CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Sukan Lihat artikel

[Hoki] Faizal Perlu Jaga Disiplin - Khairy

26-3-2015 05:50 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3685| Komen: 0

Description: "Saya Harap Faizal Sendiri Dapat Mempamerkan Tahap Disiplin Yang Tinggi. Beliau Kena Ingat Sebagai Pemain Kebangsaan, Sebagai Seorang Pemain Yang Hebat, Sebagai Seorang Ikon Hoki Kebangsaan, Nasihat ...
[Hoki] Faizal Perlu Jaga Disiplin - Khairy

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berharap permasalahan membabitkan pemain hoki kebangsaan, Faizal Saari menemui jalan noktah demi karier pemain itu sendiri.


Faizal sekali lagi menjadi tumpuan selepas gagal menghadiri sesi latihan skuad kebangsaan pada Ahad. Selain itu, dia juga beraksi bersama kelab Hong Kong, SSSC tanpa kebenaran Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).

Kemelut kewangan yang membelenggu pemain itu dikatakan menjadi punca mengapa dia berbuat demikian. Begitupun Khairy berharap segala permasalahan membabitkan Faizal dapat diselesaikan segera.

"Saya harap faizal sendiri dapat mempamerkan tahap disiplin yang tinggi. Beliau kena ingat sebagai pemain kebangsaan, sebagai seorang pemain yang hebat, sebagai seorang ikon hoki kebangsaan, nasihat saya kepada Faizal ialah pastikan beliau dapat membawa diri dengan baik, menjaga disiplin sentiasa dan terus menyumbang kepada kecemerlangan hoki negara," katanya.

Pada Selasa, Timbalan Presiden KHM, Datuk Nur Azmi Ahmad mengesahkan pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan dan akan disiasat dengan segera.

Beliau turut menambah, kemelut antara KHM dan pemain itu sudah mendapat persetujuan terutamanya dari segi pembayaran bonus.

sumber:www.stadiumastro.com



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.047462 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top