CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Pocong mengganas lagi??

13-6-2013 10:51 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 39026| Komen: 54

Description: Penggambaran pocong bervariasi. Dikatakan, pocong memiliki wajah berwarnah hijau dengan mata yang kosong. Penggambaran lain menyatakan, pocong berwajah rata dan memiliki lubang mata berongga atau tert ...

Seram plak!


Kita ikuti bagaimana asal usul pocong...

Penggambaran pocong bervariasi. Dikatakan, pocong memiliki wajah berwarnah hijau dengan mata yang kosong. Penggambaran lain menyatakan, pocong berwajah rata dan memiliki lubang mata berongga atau tertutup kapas dengan wajah putih pucat. Mereka yang percaya akan adanya hantu ini beranggapan, pocong merupakan bentuk protes dari si mati yang terlupa dibuka ikatan kafannya sebelum kuburnya ditutup.

Meskipun pocong dalam film sering digambarkan bergerak melompat-lompat, mitos tentang pocong malah menyatakan pocong bergerak melayang-layang. Hal ini bisa dimaklumi, sebab di film-film pemeran pocongk tidak bisa menggerakkan kakinya sehingga berjalannya harus melompat-lompat. Keadaan ini pula yang menimbulkan suatu pernyataan yang biasa dipakai untuk membedakan pocongk asli dan pocong palsu dimasyarakat.

Kepercayaan akan adanya hantu pocong hanya berkembang di Indonesia, terutama di Jawa dan Sumatera. Walaupun penggambarannya mengikuti tradisi muslim, umat beragama lain pun ternyata dapat mengakui eksistensi hantu ini.

Menurut kepercayaan masyarakat, hanya ada 2 cara untuk melepaskan diri bila dikejar oleh pocong. cara pertama adalah bersetubuh dengan bumi atau yang biasa disebut tiarap sedangkan cara kedua adalah jalan berkelok-kelok layaknya cacing. Kedua cara ini diyakini sangat efektif oleh masyarakat diberbagai daerah.

Pocong sering kali mewarnai cerpen atau roman bertema misteri. Dalam sinema nasional Indonesia bergenre horor, pocong bahkan sering kali dihadirkan. Beberapa bahkan menggunakannya sebagai judul.

Kepercayaan akan sosok yang satu ini membawanya hadir kedalam layar lebar. Film yang sudah dirilis menggunakan sosok ini diantaranya "pocong" pada tahun 2005, "pocong 2" pada tahun 2006, "pocong 3" pada tahun 2007, dan 40 Hari Bangkitnya pocong.






Laluan keluar masuk penduduk yang dikelilingi hutan bakau dan nipah.

Seorang saksi kejadian, Mohd Desa Ahmad, 52, berkata, cerita kewujudan hantu itu mula tersebar di seluruh kampung sejak tiga bulan lalu apabila sebanyak tiga kes penemuan lembaga berkenaan dilaporkan sehingga kini.

Menurutnya, pengalaman terserempak dengan lembaga menyerupai hantu pocong benar-benar memberi igauan buruk setelah sebelum ini menganggap dakwaan beberapa penduduk sebagai tidak berasas.

“Kejadian itu berlaku semasa saya sedang mengambil angin di luar rumah baru-baru ini dan tercium bau aneh seakan-akan bau tanah kubur sewaktu sedang menghisap rokok.

“Pada masa sama, saya mendapati terdapat sebuah motosikal sedang melintasi hadapan rumah dan alangkah terkejutnya apabila terdapat satu objek berbungkus kain putih sedang ‘membonceng’ motosikal itu tanpa disedari penunggangnya,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di rumahnya di sini semalam.

Mohd Desa berkata, dia tergamam melihat objek berbungkus itu buat seketika, bagaimanapun keadaan menjadi lebih mengerikan apabila muncul di hadapannya secara tiba-tiba.

“Sedang saya tergamam melihat kejadian itu, tiba-tiba objek itu hilang dan paling memeranjatkan, lembaga itu muncul di hadapan saya dalam jarak 10 meter.

“Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika ini dan saya segera meluru masuk ke dalam rumah dan menutup semua tingkap serta pintu tanpa berfikir panjang,” katanya.

Seorang lagi saksi kejadian, Salleh Mat, 58, berkata, semasa kejadian dia bersama isteri dan anak-anaknya sedang berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen pada jam 11 malam.

