CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Digital & IT Lihat artikel

Microsoft Surface 3 Boleh Di Pra-Tempah Di Malaysia

20-4-2015 12:40 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4061| Komen: 0

Description: Microsoft telah mengumumkan Surface 3 lebih kurang dua minggu yang lepas, dimana ia menggantikan Surface 2 yang berasaskan Windows RT sebelum ini. Surface 3 ini hadir dengan cip pemprosesan Intel Atom ...
Microsoft Surface 3 Boleh Di Pra-Tempah Di Malaysia Bermula Hari Ini

Microsoft telah mengumumkan Surface 3 lebih kurang dua minggu yang lepas, dimana ia menggantikan Surface 2 yang berasaskan Windows RT sebelum ini. Surface 3 ini hadir dengan cip pemprosesan Intel Atom, dan pada masa yang sama menggunakan Windows 8.1 (kelak boleh dikemaskini kepada Windows 10).


Untuk pasaran Malaysia, Surface 3 ini akan mula dijual bermula bulan Mei kelak. Namun, bagi mereka yang ingin melakukan pra-tempahan, beberapa penjual telah mula menerimanya hari ini, dan SenHeng merupakan salah satu daripadanya.

Di Malaysia, Surface 3 dengan ruangan storan bersaiz 64GB disenaraikan pada harga RM1989. Melalui penyenaraian pihak SenHeng, ia dilihat terdapat sedikit perubahan harga berbanding pengumuman Microsoft tempoh hari. Ketika pengumuman, Microsoft mengatakan ia akan dijual pada harga bermula RM1879, dan berkemungkinan peningkatan harga ini berlaku kerana pengenalan GST di Malaysia bermula bulan April ini. Model 128GB pula disenaraikan pada harga RM2389. Seperti biasa, pengguna perlu mendapatkan papan kekunci yang boleh ditanggalkan untuk Surface 3 ini secara berasingan pada harga RM479.
Jadi, adakah anda akan membuat pra-tempahan untuk Surface 3 ini?

kredit:www.amanz.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.868024 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top