CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Azmir Jaafar kembali menerajui McDonald’s Malaysia

18-8-2015 04:28 PM| Diterbitkan: wendyKERJA| Dilihat: 11321| Komen: 8

Description: saya akan berusaha untuk mempertingkatkan prestasi syarikat kami dan bekerjasama dengan pasukan saya bagi mencipta kejayaan-kejayaan baharu, dalam memacu perniagaan ini ke peringkat seterusnya
McDonald’s Malaysia mengumumkan pelantikan Azmir Jaafar selaku Pengarah Urusannya semula bermula 15 Ogos 2015, bagi menggantikan Stephen Chew. Sebelum ini, Azmir ialah Pengarah Urusan McDonald’s Middle East Development Company sejak Januari 2015 dan pernah menjadi Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia dari 2006 hingga 2009

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari University of Georgia dan MBA dari University of Bath, Azmir menyertai McDonald’s Malaysia sebagai pengurus pelatih pada tahun 1993. Setahun kemudian, Azmir berpindah ke bahagian pembangunan restoran di mana beliau mengetuai pasukan tersebut sehingga tahun 2004. Di bawah kepimpinannya, McDonald’s Malaysia telah memperoleh banyak pencapaian. Antaranya, pengiktirafan Malaysia sebagai pengamal terbaik bagi pembangunan sistem pandu-lalu (Drive-Thru) untuk pasaran-pasaran membangun di rantau Asia Pasifik, Timur Tengah & Afrika (APMEA). Dalam tempoh yang sama, Azmir turut bertanggungjawab ke atas pertumbuhan restoran sebanyak lebih 300 peratus.


Pada tahun 2006, Azmir dilantik sebagai Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia. Anak kelahiran Gemas, Negeri Sembilan ini juga merupakan warga Melayu pertama yang berjaya mendaki tangga kerjaya di McDonald’s daripada peringkat Pengurus Pelatih sehingga ke Pengarah Urusan.

Bersama pasukan pimpinannya, Azmir menetapkan satu matlamat yang agresif iaitu untuk menggandakan perniagaan dalam tempoh lima tahun. Tempoh ini menyaksikan McDonald’s Malaysia mempercepatkan pembukaan restoran-restoran baharu, pertambahan francais dan melaksanakan pelbagai aktiviti pengembangan jenama yang telah menghasilkan pertumbuhan jualan dua angka. Berikutan kejayaannya di Malaysia, Azmir ditugaskan untuk berkhidmat di McDonald’s China pada tahun 2009 sebagai Naib Presiden/Ketua Pegawai Pembangunan di mana beliau membantu membuka lebih 1,100 buah restoran dalam tempoh lima tahun. Sepanjang tempoh itu, Azmir turut melaksanakan konsep reka bentuk baharu pada lebih 60 peratus restorannya, membuka 500 buah McCafe serta menggandakan perkhidmatan pandu lalu kepada lebih 250. Azmir memainkan peranan penting dalam memoden dan membina pasukan pembangunan McDonald’s di China yang kemudiannya membawa kepada penubuhan Universiti Pembangunan APMEA pada tahun 2013.

“Memang satu penghormatan apabila diberi peluang untuk menerajui perniagaan McDonald’s di Malaysia sekali lagi. Berbekalkan pengalaman saya di luar negara serta pengetahuan saya tentang selok-belok bidang perniagaan di Malaysia, saya akan berusaha untuk mempertingkatkan prestasi syarikat kami dan bekerjasama dengan pasukan saya bagi mencipta kejayaan-kejayaan baharu, dalam memacu perniagaan ini ke peringkat seterusnya,” kata Azmir

10

Bagus
6

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote larikesurga 19-8-2015 07:25 AM
ADA LAGI KE ORANG MAKAN KAT MC D NI...
Quote JohnPuteh 20-8-2015 02:05 PM
ummah melayu masih berpusu-pusu mkn dkt mc d..sedap katanya
Quote bijigetah 26-8-2015 07:21 PM
Letak melayu untuk tarik pelanggan melayu..ini semua strategi untuk tarik pelanggan melayu balik..
Quote cmf_WonBin 1-9-2015 02:27 PM
Wah, Yahudi guna Melayu
Quote kejoraria 21-9-2015 02:07 PM
larikesurga replied at 19-8-2015 07:25 AM
ADA LAGI KE ORANG MAKAN KAT MC D NI...

berlambak aja lg budak2 opis aku mentedarah kat situ
Quote sliza 5-11-2015 08:26 PM
promosi -promosi....
bila tah nak sedar...
Quote mogwaii 16-11-2015 01:04 PM
dah lama tak telan mekdi
Quote deekhan 27-3-2016 04:58 PM
aku pun lame dh xtelan mekdi

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.252113 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top