Oleh Adib ZA
Kisah kemenangan Pia Alonzo dari Filipina sebagai Miss Universe 2015 nampaknya tidak henti-henti diperkatakan. Terbaru, ada rakaman video menunjukkan pemenang ratu cantik itu seolah-olah dipinggirkan oleh peserta lain ketika masih berada di atas pentas selepas kemenangannya. Malah, para peserta lain melaungkan 'Colombia' beramai-ramai sebagai tanda menyokong ratu cantik yang tersalah diumumkan sebagai pemenang sebelum itu. (Sumber foto: carian google) Video berdurasi 1 minit 20 saat itu kini menjadi viral di laman sosial dan ramai yang mempertikai sikap para peserta lain seolah-olah tidak profesional.
Dilaporkan juga dalam beberapa portal luar negara, ramai di kalangan peserta Miss Universe kali ini dikatakan tidak bersetuju dengan kemenangan ratu cantik Filipina itu. - CARI Infonet
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
6-5-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.313250 second(s), 48 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.