CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Digital & IT Lihat artikel

Facebook Mengumumkan Messenger Untuk Perniagaan

26-3-2015 10:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3913| Komen: 0

Description: Perkara Ini Sekaligus Menjadikan Pengguna Boleh Berkomunikasi Dengan Lebih Mudah Menggunakan Hanya Satu Platform Sahaja Dan Tidak Lagi Perlu Risau Untuk Berhubung Sama Ada Menggunakan Whatsapp, Emel, ...
Facebook Mengumumkan Messenger Untuk Perniagaan

Lanjutan daripada pengenalan Facebook Messenger sebagai sebuah platform dengan integrasi aplikasi pihak ketiga, laman sosial terkemuka berkenaan turut sama mengumumkan fungsi baru dinamakan sebagai “Business on Messenger”.

Seperti pada namanya, ia memfokuskan kepada penggunaan aplikasi Messenger untuk tujuan perniagaan, sekaligus memudahkan para perniagaan berkomunikasi dengan pelanggan mereka dengan lebih mudah.

Melalui fungsi ini, pemilik perniagaan boleh menawarkan pilihan untuk pelanggan berkomunikasi menggunakan Messenger – termasuk untuk menerima invois, pengesahan tempahan, mengetahui status semasa tempahan, mahupun berkomunikasi dengan pemilik perniagaan terus melalui aplikasi Facebook Messenger.

Perkara ini sekaligus menjadikan pengguna boleh berkomunikasi dengan lebih mudah menggunakan hanya satu platform sahaja dan tidak lagi perlu risau untuk berhubung sama ada menggunakan WhatsApp, emel, nombor telefon dan sebagainya.

Menurut Facebook, mereka akan memulakan ujian secara terhad untuk fungsi ini dengan beberapa rakan kerjasama terpilih, sebelum ia ditawarkan secara meluas kepada semua.

kredit:www.amanz.my

                                                                                                                                          


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.193140 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top