CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Filipina - Syurga Pencinta Alam Dan Sejarah

27-8-2015 04:46 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 80127| Komen: 318

Description: Antara lokasi yang menjadi tumpuan ramai ialah Manila, ibu negara Filipina. Ia ibu kota penuh bersejarah dengan peninggalan yang menarik dan mampu membuat anda teruja meneroka lokasi ditawarkan. ...



Oleh : TS LOO

sumber foto : http://mal.blogs-de-voyage.fr/


Filipina negara yang terkenal dengan panorama alam semula jadi yang mampu memukau sesiapa saja.

Seperti cinta pandang pertama, pengunjung pasti terpikat dengan kecantikan alam semula jadi selain ba-ngunan serta infrastruktur yang sarat dengan sejarah.

sumber foto : http://vigattintourism.com/


Antara lokasi yang menjadi tumpuan ramai ialah Manila, ibu negara Filipina. Ia ibu kota penuh bersejarah dengan peninggalan yang menarik dan mampu membuat anda teruja meneroka lokasi ditawarkan.


sumber foto : http://www.arcticnomad.com/


Bagi yang gemar mengambil gambar atau suka bergambar di bangunan bersejarah dengan ciri-ciri Sepanyol, Intramuros Manila adalah lokasi wajib jika anda menjejakkan kaki ke Manila.


sumber foto : http://www.gasartravelandtours.com/


Intramuros Manila atau ‘Spanish Old Town’ ialah kebanggaan Filipina dan pengunjung boleh memilih berjalan atau menaiki basikal untuk menjelajahi kawasan itu.

Antara lokasi lain yang menjadi tarikan utama kerana keunikan bangunan dan peninggalan sejarah ialah Fort Santiago.

sumber foto : http://qph.is.quoracdn.net/


Ia lokasi bersejarah yang bukan saja tempat istimewa untuk bergambar malah peluang mengelilingi taman dengan menaiki kereta kuda.

sumber foto : https://upload.wikimedia.org/


Namun, percutian di Manila tidak lengkap tanpa berkunjung ke Rizal Park, dataran yang menjadi tempat lepak atau lokasi bersantai tidak jauh dari Muzium Negara Filipina.

sumber foto : http://dulichmienphi.com.vn/


Berbeza dengan penggemar keindahan lautan dan panorama pulau yang menawan, kunjungan ke Pulau Cebu pasti tidak mengecewakan. Antara lokasi menarik ialah Pulau Pescador.

Ia lokasi wajib untuk aktiviti ‘diving’ kerana keindahan taman laut yang mampu menggamit penyelam dari seluruh dunia untuk datang serta meneroka khazanah alamnya.

sumber foto : http://gambarwisata.com/

sumber foto :http://renunganharian-cahaya-bangsa.blogspot.com/


Apabila berada di Pulau Cebu, tidak salah berkunjung ke Pulau Sumilon dan antara aktiviti boleh anda lakukan ialah snokerling atau berkayak.


Puncak Bukit Nivel membolehkan anda melihat pemandangan indah terutama panorama Pulau Cebu yang memukau ketika matahari terbenam.

sumber foto : http://newsinfo.inquirer.net/


Antara lokasi yang jarang menjadi bualan, tetapi menyimpan khazanah alam semula jadi penuh rahsia ialah Kalibo.

Pulau Boracay berdekatan Kalibo pernah mendapat pengiktirafan sebagai antara destinasi untuk bersantai terbaik di dunia oleh Majalah Travel.

sumber foto : http://www.myamazingadventure.com/


Pulau Boracay terkenal dengan pasirnya yang putih dan air membiru seakan-akan destinasi sesuai bukan saja bagi pasangan pengantin untuk berbulan madu malah sesuai untuk seisi keluarga bagi berehat serta melapang-kan minda.

sumber foto : http://www.travelindonesiaku.com/


Kalibo turut menawarkan lokasi menarik seperti taman dan Pusat Kajian Bakhawan yang menjadi menjadi tempat persinggahan bergambar serta menikmati suasana kehijauan alam.

Ia juga menjadi pusat kajian untuk memperoleh maklumat berkaitan alam semula jadi di kawasan itu.

