayak lombok...

Quote mizkajura 12-6-2013 02:57 PM
selalu sgt jadik kes mcm nih
Quote seratus_sukan 12-6-2013 02:58 PM
flying dayak?

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.080593 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top