CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Sukan Lihat artikel

Pahang Lega Mara Ke Separuh Akhir

24-4-2015 05:19 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2748| Komen: 0

Description: "Permainan Pulau Pinang Ada Sedikit Peningkatan Dan Ini Satu Cabaran Baik Untuk Pemain Kita Supaya Tidak Leka Walaupun Walapun Dapat Mencipta Gol Lebih Awal," Katanya Kepada Pemberita Selepas Perl ...

Pahang Lega Mara Ke Separuh Akhir



Juara bertahan Tok Gajah menarik nafas lega dapat mara ke separuh akhir Piala FA menerusi kemenangan agregat 4-2 selepas terikat 2-2 dalam aksi timbal balik menentang Pulau Pinang.

Ketua jurulatih Pahang Zainal Abidin Hassan berkata anak buahnya bermain dalam keadaan keletihan menjelang babak kedua perlawanan menyebabkan Pulau Pinang dapat menyamakan kedudukan pada saat akhir.

"Pulau Pinang memberi tentangan sengit sehingga wisel penamat dibunyikan dan berlaku sedikit kelalaian di situ sehingga pasukan tuan rumah dapat menjaringkan gol persamaan.

"Permainan Pulau Pinang ada sedikit peningkatan dan ini satu cabaran baik untuk pemain kita supaya tidak leka walaupun walapun dapat mencipta gol lebih awal," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu di Stadium Bandaraya di sini malam tadi.

Terdahulu dua gol Pahang dijaringkan penyerang import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme seawal minit keenam dan 10' sebelum Hilton Mauro Moreira menyamakan kedudukan untuk Skuad Harimau Kumbang pada minit ke-77 dan 87.

Zainal menyifatkan pencapaian itu dapat meningkatkan semangat juang pemain yang dilihat menampilkan prestasi tidak konsisten dalam saingan Liga Super.

Pahang yang kini menduduki tangga ketujuh Liga Super dengan pungutan 11 mata bakal berdepan Kelantan pada aksi separuh akhir Piala FA awal bulan depan.

Beliau berkata adalah penting meningkatkan kecergasan pemain supaya pasukan itu dapat bermain dengan sepenuh potensi sebenar mereka dalam pertemuan dengan Felda United Jumaat ini.


sumber:www.stadiumastro.com


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.044464 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top