CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuepacs Mintak Naik Elaun Rumah dan Cola Lagi!!!

17-6-2013 09:51 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17210| Komen: 146

Description: Tak habis2 cuepacs ni, gaji dah besar, elaun banyak tapi tak pernah cukup2. Cubalah belajar bebelanja dengan lebih berhemah macam org swasta, kerja sendiri dan kerja kampung. Presiden Cuepacs, Da ...
Tak habis2 cuepacs ni, gaji dah besar, elaun banyak tapi tak pernah cukup2. Cubalah belajar bebelanja dengan lebih berhemah macam org swasta, kerja sendiri dan kerja kampung.


Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman


BUKIT KAYU HITAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan dapat melaksanakan penyelarasan elaun tetap perumahan dan sara hidup (Cola) penjawat awam pada tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata dua perkara itu merupakan isu tertunggak dan berharap pelarasan dibuat dengan kadar segera kerana kos sara hidup semakin meningkat.

"Kita perlu selaraskan semua elaun, termasuk elaun Cola, bagi mereka yang tinggal di kuarters," katanya kepada pemberita pada persidangan perwakilan Cuepacs Kedah Sesi 2013-2016 di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini hari ini.

Sementara itu, Omar berkata prestasi tiga kumpulan penjawat awam yang dinaikkan gred daripada 17 kepada 27 melibatkan juruteknik, pelukis pelan dan renjer hutan bermula 1 Julai depan dipantau agensi terbabit bagi memastikan produktiviti mereka meningkat.

Beliau berkata petugas terbabit juga perlu dihantar mengikuti pelbagai latihan kemahiran sesuai dengan gred demi memastikan produktiviti mereka meningkat dari semasa ke semasa.

"Kita tidak mahu mereka naik gred tetapi hasil kerja atau produktiviti mereka tidak meningkat, sama seperti sebelumnya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Omar berkata Cuepacs juga menggalakkan penjawat awam membuat pinjaman dengan Koperasi Sektor Awam 1Malaysia (KSA1M) bagi mengelak mereka meminjam daripada 'Ah long'.

Katanya, beliau akan membawa usul itu dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Cuepacs hujung tahun ini bagi membolehkan KSA1M menyediakan peraturan atau syarat kepada peminjam.

"Kita bagi mereka (penjawat awam) pinjam (sehingga) RM3,000 dan perlu membayar pinjaman itu dalam tempoh setahun tanpa penjamin," 



6

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 17-6-2013 09:03 AM

cuba seru supaya kakitangan awam tingkatkan mutu kerja,ni tak bonus,elaun,gaji,,tu la dok meratib,,
Quote RED 666 17-6-2013 09:06 AM
naik bonus, elaun, gaji

naik bonus, elaun, gaji

itulah yang diorang meratib setiap tahun

tak tau malu ke asyik mintak duit rakyat naik kan gaji ni?

padahal hidup buleh tahan senang, beli gajet mahal, kereta mahal semua

Quote amyainsamad 17-6-2013 09:11 AM
i like....
Quote Innrukia 17-6-2013 09:11 AM
Duk demand memacam tp standard keja camtu jugak....
Quote xpdckelate 17-6-2013 09:15 AM
"Kita bagi mereka (penjawat awam) pinjam (sehingga) RM3,000 dan perlu membayar pinjaman itu dalam tempoh setahun tanpa penjamin," katanya.


yang ni i likeeeeeeeeee,hope dpt max 5k,ahahaha
Quote namirulmukminin 17-6-2013 09:20 AM
RED 666 posted on 17-6-2013 09:06 AM
naik bonus, elaun, gaji

naik bonus, elaun, gaji

Tah nyer... kan.. kat Hospital swasta rawat pesakit tertentu yang mampu je... jumlah pesakit tak ramai... Memang patut Doktor Swasta dibayar gaji mencecah 5 angka... Yang Doktor Kerajaan ni dah la rawat semua pesakit (Majoriti rakyat PPRT yang tak mampu) dengan jumlah beratus kali ganda jumlahnya berbanding hospital/Klinik swasta dengan bayaran RM1 je pulak tu, lagi nak mintak gaji mahal2.... Puiii!!

Klinik / Hospital Swasta : 1 Doktor kepada 10 Pesakit kaya berkemampuan sehari (Gaji RM 12,000.00/bulan)
Klinik / Hospital Kerajaan : 1 Doktor kepada 300 pesakit rakyat marhain PPRT sehari (Gaji RM 4,500.00/bulan) - ADA HATI NAK GAJI MAHAL.. PUIII!!!

P/S : Kalu ko paham maksud sarkastic aku ni la...
Last edited by namirulmukminin on 17-6-2013 09:22 AM

Quote mamasharifah 17-6-2013 09:21 AM
xpdckelate posted on 17-6-2013 09:15 AM
yang ni i likeeeeeeeeee,hope dpt max 5k,ahahaha

Wow, Aku terkejut bakal naik Jurutekinik gred 22 ke gred ? mungkin 30 bulai Julai dan aku kerja kat jabatan kerajaan
Quote Peterpan17 17-6-2013 09:22 AM
Nak gaji naik segala semua tp kerja malas. Apa lg ini pekerja kerajaan nak?
Quote Acong 17-6-2013 09:28 AM
best2....! elaun rumah & cola tak kena cukai.....!
Quote gaara_X 17-6-2013 09:30 AM
cola naik ari nie...esok luasa naik apo entah benda lagi....adush!!!
Quote harisbee 17-6-2013 09:34 AM
kos sara hidup meningkat.....sewa rumah meningkat...sesuaila dgn tuntuan cuepacs...

kornag yg keje private mesti tercabar kan??? sabarla...korangkan gaji banyak...mewah......kontrak sana sini....
Quote chaintea 17-6-2013 09:37 AM
uish x cukup2..
Quote Acong 17-6-2013 09:37 AM
masa utk naikkan sewa rumah.......!
Quote bolat-bolat 17-6-2013 09:41 AM
Orang keje swasta kebanyakan tak de elaun rumah bagai...kalau ada elaun pun turut dikira untuk tolak cukai pendapatan...untung orang gomen ni...elaun dikecualikan dari cukai pendapatan...
Quote elnor_81 17-6-2013 09:43 AM
nak tya..pejabat tanah bwh kerajaan negeri ke..persekutuan?
Quote DeMax 17-6-2013 09:44 AM
TuntungReturn posted on 17-6-2013 09:03 AM
cuba seru supaya kakitangan awam tingkatkan mutu kerja,ni tak bonus,elaun,gaji,,tu la dok meratib, ...

Jeles la tu
Quote cmf_kunyit 17-6-2013 09:46 AM
duit tax payer lagi ni..
apa kata elaun-2 dan gaji menteri di korbankan sikit utk sabsidi pekerja gomen?
Quote cikatilia 17-6-2013 09:56 AM
tamak gila.. setiap tahun meratib benda yg sama

walhal gomen staff la aku tgk senang lenang.. 6 bulan after grad keje dah selamba beli keta buatan luar...
xmain la kereta tempatan katanya
Quote d-7-0ne 17-6-2013 10:00 AM
elnor_81 posted on 17-6-2013 09:43 AM
nak tya..pejabat tanah bwh kerajaan negeri ke..persekutuan?

tanah ni d bawah bdang kuasa kjaan negeri

Lihat semua komen(146)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.269079 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top