CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sam Bunkface Nasihat Orang Bujang Cepat Kahwin

28-5-2015 10:16 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 11529| Komen: 42

Description: Penyanyi Sam (Bunkface) mengajak orang bujang di luar sana yang mempunyai pasangan kekasih agar cepat berkahwin kerana dunia rumah tangga amat menyeronokan.......


Sam (Bunkface) bahagia bersama isterinya Aida Azira.

PETALING JAYA:  Penyanyi Sam (Bunkface) mengajak orang bujang di luar sana yang mempunyai pasangan kekasih agar cepat berkahwin kerana dunia rumah tangga amat menyeronokan.

Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27, berkata kehidupan seseorang suami itu akan menjadi lebih terurus selain diri itu dirasakan lebih dihargai.

"Macam dulu saya ingat boleh hidup sendirian tetapi bila difikirkan kembali kehidupan berumah tangga lebih bagus kerana ada orang jaga serta sayang kita dan saya rasa kehidupan kini semakin terurus walaupun belum ada anak lagi.

"Saya juga berasa perbezaan yang lain kerana bila bangun dari tidur boleh liihat isteri berada di sebelah dan dia menyambut bila balik tetapi saya perlu banyak lagi pengalaman untuk mengharungi alam kehidupan berumah tangga," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Terdahulu Sam selamat bergelar suami kepada Aida Azira Husin, 28, dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan pada 25 April lalu di Dewan Sapura, Jalan tasek, Mines Resort City, Seri Kembangan.


Sam bersama isterinya Aida ketika berbulan madu di sebuah pulau di Thailand. Foto dari Instagram Sam.

Sam dan isterinya menjadikan pulau terpencil, Ko Tao, Thailand sebagai destinasi berbulan madu mereka.

Sam berkata, sebagai pasangan yang sudah berumah tangga, seseorang itu diajar agar tidak pentingkan diri dan perlu mendapat persetujuan bersama dalam membuat keputusan.

"Kini setiap keputusan yang hendak dilakukan saya perlu berbincang dan mencapai persetujuan bersama pasangan kerana itulah sebenar perkahwinan bagi saya.

"Sebelum  membuat keputusan saya perlu fikirkan mengenai isteri terlebih dahulu kerana jika kita melakukannya tanpa berfikir mengenai pasagan, kita sebenarnya seorang selfish  (pentingkan diri) jadi perkara itu yang saya belajar selepas berkahwin," katanya.

Sementara itu, ditanya adakah isterinya sudah mengandung, Sam berkata ia masih terlalu awal kerana mereka baru sebulan berkahwin dan masing-masing sibuk dengan tugas.

Dalam perkembangan lain, Sam bersama kumpulannya Bunkface dalam proses menyiapkan single terbaharu bertajuk Masih Disini yang merupakan lagu tema filem BoBoiBoy The Movie.


7

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
3

Sedih
6

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bioessence 27-5-2015 06:42 PM
Emak omputih datang tak?
Quote red_cattleya 27-5-2015 07:03 PM
nak buat camno..takde yg dtg masuk meminang pon
Quote batman_2007 27-5-2015 07:04 PM
Ko seru rogayah kawen dgn pasangan mereka sekali ke mcam mna ni sam?
Quote danieladam 27-5-2015 07:16 PM
Baru kawen 2,3 hari dh kecoh..sok 2,3 tahun dh bercerai berai, kuar stetment kata kahwin awal satu kesilapan besar!
Quote tanganbercakap 27-5-2015 08:05 PM
Wartawan malaysia ni memang ketandusan soalan ke ape...pantang kawen tanye dh ngandung ke belum...kalo org mati plak tanye ade ape2 petande ke sebelum mati...
Quote LiveYourLife 27-5-2015 08:15 PM
gitchuuuuu
Quote LiveYourLife 27-5-2015 08:15 PM
tanganbercakap replied at 27-5-2015 08:05 PM
Wartawan malaysia ni memang ketandusan soalan ke ape...pantang kawen tanye dh ngandung ke belum...ka ...

itu soalan standard pasangan baru kawen.. kikikiki
Quote Madel 27-5-2015 08:27 PM
Terimkasih je la...aku lagi seronok hidup single..
Tak ada apa yg kurang pun..

Baru2 kawin ya la..masih baru masih manis masih wangi...

Quote mamiayu 27-5-2015 09:15 PM
tanganbercakap replied at 27-5-2015 08:05 PM
Wartawan malaysia ni memang ketandusan soalan ke ape...pantang kawen tanye dh ngandung ke belum...ka ...

creativity wartawan kita cuma tahap tu je, camner tu??
Quote sepitsiput 27-5-2015 09:43 PM
Meols speku sam ni ganas di ranjang... hanya @itamrazali je yg mampu melayan napsu sam
Quote Suchi 27-5-2015 10:30 PM
danieladam replied at 27-5-2015 07:16 PM
Baru kawen 2,3 hari dh kecoh..sok 2,3 tahun dh bercerai berai, kuar stetment kata kahwin awal satu k ...

huhuhuhihuhuu

stekmen biasa je nih dr para perantin baru
adik2 bbnu hijabista kt ig pun cenggini lah selalunya dok bgtau sonok kawen
dan menyeru2 org lain kawen gak

nih baru permulaan dek...ko tunggulah episod seterusnya
kuatkan hati dan iman ye
insya Allah boleh laluinya..
Quote kimsa-ra 27-5-2015 10:31 PM
mula2 khwin kentot pn wangi
smua msh br mash syok


jodoh sam..kita hnya merancang tuhan yg tentukan..
Quote danieladam 27-5-2015 10:34 PM
Suchi replied at 27-5-2015 10:30 PM
huhuhuhihuhuu

stekmen biasa je nih dr para perantin baru

Kannnn...bbnu sesangat. Huhuhu
Quote perembes 27-5-2015 10:40 PM
sepitsiput replied at 27-5-2015 09:43 PM
Meols speku sam ni ganas di ranjang... hanya @itamrazali je yg mampu melayan napsu sam

lama xnpk itam.. keh keh
Quote cindelira 27-5-2015 10:46 PM
danieladam replied at 27-5-2015 07:16 PM
Baru kawen 2,3 hari dh kecoh..sok 2,3 tahun dh bercerai berai, kuar stetment kata kahwin awal satu k ...

Tumpang gelak...kuingt sam mana nasihat kawen...kotla sam retis veteran yg dah kawen 40 taun...
Quote mikimius 27-5-2015 10:54 PM
mula2 mmg seronok la.sam dh muka amy search la
Quote mizzmimi 28-5-2015 12:00 AM
Baru sebulan.. Belum seploh tahun..
Quote fealefea 28-5-2015 12:19 AM
da kenape dulu tak cecepat kawin ngan juliana evans arituh. sampai denga gosip sebilik otel masa jaman jahiliyah dulu
Quote sixret 28-5-2015 01:09 AM
Suchi replied at 27-5-2015 10:30 PM
huhuhuhihuhuu

stekmen biasa je nih dr para perantin baru

Sangat setuju. Dalam kemanisan berkahwin, terlalu banyak dugaan masalah dan kepahitan berkahwin. Hanya iman dan kesabaran je yang dapat mnyelesaikan setiap masalah. Bagi tempoh 10 tahun. Tengok masih manis lagi atau kepala serabut sebab banyak masalah.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.055055 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top