CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doa dan Kasih Seorang Suami Di Bulan Ramadan!

23-6-2015 11:25 AM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 8387| Komen: 33

Description: Sanggup mengorbankan masanya lebih 24 jam sehari sejak lebih dua bulan lalu, hanya untuk menjaga isterinya yang terlantar di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII),

sumber foto : sinar harian



Seorang suami sanggup mengorbankan masanya lebih 24 jam sehari sejak lebih dua bulan lalu, hanya untuk menjaga isterinya yang terlantar di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). 

Mohd Nizam Mohd Razli, 41, yang bekerja sebagai pemandu teksi tidak dapat meneruskan pekerjaannya berikutan isterinya,  Zaleha Yunus, 43, yang mengalami penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)  turut mengalami masalah buah pinggang kronik, perlu dijaga rapi setiap masa.

Lebih menyedihkan, penyakit isterinya boleh menyebabkan wanita yang dikahwininya sejak 16 tahun lalu koma kerana kuman dalam badan telah merebak ke bahagian paru-paru.

Menurut Mohd Nizam, penyakit isterinya bertambah kronik sejak awal Mei lalu dan hantar ke Hospital Kuala Krai selama enam hari untuk dirawat, sebelum dipindahkan ke HRPZ II.


Tambahnya, dia semakin buntu untuk mendapatkan sumber kewangan kerana lebih dua bulan tidak bekerja ekoran keadaan isterinya yang terlantar itu.

Walaupun keadaan isterinya kritikal dan mungkin peluang untuk isterinya sembuh seperti sedia kala agak tipis, namun dia reda dengan ujian ALLAH SWT dan menyerahkan segala ketentuan kepada-Nya, ujar Mohd Nizam. - CARI Infonet


Sumber : www.sinarharian.com.my


10

Bagus
9

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
5

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HaifaHanna 23-6-2015 10:40 AM
Lebih 24 jam sehari?
Sehari ade brape jam??
Quote c===8 23-6-2015 10:46 AM
hihi reporter lak terlebih emosi
Quote nuryakmal 23-6-2015 11:06 AM
24/7 kat situ pun bukannya produktif.. nurse ada boleh jaga few hours.. sementelah tu keja la ..
Quote zameyla 23-6-2015 11:08 AM
Bukan ICU tak ble tunggu 24 jam ka??
Quote prettyuglybabe 23-6-2015 11:24 AM
isteri kat hospital bawah jagaan doktor dan nurse kot..
dan bukan 24jam pun penjaga boleh berada sebelah pesakit..
masa yang selebihnya tu boleh kot bekerja..
lagi-lagi pulak beliau bawa teksi.. waktu sangat flexible..
lain la kalau kerja pejabat yg memerlukan dia ada kat office dari pagi sampai petang..
atau isteri terlantar kat rumah tanpa penjagaan atau pengawasan sesiapa..
Quote haryatie 23-6-2015 11:31 AM
kena pndai la arrange time..
masa bila bekerja, masa bila melawat/menjaga pesakit..
lg pun keje sendiri
lain la keje ofis....asyik nk kuar jerk..kang bos marah/kena pecat..
sekali pun ada org terdekat yg sakit..
keje kena tetap keje jugak utk cari pendapatan...
lg pun duk hospital..bukan tinggal kt umah sorang2..
Quote itik_kuning 23-6-2015 11:33 AM
ala korang ni cakap boleh la

tak berada kat tempat dia, kita tak tahu macam mana. bukan sorang dua pesakit kat spital tu, nurse bukan boleh tengokkan selalu pun.

Quote ana_una 23-6-2015 11:45 AM
“Tidak sanggup saya tinggalkannya walau sesaat kerana dia kini memerlukan perhatian penuh sekalipun  tidak dapat bergerak dan bercakap, namun dia masih memahami apa yang saya tuturkan dan bisikkan ke telinganya,” katanya sebak.


sangat la menyentuh hati nurani ku...

