CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Krisdayanti Nak Anak Jadi Ahli Politik

21-12-2023 01:28 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 21878| Komen: 1

Description: Lebih dua dekad bergelar penyanyi membolehkan nama Krisdayanti terus menjadi sebutan sekali gus masyhur sehingga ke negara jiran.Tidak hairan isteri kepada ahli perniagaan Raul Lemos itu dekat dengan ...
Lebih dua dekad bergelar penyanyi membolehkan nama Krisdayanti terus menjadi sebutan sekali gus masyhur sehingga ke negara jiran.

Tidak hairan isteri kepada ahli perniagaan Raul Lemos itu dekat dengan masyarakat sehingga membuatkannya menyertai dunia politik.


Berada di bawah naungan Partai Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDIP), Krisdayanti yang menjadi Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia sejak 1 Oktober 2019 lalu sentiasa aktif menunaikan tanggungjawabnya.


Pada masa sama, pelantun lagu Menghitung Hari itu memberi sokongan kepada anak keduanya Azriel Hermansyah supaya mengikut jejak langkah di arena politik.

Anak muda berusia 23 tahun tahun yang tinggal di Malang, Jawa Timur itu diharap dapat meneruskan legasinya.

Dalam satu hantaran Instagram, Krisdayanti secara berseloroh meminta Azriel mengenakan baju merah iaitu warna rasmi parti disertainya.


“Bila mahu pakai jaket merah ini,” tulisnya yang kemudian disambut pemuda terbabit dengan menunjukkan salam tiga jari iaitu identiti perjuangan PDI.

Namun, hingga kini belum ada pe pengesahan daripada Azriel sama ada mahu mengikuti jejak Krisdayanti dan bapanya berada di bawah parti sama.


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote keranda.terbang 29-3-2024 02:40 PM
tak sesuai

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.176330 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top