CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kenali 5 Tanda Lelaki Yang Ikhlas Cintakan Anda!

23-11-2015 06:28 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 8180| Komen: 17

Description: Tapi, bagaimana jika lelaki tersebut hanya main-main dengan anda sahaja
Oleh Izzah Abbasy

Wanita jika bertemu dengan seorang lelaki, pasti mudah mempercayai dan menaruh harapan yang tinggi.

Tapi, bagaimana jika lelaki tersebut hanya main-main dengan anda sahaja? Ia merupakan sesuatu yang pahit jika anda dapat tahu si dia tidak ikhlas terhadap anda.

Namun, anda jangan risau! Tidak susah untuk mengenali lelaki yang betul-betul ikhlas dan menghargai anda. Sekaligus, menyayangi anda sebaiknya!



1. Selalu ada ketika susah & senang

Jika si dia selalu ada ketika anda senang ataupun susah dan mendengar apa sahaja masalah anda, itu tandanya dia benar-benar cintakan anda. Lelaki tidak akan buang masa pada mereka yang tidak penting dalam hidupnya.

2. Buat anda ketawa

Mesti rasa bahagia jika bersama dengan orang yang selalu buat anda ketawa. Jika si dia sentiasa buat anda ketawa, dia betul-betul cintakan anda. Lelaki pasti akan rasa bahagia jika buat orang dia cintai ketawa.

3. Jadi diri sendiri di depan anda

Jika si dia cintakan anda, dia tidak malu untuk menjadi diri sendiri depan anda. Tak malu untuk tunjukkan perangai buruk mereka. Mesti ada je kan lelaki yang tiba-tiba kentut secara tak sengaja depan anda. Haha..

4. Tidak jemu berjumpa anda

Mesti ada yang rasa pelik kalau ada lelaki yang tidak jemu jumpa anda setiap hari. Itu tandanya dia betul-betul cintakan anda dan rasa pelik kalau tak jumpa walaupun sehari.

5. Sanggup habiskan masa dengan anda

Jika si dia sanggup habiskan masa dengan anda selepas habis kerja, itu tandanya cinta. Lelaki lebih sanggup habiskan masa lepak dengan kawan-kawan, atau ke gym. Tapi, kalau dia sanggup ketepikan semua itu untuk anda, memang sah dia cintakan anda!

Anda masih ragu-ragu? Cepat, 'check' atau kenali perangai si dia ya! - Cari Infonet


Sumber info : Hanasuva

19

Bagus
7

Marah
12

Terkejut
13

Sedih
8

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chit_ana 23-11-2015 09:44 PM
xbetul pun

semua laki teruk:
Quote mbhcsf 24-11-2015 03:09 AM
chit_ana replied at 23-11-2015 09:44 PM
xbetul pun

semua laki teruk:

hahahahahahaah

nah  ambik ye

pada i ...semua tu bolehlah first impression tapi at the end of the day allah juga tahu hati memasing

dan the benchmark is akad.

so, dia lagu mana baik pun tak boleh juga dijadikan benchmark.

yg penting apa ? JUJUR dan tahu kerana apa dia jalinkan hubungan ni . Kalau itu betul maka tak perlu nak pretencious really.



Quote mbhcsf 24-11-2015 03:10 AM
err no 4 & 5 tu kurang soleh. unless ada mahram ...
Quote zaliza 24-11-2015 08:31 AM
hmmmmmm... macam ada.. macam takder.. macam biskut chipsmore! heeeeee
Quote watie_na 24-11-2015 10:36 AM
semua ciri2 tu ada pada pada en. suami, tapi perangai dia haram jadah.
Quote hanie_z 24-11-2015 11:21 AM
my opinion la..
hint je xcukup..
bukan ape, kadang takut syok sendiri je
better talk directly je dari bagi hint2 ni
bukan ape, ada orang xpaham hint2 ni..
Quote chit_ana 24-11-2015 01:08 PM
mbhcsf replied at 24-11-2015 03:09 AM
hahahahahahaah

nah  ambik ye

masalah yg i kenal x semua mcm tu aishhh  

mula2 ok... tapi dh lama cakap x serupa bikin je

mohon dijauhkan lelaki2 mcm ni
Quote mbhcsf 25-11-2015 01:39 AM
chit_ana replied at 24-11-2015 01:08 PM
masalah yg i kenal x semua mcm tu aishhh  

mula2 ok... tapi dh lama cakap x serupa bikin je

yups, ada hikmahnya - tu yg Allah hijabkan kita tu, i rasa kita belajar dari pengalaman memasing dan kawan kawan yg sebaik mana pun, kalau u know tak iklhlas dan jujur dan tak tahu apa niat pun dalam berkenalan tu , maka elok tak jadi je. sebab alih alih jatuh taraf menzalimi emosi orang pulak.

so, pada i tulah , ciri ciri di atas terlalu superficial lah.

macam mana dia boleh tulis dan simplify benda yg kompleks tu dalam 5 aspects je.