“Pada masa itu saya hendak menutup pintu belakang rumah kerana sudah lewat malam. Saya perasan ada kelibat seseorang di luar rumah berpakaian serba putih namun tidak berapa jelas kerana keadaan pada masa itu terlalu gelap.

“Saya pun turun dari rumah dan memberanikan diri untuk melihat dengan lebih dekat. Bagaimanapun, kelibat lembaga itu merupakan sebuah objek berbungkus yang menyerupai tubuh mayat yang dikafankan,” katanya.

Salleh yang terperanjat dengan kejadian itu terus memasuki rumah dan mengunci semua pintu dan tingkap sehingga menimbulkan kehairanan isteri dan anak-anaknya.

“Saya yakin lembaga yang saya lihat merupakan hantu pocong berdasarkan bentuk sama seperti manusia yang dikafankan di mana kain yang membaluti tubuh amat pudar selain mempunyai satu ikatan di atas kepala,” katanya.

Sementara itu, sumber dari penduduk asal kampung menceritakan kejadian ini dikatakan sering berlaku semasa pembukaan kampung ini sekitar tahun 1980-an sebelum isu itu lenyap beberapa tahun kemudian.

Bagaimanapun, kejadian penduduk ‘diganggu’ hantu pocong berulang kembali dipercayai berpunca perlaksanaan projek penempatan semula penduduk kampung yang dikatakan ‘mengganggu’ kediaman asal makhluk halus di sini.

“Berdasarkan cerita orang tua sebelum ini, kampung ini sebelum dibuka dipenuhi hutan nipah dan hutan paya bakau. Dikatakan pelbagai perkara buruk berlaku semasa pembukaan kampung.

“Ia disebabkan di kawasan hutan nipah ini terdapat banyak kubur-kubur lama yang tidak bertanda selain sebuah kubur ‘keramat’ yang dikatakan turut terletak di kawasan kampung kami,” katanya.

Seorang lagi penduduk yang ingin dikenali sebagai Radhi berkata, lokasi pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kurau dan kawasan sekitarnya dikatakan berasal dari tapak perkuburan lama yang banyak terdapat di kawasan itu.

“Semasa pembinaan pangkalan itu, terdapat gangguan sebegini dialami penduduk kampung sebelum perkara sama berulang kembali sejak tiga bulan.

“Kami tidak menolak kemungkinan ‘kemunculan’ kembali makhluk berkenaan disebabkan kerja pembinaan penempatan semula penduduk kampung yang sedang dijalankan yang dipercayai menyebabkan makhluk itu ‘marah’ dan mengganggu kami,”



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nicuya 12-6-2013 05:28 PM
woi..meremang bulu roma aku tgk gambo tu wey....
Quote mnSK 12-6-2013 06:41 PM
apa pun jelmaan jinn semata2....
seligi je kalau jumpe...heheheeeeee
Quote fifie_olin 13-6-2013 08:30 AM
mnSK posted on 12-6-2013 04:41 PM
apa pun jelmaan jinn semata2....
seligi je kalau jumpe...heheheeeeee

amboi ckp besau ko yer...x baik takburr....

Quote mrbotak 13-6-2013 09:26 AM
baru tau term meniarap tu "bersetubuh dengan bumi".. huhuhu
Quote encikWawad 13-6-2013 09:38 AM
kan ke masa di tanam - dah tutup semua muka bagai - sapa pulak yang bukak , elok2 pulak utk muka je pocong tuuuu - teringin nak tahu -
Quote mnSK 13-6-2013 10:23 AM
fifie_olin posted on 13-6-2013 08:30 AM
amboi ckp besau ko yer...x baik takburr....

"kalau kail panjang sejenkal, jgn menduga lautan dalam..."

"payung aku dh sediakan, perahu juga aku dh stanby..hanya menanti hujan dan banjir berlaku...."

cuba la.... kalau setakat jinn nie aku kunyah2 je.. bukan nk riak atau takbur, tapi hakikat..
heheheeeeee.....


Quote masariesya 13-6-2013 10:25 AM
APMM kuala kurau..memg smpi pencen la aku xnk bertugas kat sana..
Quote ocho 13-6-2013 10:29 AM
TIPs penting untuk memboloskan diri dari pocong, katanya...

