CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Mahu Tantrum Aliff Tengok..” – Syed Saddiq Selesa Dengan Anak Bella Astillah, Netizen Sokong Jika Bersama

24-4-2024 11:39 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7117| Komen: 20

Description: Sejak tularnya isu kontroversi yang melibatkan rumah tangga penyanyi dan pelakon, Bella Astillah bersama suaminya, Aliff Aziz, ramai yang berpendapat aktres itu sepatutnya mencari pasangan lain yang l ...


Sejak tularnya isu kontroversi yang melibatkan rumah tangga penyanyi dan pelakon, Bella Astillah bersama suaminya, Aliff Aziz, ramai yang berpendapat aktres itu sepatutnya mencari pasangan lain yang lebih layak.

Susulan itu, tular di media sosial sebelum ini video yang dimuat naik di TikTok oleh adik Bella iaitu Didi Astillah melihatkan Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang sedang bermain dengan anak lelaki Bella, Ayden Adrean.

Dalam video tersebut, dapat dilihat Syed Saddiq mesra melihat anak Bella yang teruja bermain dengan kucing miliknya. Difahamkan video tersebut dirakam semasa mereka beraya di kediaman Bekas Menteri Belia dan Sukan tersebut.


"Lebaran keempat, Ayden excited ada kucing di rumah Syed Saddiq, Bella Astillah tetap penakut sama kucing."

Bukan itu sahaja, melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong sekiranya mereka berdua ada hubungan bersama. Malah, ramai yang cuba mendoakan jodoh mereka selepas melihat Ayden selesa bersama Syed.

"Kami pangkah dalam kertas undi kalau kahwin Bella hahaha"
 
"Anak-anak Bella selesa dengan YB tu."

Untuk info, Bella Astillah dan Aliff Aziz telah sah bergelar suami isteri pada 9 September 2016. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata. Namun kini rumah tangga mereka mula goyah selepas Aliff ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies.



SUMBER : TikTok/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 24-4-2024 12:12 PM
lawa, tapi gila kt alep jugak
Quote miss_perfect 24-4-2024 01:29 PM
Eh jijiknya netizen yang support diorang ni. Tau hukum hakam ke tidak?
Quote KamikuP 24-4-2024 01:53 PM
Gigih netizen b40 suruh depa kawen apooo... Tak tau le penyakit apa yg alip bawak kot tersangkut kat bella.. ekekekekek
Quote Wek_omeh2 24-4-2024 01:56 PM
Kadang2 diaorang xde apa2 pon,setakat bergambar je tapi netz yg lebih2
Quote cikatilia 24-4-2024 03:21 PM
asal bergambar aje dah kena nikah dah kenaperrrr
Quote adeqbun 24-4-2024 03:31 PM
bangang masing2..die bini org lg woi..dh abes eddah korg nak shipkan pon sukati la..xkenal halal haram masing2
Quote Aribaariba 24-4-2024 04:01 PM
Utk syed saddiq, tu pure manners being a politician. Utk hal kawen, dah tentu bukan dgn marhaen. Paling rendah pun study law n medical
Quote Pujangga22 24-4-2024 06:02 PM
syed saddiq nak limelight jer damage control
Quote shark0175 25-4-2024 10:14 AM
Saya menonton video ini, dan terharu melihat Syed Saddiq berhubung dengan anak Bella, Ayden. Kemesraan dan kemesraan tulennya menyerlah, mencipta detik yang indah. Wordle Unlimited
Quote salimrock 25-4-2024 10:28 AM
untung la jadi janda cun, ramai nak bela nasib,


cuba bella ni berat badan 95kg + muka tak cun

mesti tak dpt pembelaan sebaik ni kan?
Quote tidak_kelihatan 25-4-2024 10:34 AM
salimrock replied at 25-4-2024 10:28 AM
untung la jadi janda cun, ramai nak bela nasib,

kan
Quote lilacomot 25-4-2024 11:56 AM
cbuk je la netizen dok nk shipkn bini org...bodo ek..
Quote mamajawie 26-4-2024 11:06 AM
Aribaariba replied at 24-4-2024 08:01 AM
Utk syed saddiq, tu pure manners being a politician. Utk hal kawen, dah tentu bukan dgn marhaen. Pal ...

heeolllss kelas pun slalu tuang tapi tu la sama cam nasib bella lecturers maafkan je

Quote winky1 26-4-2024 11:43 AM
Ada netizen yg mental rupanya. Bukan ke SS tu ada kes mahkamah. Lainlah suka sama suka..
Quote rbmy 26-4-2024 11:46 AM
fed up..
lu lum
Quote matjerk 26-4-2024 11:50 AM
Bukan ke Bella tu isteri org?
Tak segan2 ye YB ni upload gambar berdua dgn bini org. Siap caption begitu.  Ramai pulak tu dok ship2 dorang berdua.  Tunggu lah dia official jadi janda dulu kok tak sabar.
Quote April_21 27-4-2024 09:37 AM
Aku tak rasa si ss ni nak orang biasa2. confirm dia sauk yg jenis educated jugak
Quote kakasotong2 27-4-2024 09:44 AM
Acik2 marhaen toksah la berangan nak kenen2 kan nabelah dengan si ular ni. Si ular ni dah ada gf, anak tycoon chinese, si abe lim tu haaa. Lagipun nabelah tu still berstatus bini orang, gila ke apa
Quote Zeatyisaac 27-4-2024 12:49 PM
I suka Syed ni dengan Mek Yun. Nampak lebih dominan Mek Yun

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.049983 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top