CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Terry Holdbrooks : Pengawal Penjara Guantanamo Yang Kini Memeluk Islam (10 Ga...

24-6-2013 06:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8767| Komen: 23

Description: Terry Holdbrooks (29) adalah bekas pengawal penjara yang bertugas di kema tahanan pengganas di Guantanamo Bay. Semasa bertugas sebagai pengawal penjara tentera ini, beliau seorang athiest yang percaya ...
Terry Holdbrooks (29) adalah bekas pengawal penjara yang bertugas di kema tahanan "pengganas" di Guantanamo Bay. Semasa bertugas sebagai pengawal penjara tentera ini, beliau seorang athiest yang percaya kesemua agama di dunia ini adalah kejam dan jahat. Ini semuanya berubah selepas beliau bertugas di Gitmo.

Terry bertugas selalunya pada shift malam. Kerana kebosanan beliau mula berbual dengan banduan yang ditangkap. Beliau sering berbual dengan seorang banduan bernama Ahmed Errachidi yang berasal dari Ethiopia. Perbualan tentang agama antara mereka berdua membawa kepada terbukanya hanti Terry untuk memeluk agama Islam pada tahun 2003. Beliau mengucap syahadah di hadapan beberapa orang banduan dan secara serta merta kehidupan beliau berubah. Terry mula kehilangan rakan dan dicemuh pengawal penjara yang lain. Beliau juga dituduh sebagai PEMBELOT kerana memeluk agama "ganas" Islam. Selepas berhenti berkhidmat kepada tentera beliau kembali semula ke Amerika Syarikat.

Di Amerika beliau mula menjadi seorang pemabuk dan mengambil dadah. Ini adalah kerana beliau mahu melupakan apa yang beliau lihat sepanjang beliau bertugas di Gitmo. Menurut Terry lagi beliau melihat banduan diseksa dengan teruk sekali. Ada banduan yang dipaksa berdiri sambil tangan digari selama 8 jam berturut-turut sehingga terbuang air besar. Beliau melihat muka banduan dicalit dengan darah haid serta banduan bogel disimbah air di dalam bilik dengan penghawa dingin pada tahap maksimum.

Kerana tidak mahu meneruskan hidup yang tidak tentu arah beliau berubah untuk menjadi seorang muslim sejati. Beliau berhenti meminum minuman keras dan mengambil dadah. Terry menulis sebuah buku bertajuk "TRAITOR" yang menceritakan pengalaman beliau bekerja sebagai pengawal penjara di Gitmo dan hijrah beliau menjadi seorang muslim. Kini beliau berusaha untuk memaksa Presiden Obama menutup kem tahanan Gitmo yang pada hemat beliau melanggar hak asasi manusia dan tidak langsung menepati ideal Amerika Syarikat yang mengutamakan kebebasan dan hak saksama antara manusia. Obama pernah berjanji pada tahun 2008 untuk menutup Gitmo jika memenangi pilihanraya presiden. Janji tidak ditepai kini masa menjawab kepada Terry.

Apabila ditemuramah mengapa beliau memeluk Islam, Terry Holdbrooks berkata;

“I had all the freedom in the world,But I was waking up unhappy while these men were in cages, smiling and praying five times a day.

Powerful stuff. Anda boleh follow Terry Holdbrooks atau nama Islam beliau sekarang Mustafa Abdullah di Twitter di @TerryHoldbrooks.











Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizkajura 25-6-2013 11:34 AM
Alhamdulillah
Quote anakkg 25-6-2013 12:11 PM
subhanallah...akhirnya dia temui kebenaran
Quote rosasen 25-6-2013 12:13 PM
Alhamdulillah...
Quote bianglala 25-6-2013 12:16 PM
mesti best kalau dapat baca buku dia. based on true story kaedahnya.
Quote hatiluka 25-6-2013 12:17 PM
beruntung dia dapat hidayah dari Allah....
Quote amikie 25-6-2013 01:23 PM
antara insan yg terpilih menerima hidayah dari Allah SWT....
alhamdulillah...
Quote gula_tebu 25-6-2013 02:05 PM
Alhamdulillah, tapi kan kepala berkopiah tapi telinga tu bersubang tu kenapa perlu pakai lagi. hishhh
Quote wickedcat 25-6-2013 03:04 PM
Alhamdulillah.....
Quote yokoono 25-6-2013 03:55 PM
ALHAMDULILLAH...
Quote AnomFendy 25-6-2013 09:52 PM
Allah akn memberikan taufiq dan hidayah NYA kepada sesiapa saja yang dikehendakiNYA...jadi jangan hendaklah kita sentiasa berdoa memohon kepadaNYA agar hidayah yang diberi terus kekal dengan kita sehingga kita menghembus nafas terakhir..
Quote ladygempak 25-6-2013 10:17 PM

info menarik..thanks tt
Quote Artemesiaa 26-6-2013 02:43 PM
Syukur beliau telah dapat melihat kebenaran
Quote mjla 26-6-2013 04:16 PM
Alhamdullilah, betambah sorang lgi umat Nabi Muhammad.
Quote cikatilia 26-6-2013 04:49 PM
alhamdulillah.. hidayah dah dtg kepada dia..
Quote fadzyjemi 26-6-2013 08:00 PM
alhamdulillah....amin
Quote JohnDeSouza 28-6-2013 02:00 AM
gula_tebu posted on 25-6-2013 02:05 PM
Alhamdulillah, tapi kan kepala berkopiah tapi telinga tu bersubang tu kenapa perlu pakai lagi. hishh ...

aaaa .dia ndak tunjuk kesilapan zaman silamnya kottt
Quote cmf_ultraviolet 28-6-2013 03:04 AM
Beruntung dia. Alhamdullilah
Quote gula_tebu 28-6-2013 10:58 AM
JohnDeSouza posted on 28-6-2013 02:00 AM
aaaa .dia ndak tunjuk kesilapan zaman silamnya kottt

mungkin la kan..baiklah, ku akur
Quote JohnDeSouza 29-6-2013 03:07 PM
gula_tebu posted on 28-6-2013 10:58 AM
mungkin la kan..baiklah, ku akur

yessss......

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.062203 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top