CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Malaysia Kemalangan di Jordan

23-6-2013 01:34 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13190| Komen: 61

Description: PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia ingin memaklumkan berhubung kemalangan yang melibatkan lima (5) orang pelajar Malaysia di Jordan. Pada 21 Jun 2013 (Jumaat), ...
Laporan kemalangan di Jordan

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia ingin memaklumkan berhubung kemalangan yang melibatkan lima (5) orang pelajar Malaysia di Jordan. Pada 21 Jun 2013 (Jumaat), antara jam 5.00 - 6.00 petang (waktu Jordan) sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dinaiki oleh lima (5) orang pelajar Malaysia telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 KM dari Amman, Jordan.
       
        Pelajar yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah Sumaiyah Binti Romli, pelajar tahun satu dalam bidang astronomi fizik di Universiti Kolej London, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Nur Ili Dayana Binti Mazlan @ Masgelan pelajar tahun empat di London School of Economy tajaan Bank Negara Malaysia, Mohamad Shukri Bin Alias pelajar tahun tiga dalam bidang pengajian islam di Universiti Yarmouk dan Humairak Binti Ibrahim pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk.
       
        Dalam kemalangan tersebut, seorang pelajar iaitu Sumaiyah Binti Romli meninggal dunia manakala empat orang yang lain cedera. Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan. Pejabat Education Malaysia Jordan dan Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (JPA) telah memeriksa keadaan semua mangsa dan dalam proses menguruskan jenazah dan mangsa yang terlibat. Keluarga mangsa yang meninggal dunia telahpun dimaklumkan.

22

Bagus
15

Marah
16

Terkejut
12

Sedih
13

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Magika 22-6-2013 11:21 PM
Al fatihah pada yang meninggal
Quote sayawifenikmie 22-6-2013 11:29 PM


sedihnya ibu dan ayah .....  rindu kepada anak yang jauh ..... yang tiba ada jenazah anak yang dirindui ...
Quote ogata 22-6-2013 11:30 PM
al-fatihah...
Quote a_dira 22-6-2013 11:33 PM
Menurut sumber blog Pena Minang, kereta pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung. Menurut laporan itu lagi,

--> Sumaiyah Bt. Romli dari Kedah telah meninggal dunia
--> Humairak Bt. Ibrahim dari Kelantan cedera serta keguguran kandungan.
--> Nur Ili Dayana Bt. Mazlan@Magelan dari Perak cedera
--> Muhammad Nazirul Mubin Nasruddin (Suami Humairak) dari KL cedera
--> Muhamad Shukri Alias dari Kelantan yang juga pemandu kereta cedera parah

Didoakan yang cedera sempat sembuh, Salam Takziah dan Al Fatihah untuk keluarga Mangsa yang meninggal dunia..
Quote mrsrezza 22-6-2013 11:37 PM
alfatihah buat arwah dan salam takziah tuk keluarga arwah
Quote ~boolean 22-6-2013 11:38 PM
bijak pandai dapat tajaan bagai..itulah yang awal meninggalkan kita...

hat bodoh merempit, kaki dadah, kaki ragut Tuhan kasi umur panjang pun tak reti nak hargai hidup.

Takziah untuk keluarga mangsa. Yang cedera tu harapnya cepat sembuh.
Quote UnaHusna 22-6-2013 11:41 PM
dorang kawan pada penulis novel remaja hilal asyraf tu..innalillah..hilang sorang student cerdik yang ada masa dpn cerah..smg rohnya dicucuri rahmat
Quote UnaHusna 22-6-2013 11:49 PM


ni arwah sumaiyah
Quote dauswq 23-6-2013 12:15 AM
ruginya bakal astrophysicist..


takziah kpd family arwah...semoga arwah dicucuri rahmat
Quote awek_ganu 23-6-2013 12:26 AM
sedihnya baca berita cmni...
takziah pada smu mangsa...
al fatihah utk allahyarharmah SUMAIYAH..(terigat lagu Inteam "sumayyah")
Quote chique 23-6-2013 12:47 AM
innalillahi wainna ilaihi raji'un
Quote tongkatwaran75 23-6-2013 12:49 AM
Camne pelajar tahun satu dalam bidang astronomi fizik di Universiti Kolej London bole berada di Jordan?
Cuti ke kat Kolej tuh?
Quote bianglala 23-6-2013 12:50 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun . Takziah. Dan semoga yang cedera cepat sembuh.
Quote jejarihalus 23-6-2013 12:51 AM
alfatihah...doakan lah yang baik2 untuk mereka..nasib kita tak tahu lagi
Quote Sherasi 23-6-2013 12:53 AM
Al fatihah...
Quote beta_carotene 23-6-2013 12:54 AM
al fatihah buat arwah Sumaiyah, dan semoga sembuh utk mangsa2 yang lain..

Teringat novel Salju Sakinah, heroin nama Sumaiyah, pelajar Universiti Yarmouk Jordan
Quote Magika 23-6-2013 01:00 AM
tongkatwaran75 posted on 23-6-2013 12:49 AM
Camne pelajar tahun satu dalam bidang astronomi fizik di Universiti Kolej London bole berada di Jord ...

exam selalunya dalam 10 jun dah abis... lepas tu cuti sampai bulan 9 (cuti summer )

Quote beta_carotene 23-6-2013 01:13 AM
biasanya budak2 UK yang ke Jordan / Mesir waktu summer holidays, budak2 usrah yang ada program di sana..
Quote prettyuglybabe 23-6-2013 01:16 AM
takziah..

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.057290 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top