CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Digital & IT Lihat artikel

Acer Liquid X2 Hadir Dengan Sokongan Tiga-Sim

24-4-2015 05:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3062| Komen: 0

Description: Disamping Itu, Ia Juga Turut Menyertakan Bateri Berkapasiti 4000mah. Secara Kasar, Ia Boleh Memberikan Anda Masa Penggunaan Lebih Daripada Sehari Tanpa Masalah.
Acer Liquid X2 Hadir Dengan Sokongan Tiga-Sim Dan Bateri Berkapasiti 4000mah


Pengenalan telefon pintar dengan tiga-SIM bukan sesuatu yang baru untuk Acer. Hari ini, di Amerika Syarikat, mereka turut memperkenalkan satu lagi telefon pintar dengan sokongan tiga-SIM yang baru, iaitu Acer Liquid X2.

Acer Liquid X2 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, dan dijana menggunakan cip pemprosesan 64-bit lapan-teras.


Menjadi fokus utama pada peranti ini adalah sokongan tiga-SIM dimana ia amat bersesuaian bagi mereka yang selalu ke luar negara, atau mempunyai lebih daripada dua kad-SIM.

Disamping itu, ia juga turut menyertakan bateri berkapasiti 4000mAh. Secara kasar, ia boleh memberikan anda masa penggunaan lebih daripada sehari tanpa masalah.

Acer juga turut melengkapkan peranti ini dengan kamera 13-megapixel f/1.8 pada bahagian belakang dan juga hadapan – lebih kurang seperti peranti HTC Desire EYE.

Ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan memasuki pasaran tempatan. Jika ia hadir, adakah anda akan mendapatkannya?

SUMBER RUJUKAN: ENGADGET
kredit:www.amanz.my



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.036081 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top