CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Luna Maya Terkena Gangguan Mistik Di Lokasi Penggambaran, Wajah Berubah Jadi Nenek Tua

26-11-2023 11:56 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3779| Komen: 5

Description: Pelakon Indonesia, Luna Maya berkongsi pengalaman seram berdepan gangguan mistik ketika menjalani penggambaran filem terbaharunya berjudul ‘Panggonan Wingit’.Menerusi laporan Kapan Lagi, Luna member ...
Pelakon Indonesia, Luna Maya berkongsi pengalaman seram berdepan gangguan mistik ketika menjalani penggambaran filem terbaharunya berjudul ‘Panggonan Wingit’.

Menerusi laporan Kapan Lagi, Luna memberitahu perkara tersebut mula disedari oleh seorang pemerhati aktiviti paranormal yang ditugaskan berada di set penggambaran bagi mengesan sebarang kejadian aneh.



Meskipun kurang percaya dengan perkara tahyul, Luna berkata dia sendiri dapat melihat perubahan yang berlaku pada wajahnya selepas kejadian tersebut.

"Yanto beritahu ada yang mendekati dan mahu masuk ke dalam badan saya. Ketika itu kami sedang merakamkan babak terakhir sekitar pukul 3 pagi. 

"Saya ambil gambar di depan gua peninggalan zaman Jepun. Sewaktu berehat saya lihat wajah saya dalam foto yang saya ambil nampak berbeza. Muka saya kelihatan seperti seorang nenek tua," katanya.

Difahamkan, penggambaran filem tersebut diadakan di sebuah kawasan peninggalan era penjajahan Jepun di Bandung, Indonesia. 

Tambah Luna, meskipun sudah banyak kali berlakon dalam filem genre seram namun ini merupakan pengalaman pertama yang dialaminya.

"Ini kejadian seram pertama berlaku pada saya. Akhirnya saya dapat merasai dan mengalami sendiri pengalaman ini," ujar Luna


Sumber: Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 26-11-2023 03:33 PM
ke engko ter on filter nenek kebaya. kt fon
Quote newyork 26-11-2023 10:30 PM
whimsicalmusic: ke engko ter on filter nenek k ...
whimsicalmusic: ke engko ter on filter nenek k ...


Ahahha tak pun dia terlupa nak on filter ploles..
Quote royaldanish 26-11-2023 10:31 PM
production suka betul ambik dia ni pilemmm seram, muka tak sesuai.. di amat iols muka Dian sesuai bila part serious dgn jelingan tajam sheols..
Quote sayurmayur88 27-11-2023 08:16 AM
terlupa on filter kot. sebb dia pon dh berumur kan
Quote prince_marhaen 27-11-2023 10:29 AM
BOSANNYA LUNA MAYA NI.... muka kejung...berlakon pun banyak pakai prosthetic getah, try so hard nak jadi Suzanna versi moden...suzanna cantik original...dia muka pun dah kedut2 dah botox2... mix yang biasa2 saja.. jadi hantu pun tak feel...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.055094 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top