Pendek kata, Filipina mempunyai banyak destinasi untuk dikunjungi cuma jangan lupa untuk membawa kamera bagi merakam gambar sebanyak mungkin.- CARI Infonet


18

Bagus
15

Marah
6

Terkejut
10

Sedih
10

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote duchessofkent 29-12-2006 02:33 PM
I have been there right in the city center. I stayed at PENINSULA HOTEL MANILA. Walking distance to all major shopping complex. Value for money! Bilik dia very nice & bilik air dia besar giler. According to org embassy masa tu, ada Sultan 1 negeri tu dtg dok hotel tu jugak.

Kalau nak shopping/ jenjalan, call embassy minta guide ..... I am sure they are willing to help. Masa I pergi tu ada sorang org embassy dtg jumpa kitorang. Dia bagitau sikit sebanyak pasal Manila tu. It helps us a lot!
Quote duchessofkent 29-12-2006 02:34 PM
In fact I am going to go there again end of next month. Stay at the same hotel.
Quote sorceress 29-12-2006 05:01 PM
Originally posted by duchessofkent at 29-12-2006 02:34 PM
In fact I am going to go there again end of next month. Stay at the same hotel.


tq duch... berapa rate hotel ni duch? u book online ke?
Quote duchessofkent 29-12-2006 05:40 PM
I ada counterpart kat sana. So dia dpt corporate rate about USD115.00/ nite (kalau tak silap I lah... tak berapa ingat), masa I pergi tu around year 2003. Now mungkin mahal sket. Untuk trip bulan depan I tak dapat lagi maklumat dia.
Quote eskremVanila 29-12-2006 09:03 PM
otel2 kat sane...kalo walk in pon kene bayo USD ka? sbb kalo ol..tak penah jupe rate in peso...
Quote sorceress 30-12-2006 10:16 AM
Originally posted by eskremVanila at 29-12-2006 09:03 PM
otel2 kat sane...kalo walk in pon kene bayo USD ka? sbb kalo ol..tak penah jupe rate in peso...


eskrem memang dgr cerita otel dia memang dalam usd... bukan peso.... ingat nak book ol .... tak nak le main reda je.... kalau pegi berkawan takpe... ni ada baby ikut sekali
Quote holmes 1-1-2007 11:29 AM
Originally posted by sorceress at 29-12-2006 02:18 PM
assalamualaikum.....

maaf kalau topic ni dah ada.... belek gak kat belakang tapi tak perasan lak kalau ada....

anybody dah pernah sampai ke manila? need some advices pasal mana hotel yang ses ...


hom been there once dulu...on biznez trip...kompeni bayar semua :bgrin:

stay kat MANILA DIAMOND HOTEL kat kawasan Roxas Boulevard..

not a bad hotel...kalo tak silap 4/5 star...bersih dan semua facility ada...:ah:

http://www.diamondhotel.com/
Quote Ibu_Sara 1-1-2007 10:06 PM
Saya duduk kat perla mansion, dlm 10 minutes walking to greenbelt. Rate dia kalau tak silap dlm RM200 lebih.  Apartment type 2 bilik. okaylah facilities dia.  boleh masak bagai kat situ so senang sikit.  Nak cari makan halal kat sana susah.
Quote mieciput 3-1-2007 11:33 AM
Kalau area Markati, I pernah duduk di Nikko Hotel (USD90++ rasanya), 4 star, ok rasanya. Bilik besar kedudukannya betul2 di Ayala Center. Kedudukan sgt strategik bagi mereka yg suka shopping la. Ada SM Supermarket, Glorietta, Greenbelt, The Landmark & macam2 lagi shopping mall. Selamat area ni. Kat area ni ada Hilton & InterConntinetal Hotel. Cuba2 tengok. Then kalau area EDSA, I pernah duduk di EDSA Shangri La. Ok lawa hotelnya. Tepi hotel ada Mega Mall (memang besar.... besar dari MidValley Mega Mall rasanya)
Cuma di Manila ni, tak boleh jalan sembarangan la... kena hati2 skit. Selamat melancong.
Quote sorceress 3-1-2007 12:03 PM
Originally posted by Ibu_Sara at 1-1-2007 10:06 PM
Saya duduk kat perla mansion, dlm 10 minutes walking to greenbelt. Rate dia kalau tak silap dlm RM200 lebih.  Apartment type 2 bilik. okaylah facilities dia.  boleh masak bagai kat situ so senang s ...



