CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Susulan Majalah Ditutup: Masyarakat Malas Membaca?

2-7-2015 03:54 PM| Diterbitkan: CMFreporter2| Dilihat: 21392| Komen: 150|Original author: Alion

Description: Amat mendukacitakan apabila berita hari ini melaporkan penutupan empat buah majalah yang bukan calang-calang bagi masyarakat negara ini.
Oleh Adib Za

Amat mendukacitakan apabila berita hari ini melaporkan penutupan empat buah majalah yang bukan calang-calang bagi masyarakat negara ini.


Memetik laporan Mstar online, antara majalah tersebut ialah Jelita dan Anjung Seri yang merupakan terbitan Berita Publishing.

Ia bukan sahaja memberi tamparan hebat buat penggemar majalah terbitan negara, malah industri itu sendiri.

Sebelum ini, pada pertengahan tahun, majalah LISA juga mengumumkan penutupannya dengan edisi "bingkisan terakhir" majalah itu. 

Persoalannya benarkan GST menjadi penyumbang utama kejatuhan jualan majalah-majalah ini (seperti yang dilaporkan) atau trend berubah di kalangan masyarakat itu sendiri?

(Sumber foto: wsj)


Jika dahulu, tahun 80-an, 90-an masih belum meluas penggunaan komputer dan internet, masyarakat sangguh berhabisan membeli pelbagai jenis bahan bacaan seperti majalah, buku dan akhbar.

Malah, koleksi majalah misalnya, bukan sesuatu yang asing bagi kaum wanita terutamanya. 

Namun, itu dahulu.

Jika lihat pada trend sekarang, adakah mereka ini masih membeli bahan bacaan sebagai terapi merehatkan minda dan menambahkan pengetahuan?

Majalah kini dilihat perlu bersaing dengan gajet dan juga perisian yang memberikan sesuatu yang lebih segera dan segar kepada pengguna.

Begitu juga dengan jualan akhbar, kesemuanya semakin menurun berbanding 10 hingga 15 tahun yang lalu.

(Sumber foto: featuredpics)



Memetik laporan The Wall Street Journal, pada awal tahun lalu sahaja jualan majalah telah menurun sebanyak 12 peratus, manakala langganan majalah mengalami penurunan 1.8 peratus. 

Di Amerika Syarikat, majalah Woman's World walaupun masih mendominasi pasaran, namun ia telah mengalami kejatuhan yang sangat banyak iaitu 16 peratus, menurut portal tersebut.

Penurunan jualan majalah ini nampaknya bukan sahaja isu tempatan atau negara, malah ia turut dirasai seluruh dunia.

(Sumber foto: scientificamerican)


Nampaknya, rugilah generasi kini yang kurangnya membeli bahan bacaan, tidak seperti generasi ibu bapa mereka dahulu. 

Ya, memang mereka masih boleh mendapatkan info melalui internet, namun mereka tidak dapat merasai satu pengalaman yang berbentuk nostalgia seperti majalah ini. 

Kita bimbang, berapa banyak lagi bahan bacaan yang bakal berkubur jika masyarakat tidak mahu membaca seperti dahulu.

Apa pun, diharapkan suatu hari nanti, sejarah bakal berulang apabila bahan bacaan seperti majalah, buku dan akhbar ini kembali menguasai pasaran. Jangan berhenti daripada membaca- CARI Infonet

22

Bagus
19

Marah
13

Terkejut
11

Sedih
9

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asher 2-7-2015 02:04 PM
skunk org baca online jer..tak ramai dah yg nk beli2 majalah nie..
Quote zamzam 2-7-2015 02:07 PM
bukan ker buku & majalah takder gst??
Quote amal12bh 2-7-2015 02:09 PM
byk faktor menyumbang majalah sekarang x laku..motip sgt nk salahkan gst semata2..benda tgh hot, itula jugak yg disebut2..
Quote Simunggu 2-7-2015 02:12 PM
alasan bodoh....tak masuk akal...
Quote akusukaq 2-7-2015 02:12 PM
Zaman orang beli majallah hiburan dah berlalu.  Surat khabar pun dah kurang laku inikan majallah
Quote dino 2-7-2015 02:15 PM
amal12bh replied at 2-7-2015 02:09 PM
byk faktor menyumbang majalah sekarang x laku..motip sgt nk salahkan gst semata2..benda tgh hot, itu ...

ntahnya.... byk info online je.... mana laku dah mjlh segala nih....
Quote mattzzx 2-7-2015 02:15 PM
orang sekarang semua nya nak online..........
Quote noraidil_06 2-7-2015 02:15 PM
dulu fav sgt mjlh jelita.tp nape anjung seri pun bungkus?
Quote noraidil_06 2-7-2015 02:16 PM
I still buy magazines.seronok baca2 sambil baring2.
Quote atekome 2-7-2015 02:16 PM
Ade ke org bli mjlh lagi skrg?? Or ade ke org bli kaset or cd skrg?? Or ade ke lagi org tgk mvie mlayu kt cinema??
Quote cik_tonggek 2-7-2015 02:18 PM
buat lah majalah jelita online
Quote awanjingga 2-7-2015 02:20 PM
beli pun buat rugi duit , iklan lbih banyak dari isi..

dah la rega mahal..
Quote straycat 2-7-2015 02:25 PM
noraidil_06 replied at 2-7-2015 02:15 PM
dulu fav sgt mjlh jelita.tp nape anjung seri pun bungkus?

Anjung seri macam out of trend. Orang prefer Impiana. Bandingkan je la cover anjung seri dengan impiana.
Quote noraidil_06 2-7-2015 02:28 PM
straycat replied at 2-7-2015 02:25 PM
Anjung seri macam out of trend. Orang prefer Impiana. Bandingkan je la cover anjung seri dengan im ...

betul la tu.pastu ditambah plak dgn glam deko.
Quote kelapaparut 2-7-2015 02:30 PM
Org skrg bace majalah Glam, photoshoot cantik mcm yg dulu ade edisi Che Ta di india so classy, kisah2 pun best corner mak datin dgn kehidupan cougar life,suami dato ade sugar baby woowww
Quote straycat 2-7-2015 02:30 PM
noraidil_06 replied at 2-7-2015 02:28 PM
betul la tu.pastu ditambah plak dgn glam deko.

Tengok cover je dah rasa macam design tahun 80-an hehehe.
Quote BlueEagle 2-7-2015 02:30 PM
alahai...kena ikut trend skrg la...rata2 semua suka online jer...
Quote ifanonline 2-7-2015 02:31 PM
kalu banyak sangat fitnah sana sini...sape nak beli majalah, surat kabar atau tengok tv...tv pun org dah tak beli...asyik laung 'hidup melayu' aje..baik tengok sponge bob
Quote sapp73 2-7-2015 02:35 PM
dah lama stop beli Jelita dan Anjung Seri...harga dah mahal, iklan pun banyak. Nak idea dan inspirasi deco, masuk je group deco di FB..boleh dapat respon yg cepat jika kita ada Q & A

Lihat semua komen(150)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.057758 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top