CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ramai Tak Senang Tengok Reza Rahadian Cium Dan Peluk Bunga Citra Lestari

6-12-2023 05:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26969| Komen: 11

Description: Bunga Citra Lestari sekali lagi menjadi bualan hangat apabila tular video memaparkan aksi mesranya dengan pelakon popular Indonesia, Reza Rahadian.
Bunga Citra Lestari sekali lagi menjadi bualan hangat apabila tular video memaparkan aksi mesranya dengan pelakon popular Indonesia, Reza Rahadian.

Menerusi video yang dimuat naik dalam TikTok itu, Reza dilihat mencium wajah BCL sejurus selepas penyanyi itu selamat bernikah dengan Tiko Aryawardhana pada Sabtu lalu.





Selain mencium pipi, dua sahabat baik itu turut saling berpelukan erat dalam suasana sebak.

Perkara tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen Indonesia dan juga Malaysia.

“Tangisan dua sahabat baik, sebak pula lihat hubungan baik mereka.

“Ramai harap BCL dan Reza nikah tetapi tiada jodoh,” komen netizen.



Sebelum ini, nama Reza antara yang pernah digosipkan dengan BCL selain penyanyi, Ariel Noah.

Pada Sabtu lalu, BCL selamat dinikahkan oleh bapanya, Muchlis dengan Tiko, 43, yang merupakan duda anak tiga.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup di sebuah resort mewah di Bali, Indonesia dan hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat.

Tiko sebelum ini dilaporkan berpisah dengan bekas isteri pada 2021 dan dilaporkan isu pembayaran nafkah sepanjang perkahwinan menjadi punca rumah tangga mereka berantakan.

Terdahulu, BCL bernikah dengan pengacara dan aktor dari Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair pada 2008 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair, 12.

Jodoh tidak panjang, Allahyarham Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 ketika tidur akibat serangan jantung. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 6-12-2023 05:49 PM
Over nau netizen...walhal after party dia lagiiiiiiiiiiiii~~~hanyut... hahahahaha.. dah lifestyle diorang memang gitu kan... retis & sosialis sini pun sama.. nothing new.
Quote Carcosa 6-12-2023 07:17 PM
Ehhh acik2 gundu kepam, boleh tak jgn dibagi perhatian dekat si Bunga Hidung Jambu ni. Pegi mampos lah diaaaa. Dia nak bercumbu ke, nak berlaga pipi ke, berlaga hidung ke. Mampos laaaa. Dia Malaysian ke??? Arwah husband dia dah takde dah pon. Toksah kesah dah lerrrrr. Yindon lah ponnn. Adoiiilaaa. Muakkk laaa
Quote Nizleen86 6-12-2023 09:02 PM
Ahhh my fav actor reza rahadian. Mas reza ada hati kot dgn bcl. Tp bcl anggap bff je. Sedih beno muka dia lepas peluk cium tu. After party pun reza takde.
Quote electricopop 7-12-2023 10:24 AM
Standard lah lifestyle dorang kt sana. Alahai, nothing new.
Quote arffa 7-12-2023 11:15 AM
teringat berlakon my stupid boss, adoi gendut redza dalam cerita tu. bukan ke dia umah closet ke so takde la Tiko jeles pun.
Quote mamajawie 7-12-2023 11:53 AM
bukan ke reja ni ummah lemari??tah2 kiss2 unge cam kiss mak ke kakak sendiri je ni
Quote .N.A. 7-12-2023 12:34 PM
Yg komplen mcm2 kt indonesia tu br kenal unge ker?
Dah dia dr dulu mcm tu. Seksi2 kaki party, peluk2 cium2 selamba je. Bukan nya dulu dia berjubah, berniqab tiba2 jd seksi mcm tu.
Quote missyL 7-12-2023 12:39 PM
Edited by missyL at 7-12-2023 05:07 PM

Pelik la aku tibe rmai kecam lifestyle die
Die mmg cmnie dr dulu pn
Even mase ngn arwah pn.

Dah mmg jenis terbuka.
Sama la cm artist2 malaysia pn ramai je peluk cium laki perempuan

Kesah nye sejak bile bcl ni alim pn
Dah mmg sejak azali gitu
Quote Sazreena 7-12-2023 05:00 PM
Tak luak pun pada dia. Sedangkan Ariel pun dah peluk cium free...inikan pulak dianya stupid boss..terpaling sobat.
Quote iolss 7-12-2023 05:12 PM
alahai...sibuk sume bnda nk komen netijen ni. bkn bende baru pon. ini biasa.. luar biasa if bcl ni pakai jubah siap handsocks n setukin skli uols.
Quote Page88 8-12-2023 06:15 AM
She looks nice.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.060094 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top