ibu sara, u book hotel mcm mana ek? tru online atau travel agency? tq
Quote Ibu_Sara 3-1-2007 11:47 PM
Originally posted by sorceress at 3-1-2007 12:03 PM



ibu sara, u book hotel mcm mana ek? tru online atau travel agency? tq


book online.  pastu dia kasi confirmation voucher thru email.
Quote Ibu_Sara 3-1-2007 11:53 PM
Originally posted by mieciput at 3-1-2007 11:33 AM
Kalau area Markati, I pernah duduk di Nikko Hotel (USD90++ rasanya), 4 star, ok rasanya. Bilik besar kedudukannya betul2 di Ayala Center. Kedudukan sgt strategik bagi mereka yg suka shopping la. Ad ...


:setuju::setuju:...mmg besar, tak larat nak jalan.  Saya stay 5 hari kat makati, hari2 pegi tempat shopping tu pun, tak cover semua..
Quote sorceress 4-1-2007 08:57 AM
Originally posted by Ibu_Sara at 3-1-2007 11:47 PM


book online.  pastu dia kasi confirmation voucher thru email.


tq ibu sara.... ni pun plan nak duduk 4 hari je... tgk le sempat ke round semua
Quote Ibu_Sara 4-1-2007 12:04 PM
Originally posted by sorceress at 4-1-2007 08:57 AM


tq ibu sara.... ni pun plan nak duduk 4 hari je... tgk le sempat ke round semua


No problemo.  Saya pun cume pegi kat shopping complex jer, greenhills untuk beli pearls then ke intramuros.  tempat2 lain we all tak berani nak pi.  since we all pegi own our own tak ambik pakej,  masa sightseeing pun naik teksi je.  murah sket..dalam rm35.00 sorang.
Quote JustWant2Know 5-1-2007 11:17 AM
I would prefer Shangri-La EDSA...around USD180 per night...dekat dengan Shopping Mall and nice hotel....
Yes, some hotel you can pay in USD for sure...
Quote duchessofkent 20-1-2007 11:02 PM
ok, dah confirmed. For my next trip ke Manila which is next week, duduk kat The Peninsula, rate dia US$120/night.
Quote sorceress 19-2-2007 10:24 AM
hai all... baru je balik dr manila.... stay 4 hari kat sana.... 4 hari memang tak puas langsung.... cuma pegi 2 shopping mall, asia mall dan mega mall.... 4 hari pun tak dapat cover kedua2 shopping complex tu... besar gila...

for those yg suka shopping sy rasa manila memang sesuai tempat shopping.... asia mall tu cuma offer all the branded items... tapi kan barang dia much2 cheaper compare hrg di malaysia... contoh kemeja padini harga rm300 di msia, boleh dapat half price di situ, new arrival.... jeans guess harga rm700 di sini, sy beli sana tak sampai rm300... so memang berbaloi le shopping kat situ...

masalah cuma makan... susah sgt nak cari makanan halal kat situ. even mee segera kat situ pun, jgn tertipu... dlm ingredient memang ada b***

overall memang enjoy.... dan plan akan pegi lagi... kali ni maybe pegi dekat krismas, masa tu discount lagi waaaaa.....
Quote simbiosis 19-2-2007 11:48 AM
Originally posted by sorceress at 19-2-2007 10:24 AM
hai all... baru je balik dr manila.... stay 4 hari kat sana.... 4 hari memang tak puas langsung.... cuma pegi 2 shopping mall, asia mall dan mega mall.... 4 hari pun tak dapat cover kedua2 shoppi ...


u bawak makanan sendiri ke?
habis makan kat mana? hmm susahnya...
Quote sorceress 19-2-2007 06:33 PM
bawa maggie. siang lak kita org makan tempura je. ada gak singaporean restaurant... yang tu halal according tu pekerja dia la.... malam memang makan kat hotel je

Lihat semua komen(318)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.065104 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top