CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Misteri Sungai Euphrat

2-7-2013 12:38 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8524| Komen: 10

Description: Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, Kiamat tidak akan terjadi sehingga sungai Euphrat surut menyibakkan gunung emas, di atasnya orang-or ...

Misteri Sungai Euphrat

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Kiamat tidak akan terjadi sehingga sungai Euphrat surut menyibakkan gunung emas, di atasnya orang-orang berperang, sehingga dari setiap seratus orang akan terbunuh sembilan puluh sembilan. Setiap orang dari mereka berkata, "Mudah-mudahan, akulah orang yang selamat itu." [HR. Bukhari dan Muslim]

Dalam sebuah hadis disebutkan, "Hampir tiba masanya, sungai Euphrat surut mendedahkan pembendaharaan emas. Siapa yang menghadirinya, janganlah mengambilnya sedikitpun. "[HR. Bukhari dan Muslim]

Ubay bin Ka'ab: "Hampir tiba masanya, sungai Euphrat surut mendedahkan gunung emas. Jika orang-orang mendengar hal itu, mereka berjalan ke sana. Maka orang-orang yang ada di sana mengatakan, "Jika kita membiarkan orang-orang mengambilinya, mereka pasti akan mengambil seluruhnya," Beliau bersabda, "Maka, mereka bertempur di atasnya, sehingga setiap seratus orang terbunuh sembilan puluh sembilan." [HR. Muslim]

Ibnu Hajar dalam menyarahkan hadis ini mengatakan bahawa surutnya air sungai Euphrat akan terjadi menjelang kemunculan Al-Mahdi

Rasulullah saw bersabda, "Kiamat tidak akan terjadi sehingga sungai Euphrat surut mendedahkan gunung emas, di atasnya orang-orang berperang, sehingga setiap seratus orang akan terbunuh sembilan puluh sembilan. Setiap orang dari mereka berkata: "Mudah-mudahan, akulah orang yang selamat itu." [HR. Ahmad]

Syaikh Yusuf al Wabil mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan 'gunung emas' di sini bukanlah minyak bumi sebagai mana pendapat Abu 'Ubaiyyah dalam ta'liqnya terhadap kitab An-Nihayah Fil Fitan (1:208) karya Ibnu Katsir, dengan beberapa alasan sebagai berikut:

a. Bahawa dalam nas hadis itu disebutkan lafaz "jabal min dzahab" (gunung emas), sedang minyak bumi bukan emas secara hakiki, kerana emas merupakan tambang yang sudah dikenali.

b. Bahawa Nabi saw memberitahu bahwansanya air sungai itu akan menyingkap gunung emas yang dilihat orang, sedangkan minyak bumi itu digali dari dalam bumi dari kedalaman yang amat dalam dengan menggunakan alatan.

c. Bahawa Nabi saw mengkhususkan sungai Furat (Euphrat) dengan keistimewaan ini, tanpa menyertakan laut dan sungai lain sedang minyak bumi digali dari laut dan dari darat di berbagai tempat sebagaimana yang kita lihat.

d. Nabi saw memberitahu bahawa orang akan berperang di sisi khazanah ini, dan tidak diberitahu bahawa mereka berperang ketika digalinya minyak bumi dari Furat (Euphrat) atau lainnya. Bahkan Nabi saw melarang orang yang mendatanginya, sebagaimana disebutkan dalam riwayat lain dari Ubay bin Ka'ab ra, ia berkata, "Manusia sentiasa berselisih dan bertegang urat leher dalam mencari kekayaan duniawi ..., sesungguhnya saya pernah mendengar Rasulullah saw bersabda," Tidak akan datang hari kiamat sehingga sungai Euphrat menyingkap gunung emas, maka barangsiapa yang datang kepadanya, janganlah ia mengambil susuatu darinya. [Shahih Muslim, Kitab Al-Fitan wa Asyrathus-Sa'ah, Bab Laa Taquumu As-Sa'atu Hatta Yahsira Al-Furat 'an Jabal min Dzahab 18:19]

Orang yang menafsirkan "gunung emas" ini dengan minyak bumi, maka sebagai akibatnya ia harus menetapkan dilarangnya mengambil minyak bumi ini (kerana di dalam hadis tersebut Rasulullah saw melarang seseorang mengambil sesuatu darinya - Penj.), Padahal tidak ada seorang pun yang berani mengatakan demikian.

