CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hati binatang, sanggup bakar anak kucing hidup-hidup

23-4-2024 11:09 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11661| Komen: 14

Description: KAJANG – Polis sedang mengesan tiga lelaki yang membakar seekor anak kucing hidup-hidup di tempat letak kenderaan Flat Sri Kenari, Sungai Ramal Baru, di sini, semalam.

KAJANG – Polis sedang mengesan tiga lelaki yang membakar seekor anak kucing hidup-hidup di tempat letak kenderaan Flat Sri Kenari, Sungai Ramal Baru, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada wanita warga emas tempatan berusia 63 tahun pada pukul 10.31 pagi tadi.

Menurut pengadu, seorang saksi yang juga penduduk di flat berkenaan telah ternampak seekor anak kucing sedang terbakar dan dia segera mencurah air untuk memadamkannya.

Katanya, pengadu menjumpai anak kucing itu dalam keadaan lemah dan segera menghantarnya ke Klinik Veterinar Swasta di Ampang.

“Semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian berlaku semalam kira-kira pukul 1 tengah hari.

“Terdapat tiga suspek lelaki melepak di tapak letak kenderaan dan dua daripada suspek telah menyimbah bahan bakar ke atas anak kucing tersebut dan salah seorang menyalakan api.


“Ketiga-tiga mereka hanya menyaksikan anak kucing tersebut berlari dalam keadaan badan terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zaid, anak kucing berusia enam minggu itu ditempatkan di sebuah Klinik Veterinar Swasta di Ampang susulan melecur tahap dua.

“Keadaan anak kucing agak kritikal dan perlu diletakkan di bawah pemerhatian rapi sekurang-kurangnya satu minggu.

“Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang telah pun mengenal pasti suspek dan kini sedang giat mengesan suspek untuk membantu siasatan,” jelasnya.

Tambahnya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan mana-mana Balai Polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Suresh Krishnan di talian 0174333795 bagi membantu siasatan. 

Sumber -KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 23-4-2024 11:17 PM
Orang miskin memang kejam, sebab hidup kurang perhatian dan kasih sayang.

Hati2 dgn orang miskin.
Quote jari10 23-4-2024 11:33 PM
B40tastePosh: Orang miskin memang kejam, seb ...


Hah aku baru nak tulis gitu….semua ni adalah golongan kurang kasih sayang, kurang perhatian, hati iblis
Quote Gingerly 24-4-2024 01:41 PM
Biasa org mcm ni cpt dpt cash. Pengakuan strangers. Org bermasalah mental sendiri dtg buat pengakuan pd aku. Sorang baling batu kat tokong. Next few days patah tgn masuk besi. Lagi sorg main gantung kepala anak kucing smpai mati. Berbulan bedridden lps kejadian katanya, tiba2 dtg bercerita kt aku. Kisah 15-20 tahun lalu.
Kesian org2 barbaric ni pedih karma ya takdir yg tertulis- jahat perangai dan bernasib malang.
Quote SWORKS27 24-4-2024 02:16 PM
Ya Allah...semoga si pelaku akan dpt ditangkap...
YA ALLAH..AKU BERDOA KEPADAMU YA ALLAH..SEMOGA SIPELAKU NI DITIMPA BALASAN YG SETIMPAL , DITIMPA MUSIBAH KERANA MENGANIYA KUCING...AMIN.AMIN...
Quote KamikuP 24-4-2024 02:36 PM
Tu sbb meolls takleh duduk ngan B40 serius ckp
Quote edayildiz 24-4-2024 07:07 PM
B40tastePosh replied at 23-4-2024 11:17 PM
Orang miskin memang kejam, sebab hidup kurang perhatian dan kasih sayang.

Hati2 dgn orang miskin.

mmg pun..


Quote edayildiz 24-4-2024 07:08 PM
KamikuP replied at 24-4-2024 02:36 PM
Tu sbb meolls takleh duduk ngan B40 serius ckp

masa raya aritu kn..adik i ckp ssh kalau nk deal pape ngn b40..bodoh sombong mereka ni..

i xingat la ayat adik i tp he pun kutuk b40
Quote isseliparjepun 24-4-2024 07:10 PM
SWORKS27 replied at 24-4-2024 02:16 PM
Ya Allah...semoga si pelaku akan dpt ditangkap...
YA ALLAH..AKU BERDOA KEPADAMU YA ALLAH..SEMOGA SI ...

Ameen ameen ya rabb
Quote isseliparjepun 24-4-2024 07:36 PM
Semoga Allah yang maha kuasa, maha melihat, maha mendengar, menimpakan balasan sewajarnya kepada pelaku ini, dunia dan akhirat.
Quote Momohizan 24-4-2024 07:54 PM
B40tastePosh replied at 23-4-2024 11:17 PM
Orang miskin memang kejam, sebab hidup kurang perhatian dan kasih sayang.

Hati2 dgn orang miskin.

I rasa tak kira miskin ke kaya, kalau otak bodoh, hidup kurang perhatian n kasih sayang memang ehsan/belas kasihan tu takde.

Cuma sebab bilangan orang miskin tu ramai, bilangan orang kaya tu sikit, nampak la kerap orang miskin ni takde belas kasihan
Quote Momohizan 24-4-2024 08:00 PM
KamikuP replied at 24-4-2024 02:36 PM
Tu sbb meolls takleh duduk ngan B40 serius ckp

I tak boleh dengan B40 bandar. Pengotor nak mampos. Project site I banyak kat pedalaman yang betul2 ulu, eventho pendapatan keluarga bawah poverty line, rumah kemas, anak2 terurus, rajin kerja. Tapi tu la duk ceruk ni, mana la nak dapat upah tinggi. Ke bandar dibuli pulak, sebab diaorang ni lurus, orang asyik ambil kesempatan.
Quote belilies 24-4-2024 08:58 PM
Celaka betul perangai. Anak kucen tu br 6mgu hidup. Masih kecil lagi!
Quote B40tastePosh 24-4-2024 10:57 PM
Edited by B40tastePosh at 24-4-2024 10:58 PM
edayildiz replied at 24-4-2024 07:07 PM
mmg pun..


Kalau bagi pilihan  nak kawan dgn B40 Malaysian/Malay atau Indon....aku pilih B40 Indon sbb dah tentu selected rajin datang sini nak kerja(ada juga yg jenis menipu, tapi B40 Malaysia majoriti pemalas, penipu kuat mengular banyak alasan dlm hidup).

B40 Malaysia majoriti pemalas dan Inferiority Complex.
Quote B40tastePosh 24-4-2024 11:00 PM
Edited by B40tastePosh at 24-4-2024 11:02 PM
jari10 replied at 23-4-2024 11:33 PM
Hah aku baru nak tulis gitu….semua ni adalah golongan kurang kasih sayang, kurang perhatian, hati ...


Majoriti yg miskin pemalas perangai camtu kat Malaysia dikategorikan B40. Kuat menipu juga. Kurang kasih sayang. Kaki gaduh dan panas baran sebab banyak konflik kehidupan.

Once ko terjebak kawan dgn diorg, habis rosak hidup korang....sebab tu kenapa kat Shah Alam, taukeh Restaurat orang Kelantan ambil orang Medan/Batu Bara kerja dengan diorang, tak ambil B40 Kelantan kerja dgn diorang.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.040779 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top