CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Sukan Lihat artikel

Real Madrid Pecat Pengurus Carlo Ancelotti

26-5-2015 11:52 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 2834| Komen: 0

Description: PRESIDEN Real Madrid, Florention Perez mengumumkan pemecatan pengurus pasukan, Carlo Ancelotti dalam satu pertemuan di Santiago Bernabeau. Pemecatan Ancelotti menjadikan ia sebagai........
Carlo Ancelotti. Foto EPA


PRESIDEN Real Madrid, Florention Perez mengumumkan pemecatan pengurus pasukan, Carlo Ancelotti dalam satu pertemuan di Santiago Bernabeau. Pemecatan Ancelotti menjadikan ia sebagai pengurus Real Madrid yang kesembilan dipecat dalam tempoh 12 tahun.

Perez turut memberitahu bahawa kelab itu akan membuat pengumuman mengenai pengganti Ancelotti pada minggu depan. Perlawanan terakhir Ancelotti adalah dalam La Liga Sepanyol ketika menentang Getafe dengan 7-3 pada Sabtu lalu.

Menurut Perez, Ancelotti menerima penghargaan daripada pengurusan dan peminat termasuk dirinya sendiri di atas kerjasamanya bersama dengan pasukan itu selama dua tahun.


"Dia merupakan sebahagian daripada sejarah kita sebagai jurulatih yang memenangkan La Decima. Namun seperti yang kita semua ketahui, tuntutan di Real Madrid begitu besar.
"Kita percaya waktunya telah tiba untuk melakukan perubahan ke arah yang memungkinkan kita menang lebih banyak gelaran dan memasuki era baharu," katanya.

Perez yang mengucapkan terima kasih kepada Ancelotti berkata: "Kita akan mengumumkan nama pengurus baharu Real Madrid minggu depan." Pengurus Napoli, Rafael Benitez antara nama yang disebut-sebut sebagai salah seorang calon yang akan menggantikan Ancelotti.


Bagus
2

Marah
10

Terkejut

Sedih
8

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.043974 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top