CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Hans Isaac Sedang Dilamun Cinta

20-4-2015 12:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 26478| Komen: 118

Description: “Saya Sudah Berpunya Cuma Kali Ini, Saya Ambil Pendirian Untuk Merahsiakan Siapakah Wanita Itu. Sebelum Ini Saya Lebih Terbuka Untuk Berkongsi Kisah Cinta Tapi Penyudahnya Tidak Mengembirakan.
Hans Isaac Sedang Dilamun Cinta

SELEPAS gagal dalam beberapa siri percintaan termasuk bersama aktres jelita Erra Fazira dan Neelofa, akhirnya Hans Isaac membuka hatinya buat seseorang.


Setelah sekian lama berdiam diri, pelakon dan pengarah terkenal ini mengakui hatinya kini sudah dimiliki.


Bagaimanapun, pelakon Baik Punya Cilok ini lebih selesa untuk merahsiakan gerangan gadis yang berjaya mencuri hatinya kepada khalayak umum.


“Saya sudah berpunya cuma kali ini, saya ambil pendirian untuk merahsiakan siapakah wanita itu. Sebelum ini saya lebih terbuka untuk berkongsi kisah cinta tapi penyudahnya tidak mengembirakan.


“Jadi saya mohon bagilah ruang untuk saya dan si dia mengenali antara satu sama lain. Saya lebih selesa untuk merahsiakannya,” kata Hans.


Mengulas mengenai pertemuanya bersama Neelofa dalam rancangan Meletop baru-baru ini, aktor kacak itu menjelaskan mereka tiada masalah untuk berjumpa dan masih berkawan biasa.


“Sebenarnya saya dan Lofa tiada apa-apa masalah pun, saya berusaha mengawal pandangan mata dengan Lofa kerana tak mahu tergelak secara spontan, sebelum ini pun saya ada jumpa dia jadi tak mahulah ‘moments’ tersebut terbawa-bawa ke set.


“Sekali lagi saya tegaskan, saya dan Lofa tiada apa-apa isu berbangkit. Kami berkawan biasa kerana industri kita ini kecil sahaja, pusing-pusing pun akan ketemu jua, jadi bersikaplah positif untuk segala hal,” kata Hans.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsKathryn 18-4-2015 01:16 AM
Girlfren dia yg ada ikut ratu cantik tu ke..
Quote Jamilahbebee 18-4-2015 01:52 AM
X de bukti gambo gepren baru hans kah? Kalo ade tepek gambo
Quote kimsa-ra 18-4-2015 01:54 AM
umo hans ni bape?
Quote merrissa 18-4-2015 04:42 AM
bosan la hans ni................awek banyak...pastu putus .....sengsara aku melihatnya
Quote dalima 18-4-2015 07:26 AM
Hai handsome! U dilamun cinta dgn i ke? Miahaha
Quote amiraira 18-4-2015 07:44 AM
Harap Kali ni menjadi

Sian Hans iols ni
Quote spenderterselit 18-4-2015 07:46 AM
Kesian hans..

Asik tak jadi je nak kawen sampai dah kertu

Hope kali ni berjaya la ye
Quote che_kembang 18-4-2015 07:58 AM
Aku rase bile die dah  declare camni,sekufu ngan die lah kot..u know what I mean..
Quote imthegirl 18-4-2015 07:59 AM
Apa maksud mengawal mata supaya tak tergelak
Quote tightcherry 18-4-2015 08:01 AM
Hero pencenn... Di alaf sendu
Quote cmf_premierleag 18-4-2015 08:09 AM
Amir raja lawak, shuib sepahtu, tauke jambu batu tu muka x siap pun elok je sangkut dgn pompuan
Quote shachihata33 18-4-2015 08:16 AM
kalau x nak kenal kan watpe lah gi announce awal2. dulu masa dgn lofa selindung2 sampai pecah gak. ni awal1 dh bgtau pdhal xde gossip2 pun. tetiba mengak pastu minta bg ruang
Quote rosmahisham 18-4-2015 08:42 AM
bercinta je la..kawen nye idok jgkkk..
Quote Amina_Mirza 18-4-2015 08:57 AM
cmf_premierleag replied at 18-4-2015 08:09 AM
Amir raja lawak, shuib sepahtu, tauke jambu batu tu muka x siap pun elok je sangkut dgn pompuan

hahaha deep sungguh ayat mu ittewwww
Quote kelip2_07 18-4-2015 09:37 AM
Jgn lupe mandi bunga hans
Quote tomet05 18-4-2015 09:52 AM
adakah ini saje nak naikkan tayangan lawak ke der dan baik punya cilok
kiki
tapi iols dah beli baik punya cilok punya tiket
Quote cikgu_murni 18-4-2015 10:51 AM
kelip2_07 replied at 18-4-2015 09:37 AM
Jgn lupe mandi bunga hans

Mandi bunga dah biasa noks .. elok bunga campur buahnya sekali
Quote mice_cheese 18-4-2015 10:57 AM
Xyah bgtau awal2..dah nak kawin baru la bg statement..
Quote mrsLucky 18-4-2015 11:11 AM
banyak kali berganti gf...tak jadi2..i wonder why..

Lihat semua komen(118)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.068059 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top