" ...Menurut kepercayaan masyarakat, hanya ada 2 cara untuk melepaskan diri bila dikejar oleh pocong. cara pertama adalah bersetubuh dengan bumi atau yang biasa disebut tiarap sedangkan cara kedua adalah jalan berkelok-kelok layaknya cacing. Kedua cara ini diyakini sangat efektif oleh masyarakat diberbagai daerah"

Quote mnSK 13-6-2013 10:39 AM
ocho posted on 13-6-2013 10:29 AM
TIPs penting untuk memboloskan diri dari pocong, katanya...

" ...Menurut kepercayaan masyarakat,  ...

tips bangang namenye....heheheheheeeeeee...
Quote ocho 13-6-2013 10:45 AM
mnSK posted on 13-6-2013 10:39 AM
tips bangang namenye....heheheheheeeeeee...

cecuber .. mana taww .. tgh panik nampak pocong, nak lari, teringat nak 'bersetubuh dgn bumi' or lari mcm cacing

bro, ko ada tips mujarab ke, camne nak larik dari pochong ? LARIKKKK ..
Quote ocho 13-6-2013 10:46 AM



Quote myakayina 13-6-2013 10:51 AM
bongok tul..terkejut aku tngok gambar pocong tersengih tu..seram !
Quote ocho 13-6-2013 10:53 AM
myakayina posted on 13-6-2013 10:51 AM
bongok tul..terkejut aku tngok gambar pocong tersengih tu..seram !

wakakakak
Quote myakayina 13-6-2013 10:56 AM
ocho posted on 13-6-2013 10:53 AM
wakakakak

siyes beb, rasa berhenti jantung kjap ni tadi.. tuan tanah kedaung ni agak2 la nak letak gambar seram..nasib aku tak kena sakit jantung..aku nak elak tngok gambar yg 1st tu..scroll ke bawah alih2 muka pocong tersengih tu yg kluar plak..
Quote ocho 13-6-2013 10:58 AM
myakayina posted on 13-6-2013 10:56 AM
siyes beb, rasa berhenti jantung kjap ni tadi.. tuan tanah kedaung ni agak2 la nak letak gambar se ...

sorry ler sis ... hahah .. cute per muka pocong tu .. sengih. aku rs kalau REAL, tak cute mcm tu ..

ko prnah tgok pocong ke sis ?
Quote myakayina 13-6-2013 11:03 AM
ocho posted on 13-6-2013 10:58 AM
sorry ler sis ... hahah .. cute per muka pocong tu .. sengih. aku rs kalau REAL, tak cute mcm tu . ...

tak pernah, tapi jiran aku pernah la masa pocong mengganas kt rumah mak aku dulu..

Quote mnSK 13-6-2013 11:05 AM
ocho posted on 13-6-2013 10:45 AM
cecuber .. mana taww .. tgh panik nampak pocong, nak lari, teringat nak 'bersetubuh dgn bumi' or l ...

nk lari buat apa... baca

"Audzubillahiminasyaitonirojim", (Aku berlindung kepada ALLAH SWT dari godaan syaitan yang terkutuk)
"Bismillahirrahmanirrahim..."(Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani...)

pastu ambik je batu baling je kat dia... kasi rejam sama dia....kehkehkehhhheeheheheheeee.... kita mohon perlindungan dari ALLAH SWT.

kalau dh takut tue lari je la... baca ape2 yg patut...dh lumrah manusia takut pada sesuatu yg buruk lg hodoh...kehkehkehhhh...
yg nk tergeliat2 atau bersetubuh dgn bumi buat ape.. nnt pocong tue gelak sakan je tgk korg buat perkara mcm tue...ehehhehe..
silap2 pocong tue kasi ceramah agama kat korg, Nabi SAW tak ajar pun mcm tue...hehehehehe...lawak2...


Quote ocho 13-6-2013 11:06 AM
myakayina posted on 13-6-2013 11:03 AM
tak pernah, tapi jiran aku pernah la masa pocong mengganas kt rumah mak aku dulu..

share ler sis apa yg brlaku ..
pocong mengganas kat umah mak ? wow ..
Quote mnSK 13-6-2013 11:08 AM
ocho posted on 13-6-2013 10:58 AM
sorry ler sis ... hahah .. cute per muka pocong tu .. sengih. aku rs kalau REAL, tak cute mcm tu . ...

aku pun rase muka pocong dlm gambar tue cute.....ahhahahahahaaaa....



Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.079382 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top