CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tular Luna Maya Marah Pekerja Dalam ‘Meeting’ – “Sebagai Ketua, Saya Mahukan Yang Terbaik”

8-2-2024 10:11 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7483| Komen: 9

Description: Rakaman mempamerkan selebriti terkenal dari negara jiran, Luna Maya memarahi pekerjanya tular di media sosial baru-baru ini dan ia meraih perhatian ramai warganet.


Rakaman mempamerkan selebriti terkenal dari negara jiran, Luna Maya memarahi pekerjanya tular di media sosial baru-baru ini dan ia meraih perhatian ramai warganet.

Menerusi rakaman tersebut, Luna dirakam dari luar dipercayai oleh salah seorang pekerjanya juga dan ketika itu aktres tersebut berada di dalam bilik mesyuarat bersama beberapa staf yang lain.

Pelakon berusia 41 tahun itu yang memakai seluar jeans dan blazer tanpa lengan kemudian bangun dan memarahi pekerjanya di dalam mesyuarat tersebut.


Selepas ia tular dan menjadi bualan peminat industri hiburan negara itu, Luna tampil menjelaskan dan mengakui jarang melepaskan kemarahan terhadap pekerja.


Ujar Luna, dia lebih kerap memberikan mereka hadiah sebagai tanda terima kasih dan menghargai usaha serta hasil kerja yang memuaskan diberikan pekerja.

"Ada ganjaran menanti jika mereka bekerja dengan baik. Syarikat turut memberi anugerah kepada pekerja cemerlang setiap bulan."

Selain itu, Luna juga berkata pekerjanya akan menerima bonus pada akhir tahun selain diraikan dengan majlis makan malam pada hari jadi mereka.

Mengulas lanjut tentang video tular itu, Luna menyifatkan ia satu tindakan yang wajar untuk memarahi pekerjanya jika mereka membuat kesalahan.

"Saya sebagai ketua hanya mahukan terbaik. Kalau saya diam dan hasil kerjaya syarikat tidak memuaskan bermakna saya bukan pemimpin yang baik. Kalau jualan menurun dan teknik pemasaran gagal, sudah tentu saya tidak dapat membayar gaji mereka."


Tambah Luna, tidak kiralah bekerja di syarikat mana pun namun jika gagal melakukan terbaik pasti akan ditegur pihak atasan.

Meninjau ruangan komen, ramai yang menyebelahi Luna dan berkata ia normal bagi seorang majikan untuk memarahi pekerja yang tidak menunjukkan prestasi yang bagus.

SUMBER : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 8-2-2024 11:58 AM
doa meols, bila meols jd ketua, hrp bukanlah jenis mrh2 staffs tp tegas.
Quote Tunakimchi 8-2-2024 01:56 PM
Anjir lohhh…..
Quote matjerk 8-2-2024 02:08 PM
BoongaKertas: doa meols, bila meols jd ketua ...


Tgk cerita the white tiger.. mcm mana majikan (kasta tinggi) layan staff (kasta rendah).... racist.. tak mau staff muslim.. klu muslim..reject... smpai ada staff terpaksa tipu agama... n lps tu.. one day one of the staff berjaya.. dia bukak bisness.. dia pulak jadi majikan.. dia treated staff elok.
Quote wadiunong 8-2-2024 02:26 PM
matjerk replied at 8-2-2024 02:08 PM
Tgk cerita the white tiger.. mcm mana majikan (kasta tinggi) layan staff (kasta rendah).... racist ...

best kan movie ni. bagus watak hero tu lesson learned. dah jd boss layan pekerja dia baik
Quote lasagna 9-2-2024 10:40 AM
alaaa tak kan laa boss tak pernah nk marah staff or marah sket nk viral? biasa lahh, kadang bkn level boss pun ada jer trpekik memarah.
Quote putriTS 20-2-2024 02:03 AM
Elok je Luna Maya tu bercakap...bukan marah menengking pun. Kalau I yg kena mcmni, I tak terasa pun dgn boss.
Quote liyamariska 20-2-2024 04:27 AM
nape ai rasa ni rakam curi masa Luna tgh meeting dgn staf...

nampak cm memburukkan Luna dgn rakam curi cmni...
Quote Yoonggi 20-2-2024 11:17 AM
ok la marah psl keje. mcm dia ckp, klu keje x jln, sales xde, camana nk dpt income utk byr gaji pekerja. lgpun bkn dia marah memekik melolong x tentu hala

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.227182 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top