CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Sukan Lihat artikel

Kontinjen Sasar 56 Peratus Pingat Pelbagai Warna

25-5-2015 04:09 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 1339| Komen: 0

Description: Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA di Singapura Jun ini menetapkan sasaran memperoleh 56 peratus pingat sebarang warna daripada 35 acara yang disertai atlet negara. Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamalu ...


Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA di Singapura Jun ini menetapkan sasaran memperoleh 56 peratus pingat sebarang warna daripada 35 acara yang disertai atlet negara.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata melalui sasaran itu, ia memberi gambaran lebih menyeluruh mengenai pembangunan sukan negara khususnya dalam kalangan atlet pelapis yang menyertai temasya dwitahunan itu.

"Kita jadikan Sukan SEA ini sebagai sukan pembangunan sebab hampir 50 peratus atau 310 atlet kontinjen negara terdiri daripada atlet pelapis bawah 21 tahun.

"Atlet di bawah 21 tahun ini, kalau dapat pingat perak atau gangsa sudah merupakan pencapaian yang membanggakan. Takkan kita hendak terlampau obses terhadap pingat emas sampai kita lupa pingat lain sedangkan ini adalah temasya pembangunan dan pendedahan kepada atlet muda," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke Sukan SEA di Singapura dari 5 hingga 16 Jun ini.

Sementara itu, Khairy turut menjelaskan walaupun tidak ada sasaran pingat emas ditetapkan pada temasya kali ini, namun pemberian Skim Hadiah Kemenangan Atlet (Shakam) tetap akan diberikan kepada atlet yang meraih pingat emas.

Selain insentif kemenangan itu, beliau berkata pingat emas juga menjadi kayu ukur pertama kepada atlet yang berjaya untuk diserapkan ke Program Podium yang menawarkan pakej latihan lebih baik dari segi sara hidup, jurulatih serta sokongan pakar sains sukan yang komprehensif.

"Pingat emas bukan syarat tunggal ke Program Podium tapi ia antara syarat menuju ke situ. Program ini akan mengutamakan pemenang emas yang menunjukkan potensi untuk menang pingat emas Sukan Asia, Komanwel dan Olimpik," kata Khairy.


sumber:www.stadiumastro.com

6

Bagus
11

Marah
9

Terkejut
9

Sedih
9

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.036000 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top