CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

'Tun M, Kamu Tidak Berseorangan' - Che Ta & Dato Ct

16-4-2015 01:20 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11326| Komen: 57

Description: "Love U Tun Dan Sentiasa Bersama Tun..Sejarah Kepimpinan Tun Mengharungi Pelbagai Cabaran Dan Dugaan Membangunkan Malaysia Hingga Terkenal Di Mata Dunia Patut Kita Hargai Serta Contohi.
Che Det, kamu tidak akan berseorangan - Che Ta


KUALA LUMPUR: Aktres jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta menyatakan sokongan terbuka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad selain menyatakan bekas Perdana Menteri itu tidak pernah berseorangan.

Dalam catatan di laman Instagram miliknya, Che Ta mengakui ramai lagi pengikut dan rakyat negara ini berada di belakang Dr Mahathir selain memberi sokongan kepada perjuangannya.

"Tun tidak keseorangan..kami sentiasa teguh di belakang.

"Tapi kami ni orang marhain, siapa hendak dengar suara kami," katanya.





Laman Instagram milik Che Ta yang menyatakan sokongan terbuka kepada Che Det - Gambar Instagram Che Ta

Pada Isnin, Dr Mahathir mengeluh di dalam blognya chedet.cc bahawa dia keseorangan ketika membangkitkan kritikan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kata Dr Mahathir, soalan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) masih tidak berjawab dan ramai pihak masih bertanya kepadanya berkaitan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Sementara itu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang negarawan yang telah mengharungi pelbagai cabaran sehingga terkenal di mata dunia.

Antara catatan terbaharu di laman Instagramnya juga menyatakan secara terbuka rasa kagumnya kepada Dr Mahathir selain menyatakan bekas Perdana Menteri tidak pernah keseorangan.

"Love u Tun dan sentiasa bersama Tun..Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata dunia patut kita hargai serta contohi.

"Tiada yang muda kalau tidak kerana orang tua .. #sayaanakMalaysia #sebak," katanya dalam laman Instagram berkenaan.


Laman Instagram milik Siti Nurhaliza yang menyatakan sokongan terbuka kepada Che Det - Gambar Instagram Siti Nurhaliza

Tinjauan Astro AWANI mendapati, sehingga kini, catatan berkenaan mendapat lebin 17 ribu 'like' dan mendapat hampir 700 pendapat.

Kebanyakan pendapat berkenaan menyokong Siti selain menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir sendiri.

Sebelum ini, Dr Mahathir memaklumkan, Najib bakal menjadi penentu bagi masa depan UMNO.

Kata Dr Mahathir, seandainya UMNO kalah kelak, ia dilihat satu situasi yang tidak dapat dipulihkan semula.

Bagaimanapun Dr Mahathir turut mengakui bukan mudah untuknya menulis catatan itu namun diteruskan demi bangsa dan negara.


11

Bagus
10

Marah
17

Terkejut
13

Sedih
4

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosmahisham 15-4-2015 08:28 PM
dato ct respek, syg n sanjung tun det n tun ct hasmah dr dulu kan idola kot..ramai lg yg menyayangi n beada dibelakang mu wahai tun det..tp bkn ke dato ct baik jgk dgn ahkak pink..dh la berbesan dgn dato hishamuddin..
Quote rosmahisham 15-4-2015 08:30 PM
rakyat kedah sentiasa sokong tun det..mati la kena laharan ai nnti..macai katanyer ha ha
Quote dalima 15-4-2015 08:44 PM
iols pon nak kabo kat Tun M..


but you are not alone
I am here with you
though we're far apart
you're always in my heart
but you are not alone... heeee heeeee... auwwww!



Quote Orix 15-4-2015 08:54 PM
rosmahisham replied at 15-4-2015 08:28 PM
dato ct respek, syg n sanjung tun det n tun ct hasmah dr dulu kan idola kot..ramai lg yg menyayangi ...

besan tiri je pn.. eh ad ke istilah besan tiri?? yg berbesan ngn hishamudin tu TZ
Quote clarizsa 15-4-2015 09:02 PM
Yup... i sokong Tun M jugak.. meluatla macai najibon yg bongoks..
Quote doubleA 15-4-2015 09:05 PM
pasha sandha pun sokong tun m ni, pernah nampak kt ig dia dulu betapa dia suka tun.

mohon karatz tak lahar iols

Quote miabebe 15-4-2015 09:13 PM
Mia pun sama
Quote net_level 15-4-2015 09:22 PM
masa tokti kawen dulu tun dgn najib sama2 dtg kan... masa tu najib timbalan PM...
but, most concert2 besar sheols jemput tun, tun akan dtg...
Quote AprilLova 15-4-2015 10:17 PM
Tun M tak perlu mintak simpati sesiapa.... Tun ada ramai fanatik. Tapi zaman dah berubah, dulu masa Tun nak Tun Abdullah letak jawatan, satu Malaysia setuju lagipun Pak Lah bukan tandingan Tun... Tapi sekarang Tun nak Najib letak jawatan mungkin susah sikit.. Najib pun besar pengaruh dan banyak pengikut. wait and see sajalah... hope Tun sihat selalu.
Quote pocongkiutss 15-4-2015 10:20 PM
sokong Tun  

Tapi che ta marhain?? xde marhainnye okeh..heheh
Quote Suchi 15-4-2015 10:31 PM
pocongkiutss replied at 15-4-2015 10:20 PM
sokong Tun  

Tapi che ta marhain?? xde marhainnye okeh..heheh

agak2 sapa artis yang tak sokong kedua2  nya?
Quote af_1993 15-4-2015 10:52 PM
antara pemimpin bn..aku cuma suka tun sorang jer..eh termasuk politik plak
Quote jayzzie 15-4-2015 11:06 PM
Ure nt alone tun.
Tun bace porum takk?
Quote lampor 16-4-2015 12:28 AM
Ada possibility kena banned masuk tb tak 2 org neh? Hehe
Quote CrowneGlory 16-4-2015 01:04 AM
Sama je..sorg penyamun pencen... Sorang penyamun bakal pencen... Tp kesian gak kat yg pencen sbb adala jugak poin2 dia yg betul...

#teamcouldntbebothered
Quote CrowneGlory 16-4-2015 01:07 AM
dalima replied at 15-4-2015 08:44 PM
iols pon nak kabo kat Tun M..



Kalau utk bijan pulak sesuai lagu apa? Toxic - britney spears
Quote Nadzfizz 16-4-2015 07:39 AM
Ku tetap bersama tun......sayang tun
Quote cemolot 16-4-2015 07:43 AM
if tomorrow never comes.. will he know how much i love him~~~~~

[youtube]_PmAy81VSjQ[/youtube]
Quote farahfatihah 16-4-2015 07:57 AM
cemolot replied at 16-4-2015 07:43 AM
if tomorrow never comes.. will he know how much i love him~~~~~

kak mah ni lawo kan masa zaman muda2 dia dlu..skg dah jd macm hape je bila dah botox sana sini huhuhu

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.116489 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top