Quote lurve82 23-6-2015 11:48 AM
pengalaman sndr depan mata..ada mamat mcm lelaki ni la..jaga isteri...thn lpas arwah isteri meninggal..bln 8 ni nk kawen baru...

xde slhnye pun...tp family belah sana terkedu...life must go on...kena la terima...
Quote chinta89 23-6-2015 11:48 AM
HaifaHanna replied at 23-6-2015 10:40 AM
Lebih 24 jam sehari?
Sehari ade brape jam??

reporter overdos sahur agaknya.. sampaikan silap tulis..
Quote purpleblast 23-6-2015 01:20 PM
semoga dipermudahkan urusan dia oleh Allah swt
Quote susukambingbest 23-6-2015 01:33 PM
lurve82 replied at 23-6-2015 11:48 AM
pengalaman sndr depan mata..ada mamat mcm lelaki ni la..jaga isteri...thn lpas arwah isteri meningga ...

ni pngalaman kaka sndri.. abah jga arwah mak dkt stahun.. kami adik bradik pun glir2 jaga tp abah la yg pling susah nk tgglkn.. syukur keje gmen, xde la kene buang keje wlupun sllu el.. lps 2 bln lebih arwah mak ninggal, trus cari calon baru.. bbrapa org gak la.. bla ada yg btl2 ssuai, 6 bln je solo, trus kmbli mnjadi suami..

Mula2 mmg rasa xleh trima tp bla d fkirkn ksian kt dia cz dia mmgnya yg stail blangkas dgn bini, mksudnya mmg xleh hdup tnpa tman, sunyi.. ank2 masa tu sume stady lg kt tmpt lain.. xde org blh tmnkan dia, so redha je la.. da jdoh dia.. drpd dia dok trmenung n xgmbira, ksian jgk.. kaka yg da kawin ni pham la prsaannya.. problemnya akak kaka yg msih blum brkhwin tu xleh trma.. bla dia da keje n hdup sndri trus da xblik umah.. da dkt 7 taun xjmpa abah.. bla abah call, xpenah dia jawab..very sad
Quote kuya 23-6-2015 01:33 PM
bilik ICU ngan CCU kt spital ni bukan buleh masuk ikut dan saja... ada time slot dia.. time yg lain tu dok melangut kt lorong2 yg ada kt spital tu...... tapi pesakit yg dok ICU/CCU ni kena ada org standy selalu.....  emergency kalu pihak hospital akan panggil waris kot speaker anytime......  utk waris pesakit yg dok dlm wad CCU/ICU ni bila ada pengumuman kot corong speaker tu....... sabaq banyak2 laa.... itu berkemungkinan panggilan terakhir.
Quote red_cattleya 23-6-2015 05:32 PM
byk2 bersabar..moga dipermudahkan semuanya
Quote giyomi 23-6-2015 08:15 PM
Ya semua paham dia syg isteri , tp pada masa yg sama, dia kena gak kerja tuk cari pendapatan tuk rawatan isterinya tanpa mengharap bantuan org len, itu lebih afdhal. Jgn jadikan ini sebagai alasan tuk tidak berkerja. bahagi kan masa antara kerja dan bersama isteri.
Quote yasinfi 23-6-2015 08:25 PM
macam mana pulak dengan ibu tungal yang jaga anak sorang2 kat hospital berbulan2..and jaga anak2 yg kat umah lg..
Quote yasinfi 23-6-2015 08:27 PM
isteri bole ditingalkan...tp anak2 kecik susah nak di tingalkan..lg susah tau..tp so far kat malaysia ni tk da la depa mintak2...perempuan hatinya lagi kuat dr laki...isteri meningal ja..terus kawin lain..tk pikir anak dah
Quote lurve82 23-6-2015 08:33 PM
susukambingbest replied at 23-6-2015 01:33 PM
ni pngalaman kaka sndri.. abah jga arwah mak dkt stahun.. kami adik bradik pun glir2 jaga tp abah  ...

Kerasnya hati ur sis...
Quote edee_91 23-6-2015 08:46 PM
HaifaHanna replied at 23-6-2015 10:40 AM
Lebih 24 jam sehari?
Sehari ade brape jam??

Tersenyum saya baca komen kamu. Terima kasih.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.058839 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top