Al-Hafizh Ibnu Hajar menguatkan pendapat yang mengatakan bahawa dilarangnya mengambil emas ini disebabkan hal ini dapat menimbulkan fitnah dan peperangan. [Fathul-Baari 13:81]. Baca lagi lihat: Tanda-tanda kiamat, Syaikh Yusuf Al Wabil hal 159-160]

Pujian Allah terhadap sungai Euphrat

Dalam riwayat dari Malik bin Sha'sha'ah (dalam hadis tentang mi'raj ke Sidratul Muntaha) disebutkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "... Kemudian saya diangkat ke Sidratul Muntaha, di bawahnya ada empat buah sungai, dua sungai yang tersembunyi dan dua sungai lain jelas kelihatan. Aku menanyakan hal itu kepada Jibril, maka Jibril menjawab, "Dua sungai yang tersembunyi adalah sungai di dalam syurga, sedangkan dua sungai yang jelas kelihatan adalah sungai Nil dan Euphrat." [HR. Bukhari: Bad-ul Khalqi bab Dzikrul Malaikah no. 2968 dan Muslim: Kitabul iman bab al-isra 'no. 238]

Dari Abu Hurairah ia berkata, Rasulullah saw bersabda, "Sungai Saihan, Jihan, Euphrat dan Nil adalah sungai yang mengalir dari (mata air di) syurga." [HR. Muslim: Bab ma fid dunya min anharil jannah no. 5073, Ahmad no. 7547]

Dari Abu Hurairah ia berkata, Rasulullah saw bersabda, "Ada empat sungai yang dialirkan dari syurga, iaitu sungai Euphrat, Nil, Saihan dan Jaihan." [HR. Ahmad no. 7229, Abu Ya'la no. 5788 dan Al Khatib. Dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Silsilah Al Ahadits Ash Shahihah no. 112]

Syaih Nashirudin Al-Albani berkata, "Barangkali apa yang dimaksudkan Nabi bahawa sungai-sungai tersebut berasal dari syurga adalah sama seperti manusia yang juga berasal dari syurga. Hadis ini tidak bertentangan dengan fakta bahawa kedua-dua sungai ini berasal dari mata air yang sangat dikenali di bumi ini. Jika bukan ini atau perkara yang sama yang dimaksudkan oleh hadis tersebut, maka hal tersebut merupakan sesuatu yang ghaib yang harus kita percayai dan kita terima, kerana Nabi sendirilah yang menceritakan kepada kita. "




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lompatikam 24-6-2013 04:05 PM
penah baca gak pasal sungai furat nih...ada yg ckp 'emas' itu minyak...sebab ikut logik akal...gunung mana boleh tengelam dlm sungai...berapa dalam itu sungai...gitu lah logik akal kita yg daif ini...tapi yg pasti kebenarannya hanya Allah yg tahu.

ada yg aku baca kata...akan berlaku gempa bumi yg kuat yg akan mengeluarkan segala isi khazanah bumi disitu...emas kuning atau emas hitam...kita hanya boleh buat andaian sahaja...
Quote mizsrose 24-6-2013 04:26 PM
good info.....baru je tau...
Quote alphawolf 24-6-2013 04:34 PM
Kalau emas tu 'minyak' dah lama dah ada pasal sungai tu kat Iraq...dan Iraq ialah antara pengeluar minyak terbesar
Quote Mata_coklat 25-6-2013 02:04 PM

Sungai Eufrat Dan Misteri Hampir TerbongkarPOSTED BY WAN HAYDEN POSTED ON 22:23 WITH NO COMMENTS



Sungai Eufrat atau Euphrates yang terletak di negara Iraq merupakan sebuah sungai yang terpenting di negara itu. Pertanian dan perikanan adalah salah satu sumber utama di daerah yang bersempadan dengan Syria.
Sungai ini ada disebutkan dalam hadis mengenai tanda-tanda akhir zaman.
Laporan Akbar Iraq pada tahun 2009.Mac 20, 2009 · Iraq sedang menderita salah satu kemarau terburuk dalam beberapa dekad. Walaupun ini adalah berita buruk bagi petani, ia adalah berita baik untuk ahli-ahli arkeologi di negara ini.

Air surut Sungai Eufrat telah mendedahkan tapak arkeologi purba, ada yang tidak diketahui sehingga kini.
Untuk Ratib Ali al-Kubaisi, pengarah wilayah Anbar Jabatan Antikuiti, kemarau telah membuka tanah baru peluang.

Beliau menjelaskan bahawa tamadun purba bermula di Anbar, bersebelahan dengan Sungai Euphrates atau Eufrat.

"Semua orang ... menyangka bahawa Anbar hanya padang pasir yang tandus dengan tiada kepentingan sejarah. Tetapi kita mendapati bahawa kawasan ini adalah salah satu kawasan yang paling penting penemuan tapak arkeologi di seluruh Iraq. Ini sebahagian Iraq adalah yang pertama untuk diselesaikan," katanya.


                                                                         Sungai Eufrat
Banjir Menenggelam Tapak Sejarah

Pada pertengahan 1980-an, kerajaan Saddam Hussein membina empangan Euphrates untuk mengelakkan banjir di kawasan itu. Empangan dibina sepanjang 120 batu berhampiran dengan sempadan Iraq dengan Syria.

