CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita lintas jalan di LPT1 punca kemalangan maut pemuzik ditahan untuk pemeriksaan mental

29-4-2024 08:10 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9692| Komen: 39

Description: TEMERLOH – Wanita berusia 35 tahun yang ditahan susulan kejadian kemalangan maut melibatkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) di sini dihantar ke hospital ...

TEMERLOH – Wanita berusia 35 tahun yang ditahan susulan kejadian kemalangan maut melibatkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) di sini dihantar ke hospital bagi pemeriksaan mental.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, wanita berkenaan bersama seorang penumpang jip yang berhenti di bahu jalan ditahan reman sehingga esok.

“Wanita berkenaan dihantar ke hospital bagi pemeriksaan mental dan kita menunggu laporan hospital dalam melengkapkan kertas siasatan.

“Siasatan masih giat dilakukan mengikut Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian kelmarin, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas motosikal diitunggangnya merempuh belakang sebuah trak pikap yang memperlahankan kenderaan secara tiba-tiba di Kilometer 98.6 Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) di sini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu menyaksikan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang berada di laluan kanan telah membrek secara tiba-tiba bagi mengelak seorang wanita yang melintas jalan sebelum motosikal jenis Suzuki GSX R1000 merempuh trak pikap berkenaan.

Menurut Mazlan, ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek mendapati negatif dadah.

Katanya, siasatan awal terhadap lelaki warga China berusia 37 tahun mendapati individu berkenaan tidak mempunyai pasport.

Tambahnya, siasatan awal juga mendapati kemalangan disebabkan kecuaian pemandu kenderaan jenis Mitsubishi Pajero Sport yang memberhentikan kenderaan di bahu jalan sebelum bertindak melintas jalan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ctaz 29-4-2024 08:22 AM
last2...OKU otak
Quote najib888 29-4-2024 08:25 AM
warga china takdak pasport boleh bawa trak pikap..
ba pelaq la malaysia ni
Quote shamsadis 29-4-2024 08:29 AM
Katanya, siasatan awal terhadap lelaki warga China berusia 37 tahun mendapati individu berkenaan tidak mempunyai pasport.



Quote midori888 29-4-2024 08:33 AM
shamsadis replied at 29-4-2024 08:29 AM
Katanya, siasatan awal terhadap lelaki warga China berusia 37 tahun mendapati individu berkenaan tid ...

hah takde passport, pendtg haram ker....
Quote anony-mous 29-4-2024 08:36 AM
shamsadis replied at 29-4-2024 08:29 AM
Katanya, siasatan awal terhadap lelaki warga China berusia 37 tahun mendapati individu berkenaan tid ...

Lah lelaki ke. Haritu berita awal mcm amoi. Celaka sial bangsa C
Quote BoongaKertas 29-4-2024 09:35 AM
warga PRC ke?
Quote vanillaninja 29-4-2024 09:44 AM

Lelaki tu PRC. Yang perempuan bodoh tu local.
Quote Kurex 29-4-2024 09:48 AM
Leluhur parashit pemakan babi ni dekat mana2 memang celaka
Quote SedihPedih 29-4-2024 09:56 AM
malaysia ni ntah apa2..

warga spore boleh dirve xde lesen, warga china boleh masuk xde passport..

tu yg terdedah, yg tak terdedah tu..berbilionz gamaknya
Quote cantthinkofany 29-4-2024 10:03 AM
siapa kah pemuzik itu.....

tapi pemandu motor ni start la tu pay more attention cara korang menyelit-yelit tu...bahaya weiii...aku punya area kerja hari tu....dekat 3 jam traffic jam melekat kete to kete...ingat pasal apa...rupernya budak motor ni terjatuh....tak sempat bangun...lorry lenyek kepala dia...bersepah brain kat atas jalan....
Quote BoongaKertas 29-4-2024 10:05 AM
vanillaninja replied at 29-4-2024 01:44 AM
Lelaki tu PRC. Yang perempuan bodoh tu local.

ee bodoh betul lah eh. bunuh diri g telan panadol lah. x susahkan org. ni nak bunuh diri kat situ kan nyusahkan org lain. yihhhh!
Quote BoongaKertas 29-4-2024 10:07 AM
cantthinkofany replied at 29-4-2024 02:03 AM
siapa kah pemuzik itu.....

tapi pemandu motor ni start la tu pay more attention cara korang menyeli ...

iols agree. budak2 bwk motor ni, depa x fikir keselamatan depa. yg depa fikir nak nyelit jer. pastu susahkan drivers kereta. org bg signal yg proper pun depa boleh hon 10 harkat. cuma bg iols, laju betul arwah ni bwk motor. moga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.
Quote cantthinkofany 29-4-2024 10:32 AM
BoongaKertas replied at 29-4-2024 10:07 AM
iols agree. budak2 bwk motor ni, depa x fikir keselamatan depa. yg depa fikir nak nyelit jer. past ...

bab hon 10 harkat tu gue setuju......bingit weii...macm dia sorang yg nak cepat...walhal bukan terlibat ngan traffic jam kot....
Quote BoongaKertas 29-4-2024 10:35 AM
cantthinkofany replied at 29-4-2024 02:32 AM
bab hon 10 harkat tu gue setuju......bingit weii...macm dia sorang yg nak cepat...walhal bukan ter ...

kan? agaknya kalau tekan brake motor tu, depa akan jd cacat kot. tu yg kena hon berharkat maha tggi...
Quote FOTHER-MUCKER 29-4-2024 10:39 AM
Jika di uk immigration dapat tangkap orang yang tiada passport ni memang susah nak hantar mereka balik ke negara asal kerana tak boleh nak pastikan negara asal mereka. Tapi biasanya memang ada passport taoi visa ataupun passport sudah tamat tempoh.
Quote Belibis 29-4-2024 11:02 AM
shamsadis replied at 29-4-2024 08:29 AM
Katanya, siasatan awal terhadap lelaki warga China berusia 37 tahun mendapati individu berkenaan tid ...

Tu yang kantoi ada kes kemalangan..lagi juta2 tu aman2 dah ada ic.
Quote johan-adx 29-4-2024 11:34 AM
Belibis replied at 29-4-2024 11:02 AM
Tu yang kantoi ada kes kemalangan..lagi juta2 tu aman2 dah ada ic.

itu yg geng2 moto marah kena tahan pukat bagai
byk lg kes2 besor boleh amik tindakan
warga asing yg naik tkde lesen dgn pasport pun bole pegi merata
Quote kitaserupaaa 29-4-2024 11:38 AM
Warga china tu pekerja ecrl ke? Pernah dgr yg projek ecrl banyak bawa pekerja dari china. Maybe tak bawak passport ke hulu ke hilir kot.
Quote sukacactus 29-4-2024 11:47 AM
Lahhh...'OKU' jg la nnt tu

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.053005 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top