CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Lalat Di Kening Bunga Citra Lestari Didakwa Jelmaan Allahyarham Ashraf Sinclair

15-12-2023 03:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7046| Komen: 21

Description: Penyanyi Bunga Citra Lestari atau BCL kini sudah lebih satu minggu bergelar isteri kepada suami baharunya, Tiko Aryawardhana.
Penyanyi Bunga Citra Lestari atau BCL kini sudah lebih satu minggu bergelar isteri kepada suami baharunya, Tiko Aryawardhana.

BCL menikah dengan Tiko selepas empat tahun menjadi balu selepas suaminya, pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia.


Meski majlis pernikahan yang berlangsung di Bali sudah lama selesai namun masih ramai yang membicarakan tentang perkahwinan BCL dan duda tiga anak itu.

Foto: via Gempak

Terkini yang menjadi perhatian adalah apabila ada netizen mendakwa seekor lalat yang berada dekat dengan kening BCL sewaktu fotonya dan Tiko dirakamkan di hari pernikahan bukan seekor haiwan.

Sebaliknya ada yang mendakwa lalat tersebut adalah jelmaan Allahyarham Ashraf Sinclair.

Dakwaan mengarut itu muncul selepas Maia Estianty berkongsi foto dirinya yang menjadi salah seorang tetamu pada majlis tersebut bergambar sama dengan BCL dan suami baharunya.


Tanpa disedari ada seekor lalat terbang berdekatan kening BCL dan ‘tertangkap’ gambar. Hal itu kemudian menjadi topik kononnya lalat tersebut merupakan jelmaan allahyarham Ashraf.



“Ini sebenarnya salah saya bila upload gambar kami bersama. Sebenarnya saya cuma ada dua keping foto dengan BCL dan Tiko jadi saya upload saja.

“Saya tidak edit atau apa jadi memang tidak perasan kalau ada lalat dirakamkan.

“Terus ada yang memberi komen berbaur mistik, itu allahyarham Ashraf katanya.

“Saya ini orangnya berfikir logik. Jangan macam-macam. Itu lalat. Hanya lalat yang mahu masuk dalam foto bersama,” jelas Maia seperti dilaporkan Detik.com yang memetik isi cerita daripada tayangan YouTube mantan isteri Ahmad Dhani itu.-CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 15-12-2023 03:50 PM
hahaha.. merepek-repek jaaa caprut..

sekalipun reincarnation, takkan la jadi lalat taik jaa.. apa dosa arwah sampai kena jadi lalat?
Quote msdummy.2018 15-12-2023 03:53 PM
Xder plak yang nk speku lalat nih nkbgatu bcl tuh salah pilih suami?

Quote ayukpingu 15-12-2023 03:58 PM
bukan lalat akan hinggap benda yang busuk ke?
Quote missyL 15-12-2023 04:07 PM
Kesian lalat kne fitnohhh
Quote Yoonggi 15-12-2023 04:13 PM
boleh lak wat spekulasi mengarut camtu
Quote swateng1 15-12-2023 04:30 PM
YANG ANEH2 SAJA TAK LAIN TAK BUKAN DARI SANA LAH
Quote Sazreena 15-12-2023 05:02 PM
Lalat sesat tak pepasal terlibat.
Quote Prickford 15-12-2023 05:24 PM
Konoha dan bodoh berpisah tiada.
Quote iolss 15-12-2023 05:27 PM
hahahah syirik sggh konoha ni yihhh
Quote doubleA 15-12-2023 09:08 PM
Aduh apa la salah ashraf sampai disama levelkan dgn lalat je
Quote habisnamadahni 15-12-2023 10:15 PM
mana lalat tu..x nmpk pun
Quote hayati_hassan 16-12-2023 12:14 PM
bodohnya lahai
dah mati bermaksud putus sudah dgn dunia
lalat is lalat
mcm2 indon ......
Quote Zazama 16-12-2023 06:19 PM
Merepek aje!
Quote sambaldurian 16-12-2023 07:49 PM
Ya tuhan. Downgrade dari jd manusia ke lalat. Aku tgk citer korea jd watak lain ada la.
Quote SalenaGomez 16-12-2023 09:46 PM
[quote]sambaldurian: Ya tuhan. Downgrade dari jd ma ...[/quote

Teruk downgrade ke lalat, kalau butterfly tahan lah jugak. Main bantai je konoho ni ek

Kalau ikut cite drama korea pon. Klau jelmaan lowgrade maknanya kehidupan sblm tu hina lah
Quote Kentot_Wangi 17-12-2023 07:19 PM
Merapuuuuuu
Quote A-Are 18-12-2023 09:05 AM
mcm cerita demons nenek nya mati, dtg dinggah jad rama-rama....okla gila...ini lalat...sadis sungguh konoha ni
Quote menjad 19-12-2023 10:21 PM
Yg dlm Kubo tuh mana ada masa nak melayan org atas dunia. Dah terpisah
Quote hidet 19-12-2023 11:17 PM
doubleA replied at 15-12-2023 09:08 PM
Aduh apa la salah ashraf sampai disama levelkan dgn lalat je

Hahahaha ..kesian sungguh ummah konoha...lalat pun jadi bahan..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.057060 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top