Apa sekali adalah sebuah takungan air besar yang terbentang sejauh mata memandang dapat dilihat ianya telah surut sehingga 90 peratus sejak musim kemarau'kata pegawai.

Ratib mengatakan bahawa sekurang-kurangnya 75 tapak arkeologi telah muncul dan sebahagiannya digali sebelum kawasan itu dibanjiri. Mereka menjumpai tamadun  purba daripada 3,000 SM zaman empayar Sumeria dan Rom. Penempatan Yahudi purba juga telah tenggelam di kawasan itu. Tetapi kerana air surut, Ratib telah merakam misalnya, tebing dengan siri pra-Kristian, makam2 purba yg diukir,tembikar era Rom,dinding2 diukir dan parit2 utk pengairan zaman itu. Walaupun ianya telah banyak dirosakkan oleh air, Ratib berkata ianya masih mempunyai nilai.

"Saya harap kita dapat menggali lembah2 ini lagi. Jika kita mempunyai wang dari sumber-sumber, kita boleh menyiapkan kerja kita mula tahun-tahun akan datang," katanya.


Tebing yang dahulunya tenggelam kini mendedahkan makam zaman pra-Kristian yang dibina sebelum tenggelam ke dalam sungai Eufrat.

Bangunan-bangunan kuno telah muncul dari dasar sungai di wilayah barat Anbar Iraq selepas Sungai Eufrat kering sejak tahun 2009.


Ratib berkata beliau bimbang kawasan itu akan dirompak. Dalam semua kawasan Anbar, hanya 10 orang pengawal melindungi tapak arkeologi yang terdedah luas itu.

"Kawasan ini kaya dengan barang kemas, syiling, artifek yang tidak ternilai dan dokumen2 purba yang penting - semua perkara ini adalah mencabar bagi pencuri profesional," katanya.

"Paras sungai adalah sangat rendah, ia adalah terendah ia pernah menjadi yang kita boleh ingat," kata nelayan Sa'ad Naji. "Ia menakutkan. Nelayan telah tidak berfungsi lagi."

Sungai di sini adalah hanya kira-kira 3 hingga 4 kaki dalam. Sa'ad berkata struktur pelik sekarang muncul keluar dari air. Dia menunjukkan apa yang kelihatan seperti gerbang batu yang berdiri teguh disaluti oleh lumpur.


                              Yousif Jasir Muhammed seorang ahli arkeologi iraq bersama kepingan tembikar yang ditemuinya
"Kira-kira setahun yang lalu apabila air mula surut, artifak ini mula muncul. Kami mula mencari di sekitar kawasan, dan kita mendapati tembikar tanah liat dan tulang2 lama, syiling dan juga beberapa barang kemas purba yg berharga," katanya.
Buat masa sekarang, beliau berkata, perompak itu mungkin orang-orang tempatan yang tidak tahu nilai yang mereka telah mengambil.katanya.

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; 'Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas.


Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan; "Sudah dekat suata masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadhir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu".

Telah banyak peristiwa akhir zaman yang telah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w sejak 1400 tahun dahulu telah menjadi kenyataan (sila rujuk posting yang berkenaan dilaman ini). Antaranya ialah seperti hadis diatas, akan keringnya Sungai Furat hingga akhirnya menampakkan gunung emas yang selama ini tersembunyi dari pandangan manusia. Rasulullah s.a.w menjelaskan lagi berlaku peperangan yang dahsyat untuk merebut emas tersebut.
Sekiranya Iraq menjumpai kawasan simpanan emas yang besar nescaya peperangan besar akan meletus dengan lebih hebat di wilayah yang sudah bergolak itu. Kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa mengingati pesanan Rasulullah supaya menjauhi dari mengambil emas tersebut!






Source : Carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=72












Quote chique 2-7-2013 04:22 PM
nice info. so maknanya ada kemungkinan emas tu bukan emas mentah tapi artifak sejarah...
Quote tykarib 2-7-2013 05:30 PM
chique posted on 2-7-2013 04:22 PM
nice info. so maknanya ada kemungkinan emas tu bukan emas mentah tapi artifak sejarah...

yes! artifak sejarah.
Quote ainiz81 2-7-2013 07:29 PM
gud info..tak pnh dgr lg psl sg ni
Quote mizkajura 3-7-2013 09:34 AM
mendalam cerita ini
Quote LENS2U 3-7-2013 09:45 AM
Perkataan EMAS itu sendiri melambangkan sesuatu yg sangat berharga.

contoh: MASA ITU EMAS.
Quote ell768 3-7-2013 03:08 PM
cantik sungai ni..tp mendalam sungguh makna cerita pasal sungai ni..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.241231 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top