CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Digital & IT Lihat artikel

Xiaomi Mi Note Dan Xiaomi Mi 4 Melepasi Pengesahan Sirim Di Malaysia

22-4-2015 01:17 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3836| Komen: 0

Description: Xiaomi Sebelum Ini Pernah Mengatakan Mi Note Akan Hadir Ke Pasaran Tempatan Sekitar Suku Kedua 2015 Ini, Dan Mungkin Ini Merupakan Penyediaan Mereka Untuk Pelancaran Tersebut. Namun, Untuk Mi4 Pula Be ...
Xiaomi Mi Note Dan Xiaomi Mi 4 Melepasi Pengesahan Sirim Di Malaysia

Xiaomi telah menjadi salah satu jenama yang agak popular dan disebut-sebut para peminat gajet. Minggu ini mereka bakal memperkenalkan salah satu peranti baru di India, dan menariknya, dua peranti baru kini telah melepasi pengesahan Sirim di Malaysia. Dua peranti tersebut adalah Xiaomi Mi Note dan juga Xiaomi Mi 4.


Xiaomi Mi Note merupakan telefon pintar dalam keluarga phablet dengan ciri-ciri spesifikasi tinggi yang ditawarkan oleh Xiaomi, dan telah diperkenalkan pada awal tahun ini. Xiaomi Mi Note hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci, dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 801 serta memori 3GB RAM. Peranti ini dilengkapi kamera belakang 13-megapixel OIS, serta kamera hadapan dengan teknologi seumpama HTC Ultrapixel.


Xiaomi Mi4 pula telah diperkenalkan pada tahun lepas dan dikatakan tidak akan hadir ke pasaran Malaysia sebelum ini. Ia membawakan saiz peranti 5-inci yang popular dikalangan pengguna pada hari ini, cip Snapdragon 801, hadir dalam pilihan memori 2GB RAM dan 3GB RAM, serta kamera belakang 13-megapixel.

Xiaomi sebelum ini pernah mengatakan Mi Note akan hadir ke pasaran tempatan sekitar suku kedua 2015 ini, dan mungkin ini merupakan penyediaan mereka untuk pelancaran tersebut. Namun, untuk Mi4 pula berkemungkinan ia hanya melepasi Sirim sahaja, dan mungkin pihak Xiaomi akan menawarkan Mi4i yang dikatakan akan dilancarkan pada hari Khamis ini.

Kami akan cuba mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan penawaran ini tidak lama lagi.

SUMBER RUJUKAN: @PIRATZ
kredit:www.amanz.my



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.037852 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top