CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pertemuan Tertutup Najib Dengan Pimpinan UMNO Negeri

1-8-2015 02:46 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4587| Komen: 12

Description: Pertemuan tertutup Najib dengan pimpinan UMNO negeriSatu pertemuan tertutup dijangka berlangsung pada petang kemarin di antara pimpinan UMNO negeri bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak di ked ...



Pertemuan tertutup Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pimpinan utama Badan Perhubungan Umno Negeri seluruh negara di kediaman rasminya di Kompleks Seri Perdana berakhir selepas hampir dua jam.

Kenderaan yang membawa pemimpin-pemimpin berkenaan dilihat meninggalkan kompleks tersebut kira-kira pukul 7.50 malam melalui pintu utama.

Usaha pihak media yang menunggu di luar pintu laluan awam di Kompleks Seri Perdana seawal pukul 4.30 petang untuk mendapatkan komen bagaimanapun gagal.

Menurut sumber, perbincangan tertutup berkenaan membincangkan mengenai pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri menerusi rombakan Kabinet pada Selasa lalu.

Difahamkan pertemuan yang bermula kira-kira pukul 5.30 petang Jumaat itu, dihadiri semua Pengerusi Perhubungan Umno Negeri kecuali Pulau Pinang dan Kelantan yang diwakili wakil mereka.


Antara yang dilihat masuk ialah Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Shahidan Kassim (Perlis), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (Perak), Datuk Seri Mohamad Hasan (Negeri Sembilan) dan Datuk Seri Khaled Nordin (Johor).

Selain itu, pertemuan berkenaan turut dihadiri Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.


sumber : http://www.mstar.com.my/
20

Bagus
8

Marah
17

Terkejut
9

Sedih
8

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote revolusi_30 31-7-2015 09:56 PM
Tabur la tu.  
Quote tagas 1-8-2015 12:28 AM
Meeting syok sendiri

Ko tak taw mostly rakyat tgh emosi da tak sabor nak election

ade yg sanggup nak undi pembgkang dap walaupun keturunan

Melayu jawa totok
Quote MengkuduMasam 1-8-2015 12:29 AM
ugut2 sket... pastu janji2 sket...

bagi yg dok hadap gaji dari UMNO nih... jilat jer laa..kalo xsoru miss..


paham sgt dah...
Quote vandergooh 1-8-2015 12:58 AM
Whatever... akak and family nak jatuhkan umno dulu supaya najob yg melampau ni dapat dihadap kemuka pengadilan...  melampau sangat rosakkan negara..
Quote BorderManager 1-8-2015 01:39 AM
Lepas rombak kabinet dapur baru nak bincang ke? ke nak tunjuk kt semua kabinet baru n cantik ke tak?
maka semua la angguk setuju.. kalau tak alamat gelap masa depan
Quote bangcak 1-8-2015 01:40 AM
harap pahlawan kekal untuk tabur brim
Quote harmerz01 1-8-2015 07:55 AM
Desus desus ramai ketua bahagian tak puas hati dan anggap angkara akak r.... situasi sekarang ni
Quote Jerambut 1-8-2015 12:23 PM
tertutup tertutup pun...nanti ada kot yg terinspirasi dari pertemuan 'tertutup' Muhyiddin dng Mukhriz.
Hohoho... nanti ada la video sedutan sikit sikit....
terbukak lagiiiii
Quote lvsg8 1-8-2015 12:26 PM
tutup ka bukak ka..rakyat dah tak kuasa dgn najib dah...berambus cepat la..
Quote Sayaaa 1-8-2015 12:58 PM
please retired najib. rakyat tak nk awak dah..
Quote dodolgemok 1-8-2015 01:14 PM
Mohon tepek gmba bijan dilambung
Quote cadarblogsot 1-8-2015 06:07 PM
Rakyat marhen dh kuasa... sabar tunggu election saja

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.053392 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top