CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Miera Liyana Disingkirkan Dari TV9

14-6-2013 06:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21252| Komen: 59

Description: Gara-gara tidak mencapai tahap piawaian sebagai seorang pengacara atau lebih tepat lagi tidak memberikan prestasi yang baik sewaktu mengendalikan program hiburan, Hip TV di saluran TV9, pelakon Miera ...


Gara-gara tidak mencapai tahap piawaian sebagai seorang pengacara atau lebih tepat lagi tidak memberikan prestasi yang baik sewaktu mengendalikan program hiburan, Hip TV di saluran TV9, pelakon Miera Liyana khabarnya telah disingkirkan dari program tersebut.

Bagi mendapatkan kesahihan mengenai perkara ini, GUA menemubual pelakon drama ‘Kamelia Katrina’ ini ketika ditemui pada majlis tayangan media filem ‘Pecah’, di Cathay Cineplex, e@Curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

“Isu ini tidak benar kerana saya bukan disingkirkan tapi kontrak saya selama lima bulan bersama Hip TV sudah tamat. Orang boleh cakap macam-macam tapi mereka kena tahu pengacaraan merupakan satu bidang baru buat saya dan saya sendiri bukan dilahirkan sebagai seorang pengacara.

Sewaktu awal-awal mereka mahu mengambil saya, saya dah beritahu yang saya seorang pelakon dan bukannya hos. Saya hanya boleh bagi apa yang termampu dan tak janji boleh memuaskan hati mereka,” ujar Miera yang bergandingan bersama Kamal Adli dalam program tersebut.

“Pihak produksi ingin buat konsep ala-ala E-News dan sebab itu, penonton boleh lihat saya lebih santai ketika mengacarakan program itu. Jika orang nak tuduh saya sebagai punca rating Hip TV jatuh, saya rasa semua orang ada akal fikiran dan boleh berfikir dengan betul. Saya dah lakukan yang terbaik untuk program ini. Apapun, saya seronok buat Hip TV dan tak serik untuk mengacara andai ada tawaran lagi selepas ini.



Menurut khabar angin yang sampai ke telinga GUA, pengacara baru yang akan mengambil alih tempat Miera Liyana dan Kamal Adli ialah Aidid Marcello dan Hunny Madu. Kalau benar perkara ini, apa kata anda, suka atau tidak?
   





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote skymania 14-6-2013 04:43 PM
aku dh lama gler tak tgk hip tv..last tgk rasanyer pengacara kertu bapok tuh..
Quote RatuDunia94 14-6-2013 04:46 PM
skymania posted on 14-6-2013 04:43 PM
aku dh lama gler tak tgk hip tv..last tgk rasanyer pengacara kertu bapok tuh..

Richie Rachman kan?

Quote myakayina 14-6-2013 04:48 PM
wujud lagi ke rancangan ni? aku tak berkenan dgn pengacara dia yg cam fonen kertu tu..ala2 syok sendiri jer..
Quote whadda 14-6-2013 04:54 PM
kadang terbukak hip tv ni memang la tak bersemangat cara pengacaraan diorang... lemah je... takde x factor gitewww....
Quote callance 14-6-2013 04:59 PM
pnah gak tgk beberapa episod cter ni, biase je pengacara nye, perlu dipertingkatkan tahap mengecara tu..
Quote ZaraPalarae 14-6-2013 05:11 PM
miera liyana?
boringggg
Quote sunquick 14-6-2013 05:16 PM
x penah tgk pon rancangan ni....
Quote none88 14-6-2013 05:17 PM
bosan nyee asyik muka aidid je merata tv...dah tua plak tuu....plezzzz laaaa.....
Quote md_nana 14-6-2013 05:18 PM
bila waktu siarannya eh?
pesal aku tak penah tertengok ni.
Quote little_sis 14-6-2013 05:21 PM
sememangnya x minat nk tgk.. kalo tertengok, terus tuka channel coz cam x serasi je kamal n miera ni jd hos... dan dua2 cam kaku je...
Quote bintangcinta 14-6-2013 05:25 PM
dia ni ada adik beradik nama Manja Liyana ke?
Quote tripple_M 14-6-2013 05:27 PM
nmpka fake sgt la miera nie..
cuba nk tonjolkn tp xsampi n xnmpk la..
obiesly nmpk fake..
Quote juliez 14-6-2013 05:28 PM

rancangan apa ni? apsal i tak pernah tgk pun?
Quote lotionmilo 14-6-2013 05:37 PM
mak aihh gamba 1st!!!
Quote jerukkedondong 14-6-2013 05:54 PM
bagi dia rancangan yg ada slot tayang tek ..
pasti dia boleh buat dgn baik.....

Quote girly.. 14-6-2013 05:57 PM
apalah yg dia nak tnjuk kat poto 1st tuh. bawak2 sedar dirilah dik
Quote aseela 14-6-2013 06:06 PM
aidid n hani madu...hmm...jadi majalah 3 la hip tv ni
Quote luraziera 14-6-2013 06:28 PM
tp miera liyana aku rasa better than neelopak
Quote masnona 14-6-2013 06:37 PM
aku tgk pun sbb ter buka tv9 je. kalo x sumpah xtgk lgsg

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.342431 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top