CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Petugas Pejabat Agama Dedah Bunga Citra Lestari, Tiko Wardhana Bakal Nikah Di Bali

26-11-2023 01:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4559| Komen: 15

Description: Penyanyi Bunga Citra Lestari dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini iaitu Tiko Wardhana.Bunga, 40 dan Tiko yang juga seorang duda dikatakan ...
Penyanyi Bunga Citra Lestari dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini iaitu Tiko Wardhana.

Bunga, 40 dan Tiko yang juga seorang duda dikatakan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 2 Disember ini di sebuah hotel di Bali, Indonesia.



Perkara tersebut didedahkan oleh seorang petugas di pejabat agama dikenali sebagai Emma Fatmayani menerusi kenyataan di YouTube Indosiar pada Sabtu.

Bagaimanapun Emma tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar pernikahan pasangan tersebut kerana tidak mempunyai butiran lengkap mengenainya.

“Kalau tarikh pernikahan tidak ada pada kami namun Bunga sudah menyerahkan dokumen yang diperlukan termasuk sijil kematian suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair.

"Daripada pihak Tiko pula, mereka juga sudah menghantar beberapa dokumen dan surat pengesahan cerai... Jadi statusnya ialah duda bercerai hidup," katanya.


Sementara itu, Ketua Rukun Tetangga di kawasan kediaman Tiko dikenali sebagai Mahmud juga memberitahu bahawa lelaki itu ada meminta surat untuk pernikahan di Bali.


"Kebetulan penduduk kami yang bernama Tiko meminta dibuatkan surat untuk menikah di Bali," ujarnya.

Pada Mac lalu, Bunga menjadi perhatian ramai apabila terlihat teruja menyambut ulang tahun kelahirannya bersama teman rapat.

Gelagat penyanyi lagu Wanita Terbahagia itu menarik tangan seorang lelaki yang dikenali sebagai Tiko yang berada di sisinya menjadi perhatian netizen.

Kemesraan Bunga dengan lelaki berkenaan mencetuskan tanda tanya malah ada juga yang mendakwa itu merupakan teman lelaki penyanyi tersebut.

Untuk rekod, Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan.

Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 semasa tidur akibat serangan jantung.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 26-11-2023 03:28 PM
gmbr kt atas tu muka diorg sama, mcm kena edit versi lelaki bcl
Quote ilahaz 26-11-2023 04:53 PM
Congratulations bcl.. Life has to go on.. Semoga yg baik2 saje
Quote hidet 26-11-2023 05:41 PM
Laju pejabat agama sana pecah rahsia
Quote Mamiyan 26-11-2023 05:53 PM
Good for her. Tkkan la dia nk jadi single mom sampai tua.
Quote AbukRokok 26-11-2023 06:38 PM
slot kubur tu mcm mana? jual kat peminat ke
Quote msdummy.2018 26-11-2023 08:20 PM
Aku dah agakkk...
Quote Ahgerbitch 26-11-2023 10:08 PM
Lorrrrrrr kenapa gitu dong…cari laa yg berjenis sikit…ini muka habisss……so lepas ni dh tk leh pakai nama sinclair lorrrrr
Quote royaldanish 26-11-2023 10:29 PM
hurmmm jauh panggang dari api ye pilihan sheols
Quote Ayda89 27-11-2023 02:06 AM
Tiko duda anak 3, dpt ramai adik beradik la noah huhuhu
Quote babelina 27-11-2023 09:42 AM
ok la berkahwin lg.. muda2 nie senang nk berjodohan.. klau dh kertu ssh cikit..
pasni ank rupa indon la.. dua2 muka biasa jer..
Quote sayurmayur88 27-11-2023 11:03 AM
slot kubur tu jual balik ke macam mana??
Quote borrow 27-11-2023 12:08 PM
congratz. Rasa happy kat Noah, ntahlah berdua ja kan, sunyi. Now dh ada  yg rasmi jd teman.
Quote prince_marhaen 27-11-2023 03:27 PM
bagus ler kawin.. ingat ngan ariel...tu geli2 je la kot.... ehehehehehehe..
Quote jlo 27-11-2023 03:27 PM
congrats...moga yg baik2 untuk BCL dan Noah
Quote Heydidle 27-11-2023 10:47 PM
Why eh bcl ni always nmpk mcm muka x mandi

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.049989 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top