CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Kesihatan Lihat artikel

Petua Hilangkan Hidung Tersumbat Dan Meredakan Resdung

14-5-2015 12:12 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3127| Komen: 0

Description: Larutan garam tersebut akan masuk ke dalam salah satu lubang hidung...


Pertimbangkan membuang hingus. Orang yang terserang selsema berbeza pendapat tentang keberkesanan menghembus hingus untuk, yang nampaknya harus dilakukan secara terus-menerus. Apakah tindakan itu menghilangkan lendir atau malah melarat masalah hidung tersumbat? Jadi apa kata pakar mengenai hal ini:

Sebuah penelitan di University of Virginia meneliti masalah tersebut dengan menitiskan pewarna ke dalam rongga hidung mereka yang tersumbat dan meminta mereka untuk menghembus hingus mereka, sambil melakukan CT scan. Pakar menemui bahawa menghembus hingus menyebabkan tekanan resdung yang kuat yang melontarkan kembali lendirnya ke dalam hidung setiap saat. Mungkin ini terasa selesa untuk beberapa ketika tetapi membuang hingus dengan cara tradisional ternyata menjadikan keadaan lebih parah.


Buat sendiri petua orang cina. Tambahkan satu sudu garam ke dalam satu cawan yang berisi air panas dan kacau hingga garam terlarut. Masukan air garam tersebut ke dalam satu lubang hidung sambil memusingkan kepala sedikit ke belakang. Biarkan air garam tersebut selama 10 saat kemudian hembus keluar air garam tersebut. Lakukan pada lubang hidung lain.


Guna Netipot. Untuk beberapa keadaan, mengairkan saluran hidung dapat memberi pertolongan cepat apabila hidung tersumbat. Mungkin netipot ini nampak sedikit menakutkan tapi dengan mengalirkan air garam ke rongga hidung ia cara mudah yang berkesan untuk menghilangkan hidung tersumbat.
Caranya, larutkan larutan suam tersebut dengan memusingkan kepala anda pada 45 darjah dan arahkan hujung netipot pada lubang hidung atas. Larutan garam tersebut akan masuk ke dalam salah satu lubang hidung, mengalir melalui rongga hidung yang lagi satu. Jika larutan tersebut keluar dari mulut anda, ludahkan sahaja. Lakukan seminggu sekali untuk hasil yang berkesan mengatasi resdung. 





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.082695 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top