Quote nazielaela 25-11-2015 12:39 PM
Sy jumpa lelaki mcm ni yang ada sekarang...jumpa tu xderla selalu cuma bila hujung minggu or cuti sbb masing2 ada keja nk buat..tapi kalau bawa jumpa xpernah menolak..xpernah pulak berduaan di tempat2 yang xder org sbb dia xsuka..selalu ada susah senang..selalunya time susah dia mst ada kih3..dia bukan jaga diri dia jer..dia jaga sy2 sekali..alhamdulillah setakat ni dia lelaki baik utk saya. And the best thing bila dia buat lawak hambar..tu yang buat sy ketawa. hahahaha
Quote Innrukia 25-11-2015 12:57 PM
Edited by Innrukia at 30-11-2015 08:37 PM

Looking forward nak kenal dgn lelaki yg betul2 ikhlas

Quote mh17 29-11-2015 11:18 PM
1 pun ta ada,da 3 tahun kwin..dr tunang smpi la..ucp i love u pun ta ada
Quote miniusb 30-11-2015 10:20 AM
zaman akil baligh berhingus dulu artikel macam nilah yg menjadi fokus carian dan mulalah membandingkan ciri-ciri disebut dengan cinta2 monyet yg ada. tapi as time goes by and you become wiser and get married, i've learned that:

lelaki yg serius dgn kita akan ckp straight forward dia suka dan nak hubungan serius.
ajak kita jumpa parents dia bila masa yg sesuai tlh tiba.
berani semuka dgn keluarga, bukan utk ajak keluar dating atau jumpa hari raya, tapi purposely utk bagi tahu satu famili kita yg dia nak sunting kita jadi isteri dia.
kalau ada halangan/cabaran dlm hubungan, tak mudah utk mengalah, dia akan pertahankan hubungan sampai jumpa jalan keluar.

kalau sekadar tak jemu berjumpa dan sering menghabiskan masa bersama anda, pada saya itu bukan apa2. lelaki yg sayang kita sbg isteri takkan mahu membawa kita ke sana ke mari tanpa tujuan.
Quote mbhcsf 30-11-2015 08:05 PM
miniusb replied at 30-11-2015 10:20 AM
zaman akil baligh berhingus dulu artikel macam nilah yg menjadi fokus carian dan mulalah membandingk ...

i like your post , yups itulah tu.

Quote spiderman80 30-11-2015 08:28 PM
chit_ana replied at 23-11-2015 09:44 PM
xbetul pun

semua laki teruk:

Salah, cuma awak belum bertemu dengan Spidey lagi.
Quote chit_ana 30-11-2015 09:23 PM
mbhcsf replied at 25-11-2015 01:39 AM
yups, ada hikmahnya - tu yg Allah hijabkan kita tu, i rasa kita belajar dari pengalaman memasing d ...

tul2 pengajaran utk kita.ingatkan kita je mcm ni.rupa2 nya ada lagi yg teruk

mungkin silap iols juga.sbb tu Allah dah tunjukkan.nexttime kena berhati2 dah

artikel ni umum sgt. pdhal pengalaman setiap org adalah berbeza
Quote chit_ana 30-11-2015 09:24 PM
spiderman80 replied at 30-11-2015 08:28 PM
Salah, cuma awak belum bertemu dengan Spidey lagi.

haha spidey

haah mana tahulah kan

tapi serius sudah serik

Quote mbhcsf 1-12-2015 05:32 AM
chit_ana replied at 30-11-2015 09:23 PM
tul2 pengajaran utk kita.ingatkan kita je mcm ni.rupa2 nya ada lagi yg teruk  

mungkin silap ...

dan pengalaman itulah yg berharga dan mematangkan dan it makes us grow.
itu hikmah antaranya dan kita belajar daripada itu, itu yg penting. i guess  rezeki dan rahmt allah itu luas, so lagipun itulah ujian dan si dia itu pinjaman, kalau kita sedar itu hanyalah pinjaman then  redhai sajalah hakikat itu lebih baik.



Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.368658 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top