CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Awas, Perlakuan Anda Mungkin Sedang Dirakam! Hilangnya Nilai Privasi Masa Ini..

26-8-2015 01:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10935| Komen: 52

Description: Bagai seorang paparazi, seseorang itu boleh merakam aksi anda di luar sana. Adegan pergaduhan, bertikam lidah malah pesakit yang sedang bertarung nyawa untuk bersalin turut dirakamkan!
Oleh Adib Za

Penulis terpanggil untuk menulis tentang penyebaran video penyanyi Stacy yang menjadi viral di media sosial, tidak lupa gambar pesakit yang sedang bersalin menjadi tatapan di internet.


Apa yang menjadi persoalan dan kerunsingan pastinya soal privasi atau sesuatu yang peribadi kini semakin terganggu dek kerana media sosial.

Ditambah dengan adanya aplikasi dan juga gajet-gajet canggih, segala perlakuan anda akan dirakam secara rahsia oleh seseorang. Ya, tanpa anda ketahuinya! Namun, impaknya, seluruh dunia menyaksikan!

(Sumber foto: wisegeek)


Awas, ini yang berlaku pada hari ini. Bukan sahaja golongan artis menjadi mangsa, malah orang kebanyakan juga tidak lari daripada dicabul privasi mereka.


Bagai seorang paparazi, seseorang itu boleh merakam aksi anda di luar sana. Adegan pergaduhan, bertikam lidah malah pesakit yang sedang bertarung nyawa untuk bersalin turut dirakamkan!

Di manakah nilai privasi jika sampaikan gambar kemaluan pun ditayang-tayang tanpa pengetahuan tuan badan? 

Yang peliknya, orang yang melakukan sesi 'paparazi' ini bukan calang-calang. Bukanlah orang yang bodoh dan tidak berilmu. 

(Sumber foto: article.wn)


Impaknya, bukan sahaja mengganggu emosi si mangsa, malah membuatkan masyarakat kucar-kacir! Masakan tidak, jika apa yang dirakam itu bersifat perkauman, ia mampu mencetuskan huru-hara antara kaum, agama dan negara.

Semuanya berlaku terlalu pantas, ketika ia dimuat naik sudah ada beribu-ribu 'bakal penonton' dan mereka ini pula turut menyebarkan privasi orang lain.

Kepada semua yang membaca nukilan kecil ini, hormatilah privasi dan hal peribadi orang lain. Ada benarnya pepatah orang dahulu kala, 'jaga tepi kain sendiri..' - CARI Infonet
14

Bagus
15

Marah
15

Terkejut
12

Sedih
20

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OmJualGas 26-8-2015 01:18 PM
hidup susah, mati pun susah...
Quote revolusi_30 26-8-2015 01:22 PM
Saman la, npe mangsa2 viral ne tak mau failkan saman. Kasi ajaran sikit.
Quote sabbath_shalom 26-8-2015 01:24 PM
Baru la meletop...
Quote bellaa 26-8-2015 01:27 PM
amboi.. x menahan nampak putin keras.
Quote BlueEagle 26-8-2015 01:37 PM
saman jer sapa2 yang terlebih jaga kain org nih..
Quote agusta 26-8-2015 01:48 PM
Saman je doktor tu sbb tu mmg melampau
Quote zach2008 26-8-2015 02:14 PM
Alalng2 dah bg gambar, jgn la blurkan
Quote chinta89 26-8-2015 02:14 PM
mtx org yg suka sebar ni.. esok lusa aib diorg plk tersebar..
Quote cmf_premierleag 26-8-2015 02:14 PM
Yg tukang rakam dan tukang viralkan ni abang harap depa mampos kene langgar lori treler
Ataupun hidup melarat sbb ekonomi gawat
Amin
Quote munchkin 26-8-2015 02:19 PM
Mmg pun. Konon nak bagi pengajaran tapi sebenarnya sebar aib. Kadang orang tak perasan baju tak betul apa semua. Depa smap and sebar. Harap ada undang2 yang boleh cover mangsa and saman si tukang snap and sebar merengkok dalam penjara. Pedulik hapa aku depa anak isteri or suami or anak. Sebab masa snap tu anak or pasangan terbiar je. Takde pun depa pedulik. Depa ni pun sama attention seeker.
Quote harimau76 26-8-2015 02:35 PM
ada ja yg gatal tangan asyik2 nak  tekan share... semua pun nak share.. elok yg suka sgt sebar aib org tu kena saman sampai tinggal spender..
Quote melia_star 26-8-2015 02:45 PM
aku sokong saman tongong2 yg x peduli privacy org ni....saman smpi bogellll......
Quote jelitaqasyah 26-8-2015 03:06 PM
jelita takutlah macam ni..

jaga mata jaga mulut jaga hati..

In sha Allah hidup diberkati.
Quote elle_april 26-8-2015 05:15 PM
munchkin replied at 26-8-2015 02:19 PM
Mmg pun. Konon nak bagi pengajaran tapi sebenarnya sebar aib. Kadang orang tak perasan baju tak betu ...

so chef wan tu pun patut disaman sebab upload pic family dia yg nampak aurat dan langgar privacy

Quote comel91 26-8-2015 05:16 PM
sebenarnya bukan tak ada undang-undang untuk hak privasi individu ini.. tp mcm ade 'thin line' untuk tentukan sesuatu kes..

last-last nk bicara pun jadi besar..

macam contoh kes stacy tu... kita tak pasti stacy tu yang dtg premis org or orang dtaang premis die, so kalau let say stacy dtg sesuatu tempat tu.. yang perakam tu tuan rumah, jadi dah memang kawasan die.. so dekat mane yang mengganggu privasi tu...


ni comel punye duapuluhlimariburupiah sen.. hiks
Quote shamsadis 26-8-2015 05:22 PM
dekat padang Masyar nanti video kita masa hidup akan ditayangkan....nampak, di dunia sudah ditunjukkan kemaluan jika video tersebar bayangkan ummah manusia melihat pelakuan kita di dunia ni lagi
Quote mommymonster82 26-8-2015 05:26 PM
Kalau semua org nak glamer n popular dah lama pakat semua nak jadi artis okay..gigih pegi audition bagai... upload muka sendiri lam utube pon boleh.. tapi bukan semua org hadap nak jadi popular n dikenali...
Quote chicken_lemon 26-8-2015 05:31 PM
Kdg2 individu itu sendiri yg merelakan privasinya diceroboh secara terang-terangan...
Quote kimsa-ra 26-8-2015 05:38 PM
Edited by kimsa-ra at 26-8-2015 11:00 AM

klu iols saman je..

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.199053 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top